YTL Sumbang Komputer Kepada Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright

Photo of DCM Kagan holding up a laptop
Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan memegang komputer riba Chromebook bersama-sama dengan wakil-wakil YTL dan Pembantu Guru Bahasa Inggeris. (Foto Kedutaan A.S.)

YTL Communications telah menyumbang 100 komputer riba Chromebook dengan 4G dan pakej internet kepada 100 orang Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright A.S. yang akan mengajar di beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia pada tahun ini. Pembantu Guru Bahasa Inggeris ini baru sahaja tiba di Malaysia untuk berkhidmat di pelbagai sekolah di Terengganu, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, dan Perlis.

Komputer ini akan digunakan untuk membantu dalam pendidikan bahasa Inggeris di semua sekolah yang mengambil bahagian.  Bahagian Hal Ehwal Awam mengatur sidang akhbar dengan YTL untuk menonjolkan perkongsian tersebut dan menggalakkan program ETA yang berjaya di Malaysia.