Kumpulan YES 2017 Bersedia Menawan Dunia

YES Exchange participants, with U.S. Embassy and AFS Antarabudaya Malaysia staff, pose for a group photo. (U.S. Embassy photo)
Kuasa Usaha Kagan berbual dengan peserta YES. (Foto Kedutaan A.S.)
Kuasa Usaha Kagan berbual dengan peserta YES. (Foto Kedutaan A.S.)

Kedutaan A.S. meraikan 45 pelajar sekolah menengah Malaysia, yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam program Pertukaran Belia Kennedy-Lugar (YES) 2017, dengan sesi taklimat mengenai program pendidikan dan jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh kuasa usaha Edgard Kagan.  Acara setengah hari ini termasuk temu duga visa peserta dan pengenalan kepada rangkaian alumni Jabatan Negara A.S., Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI), dan perkhidmatan nasihat EducationUSA.

Selepas taklimat, peserta YES menyertai alumni YES, kakitangan dari AFS Antarabudaya Malaysia, dan pegawai dari bahagian Politik, Ekonomi, dan Konsular untuk sajian burger dan kentang goreng yang dihoskan kuasa usaha Kagan.  Ketika makan tengah hari, Kagan mengucapkan tahniah kepada pelajar dan menggalakkan mereka untuk mengambil kesempatan daripada peluang yang mereka akan temui di Amerika Syarikat.

Peserta dalam program pertukaran YES dipilih dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.  Peserta akan bertolak ke Amerika Syarikat pada Januari 2017 dan mula belajar di sekolah tinggi Amerika, serta tinggal bersama keluarga tuan rumah, yang terletak di seluruh Amerika Syarikat.