YSEALI YOUnified Dilancarkan di Seluruh Malaysia

Chargé Kagan opens YSEALI YOUnified at Taylor’s University. (U.S. Embassy photo)
Kuasa Usaha Kagan bercakap dengan wakil NGO di sambutan YOUnified di Kuala Lumpur. (Foto Kedutaan A.S.)
Kuasa Usaha Kagan bercakap dengan wakil NGO di sambutan YOUnified di Kuala Lumpur. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 3 Disember, Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) menyambut ulang tahun ke-3 dengan menganjurkan satu siri projek komuniti serentak di seluruh Asia Tenggara.  Program YOUnified 2016 melibatkan 13 projek untuk menggalakkan kelestarian alam sekitar, penyertaan sivik, pemerkasaan ekonomi, dan akses kepada pendidikan di seluruh negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.  Sebagai sebahagian daripada YOUnified Malaysia, pemimpin belia menanam pokok bakau di Sabah, menganjurkan persidangan keusahawanan di Kedah, melancarkan kempen kesedaran tentang ikan yu di Sarawak, pemuliharaan hutan di Johor, dan menggalakkan kanak-kanak perempuan menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di Kuala Lumpur.

Program utama YOUnified dijalankan di Universiti Taylor di Kuala Lumpur dengan menampilkan Kuasa Usaha Edgard Kagan dan Dekan Program Pemindahan Ijazah Amerika Taylor, Profesor Madya Dr. Anindita Dasgupta.  NGO tempatan menyertai program ini dengan matlamat untuk merekrut lebih 100 belia yang dapat meluangkan masa mereka secara sukarela untuk menjadikan Malaysia lebih baik.  Projek Liber8, Projek WHEE, Arus Academy, dan EduNation adalah antara NGO yang digerakkan oleh alumni YSEALI.   Program YOUnified juga termasuk persembahan oleh penyajak puisi pentas Melizarani dan penyanyi Takahara Suiko.  Hampir 150 pemimpin muda menghadiri program YOUnified dengan ikrar untuk meluangkan masa bersama NGO yang mengambil bahagian.