Duta Besar A.S. ke ASEAN Nina Hachigian baru-baru ini menganjurkan perbincangan panel bertajuk “Women Who Lead” di Perpustakaan Kuala Lumpur. Program ini memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia, terutama wanita, dengan contoh dan nasihat daripada pemimpin wanita dinamik yang berjaya dalam pelbagai bidang. Ahli panel termasuk Dato’ Yasmin Mahmood (CEO, Malaysia Digital Economy Corporation), Michelle Gyles-McDonnough (Penyelaras Tetap PBB untuk Malaysia dan Wakil Tetap UNDP untuk Malaysia, Singapura dan Brunei), dan Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria (Ketua Setiausaha , Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
