Flag

An official website of the United States government

Program Pendidikan dan Pertukaran Belia (YES) Kennedy-Lugar
2 MINIT DIBACA
Oktober 18, 2018

Program YES ditubuhkan pada Oktober 2002, dan menyediakan biasiswa untuk pelajar sekolah menengah dari negara yang mempunyai ramai penduduk Islam untuk belajar selama satu tahun akademik di Amerika Syarikat. Pelajar YES menjadi “duta belia” bagi negara asal mereka, dengan menggalakkan persefahaman dan membentuk hubungan berkekalan dengan keluarga tuan rumah dan komuniti mereka.  Peserta tinggal bersama keluarga angkat, menghadiri sekolah tinggi Amerika, memperoleh kemahiran kepimpinan, dan melibatkan diri dalam aktiviti untuk belajar tentang masyarakat dan nilai A.S.  Mereka juga membantu mendidik rakyat Amerika mengenai negara dan budaya negara asal mereka.  Di Malaysia, Program YES diuruskan oleh AFS Antarabudaya Malaysia dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat.