Kedutaan A.S. Anjur Bersama Persidangan Hidupan Liar

Kerajaan A.S. membiayai “Bengkel Multilateral untuk Memerangi Pemerdagangan Hidupan Liar” di Kuala Lumpur pada 10-12 April 2017. Bengkel ini mengumpulkan penyiasat dan pendakwa yang berpengalaman dalam pengendalian kes pemerdagangan hidupan liar dan kes berkaitan alam sekitar dari Indonesia, Laos, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Tujuan bengkel ini adalah untuk mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang terhadap pemerdagangan hidupan liar, mengurangkan permintaan haram terhadap hidupan liar, dan membina kerjasama antarabangsa.

Duta Besar A.S. Kamala Shirin Lakhdhir menyampaikan ucapan pembukaan dengan menyorot kepentingan pengukuhkan kerjasama antarabangsa dan penyelarasan antara kerajaan dalam memerangi pemerdagangan hidupan liar. Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Datuk Dr. Ir. Hamim Samuri juga menyampaikan ucapan. Sembilan pegawai Malaysia menghadiri persidangan, yang mewakili Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara PERHILITAN, Kastam Diraja Malaysia KLIA, Jabatan Perhutanan Sarawak dan Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Bengkel ini dibiayai oleh Biro Narkotik Antarabangsa dan Hal Ehwal Penguatkuasaan Undang-Undang (INL) Jabatan Negara A.S. Bengkel sebelumnya telah diadakan di Indonesia pada bulan Mei 2014, Vietnam ( Oktober 2014), Laos (Mei 2015), dan Thailand (Januari 2016).