Wakil Khas Masyarakat Islam Amerika Shaarik Zafar Melawat Malaysia

U.S. Special Representative to Muslim Communities Shaarik Zafar (right) toured Masijd Jamek together with Grand Imam Mohd Faisal bin Tan Mutallib. (U.S. Embassy photo)
Wakil Khas Masyarakat Islam Amerika Syarikat Shaarik Zafar (kanan) mengadakan perbincangan dengan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. (Foto Kedutaan A.S.)
Wakil Khas Masyarakat Islam Amerika Syarikat Shaarik Zafar (kanan) mengadakan perbincangan dengan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. (Foto Kedutaan A.S.)

Wakil Khas Masyarakat Islam Amerika Syarikat Shaarik Zafar meluangkan masa mendekati masyarakat Islam luar bandar dan aktivis muda Islam semasa lawatan beliau di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selama lima hari pada 18-23 Mei.  Semasa di Kuala Lumpur, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bercakap mengenai keperluan mendampingi golongan belia untuk memerangi keganasan.  Beliau juga bertemu dengan aktivis muda Islam, dan kumpulan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Sains Malaysia.  Semua perjumpaan ini memberi kefahaman kepada beliau tentang harapan dan impian belia di Malaysia.

Shaarik juga sempat melawat Masjid Jamek dan bertemu dengan Imam Faisal dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta memberi ceramah tentang “Antara Agama di Amerika Syarikat.”

Di Pulau Pinang, Shaarik melawat Karnival Rakyat yang diadakan di Kampung Tok Bedu.  Lawatan ke Kampung Tok Bedu merupakan salah satu sorotan penting dalam lawatan beliau di Malaysia kerana lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk berinteraksi dengan rakyat biasa di kampung.  Shaarik mendengar pandangan mereka dan cabaran yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian.