Program Pengecualian Visa

Ringkasan

Individu-individu dari negara-negara tertentu dapat melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat untuk pelancongan atau urusan perniagaan dengan menginap selama 90 hari atau kurang tanpa memperoleh visa. Satu senarai Negara Yang Ditetapkan untuk Program Pengecualian Visa dan lebih banyak maklumat mengenai Program Pengecualian Visa (VWP) boleh didapati di sini:

Program Pengecualian Visa (VWP)

Untuk perjalanan tanpa visa melalui Program Pengecualian Visa, warganegara Negara Penandatanganan Program Pengecualian Visa mestilah mempunyai kebenaran melalui Sistem Elektronik untuk Kebenaran Perjalanan (ESTA) sebelum menaiki kapal terbang atau kapal laut yang menuju ke A.S. ESTA adalah sistem berasaskan web yang dikendalikan oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan A.S. (CBP) untuk menentukan kelayakan untuk melakukan perjalanan di bawah VWP ke Amerika Syarikat untuk pelancongan atau urusan perniagaan. Lawati laman web ESTA di laman web CBP untuk maklumat lanjut.

Bagaimana jika saya pergi ke Guam atau Kepulauan Mariana Utara?

Warganegara Australia, Brunei, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Nauru, New Zealand, Papua New Guinea, Korea Selatan, Singapura, Taiwan dan United Kingdom tidak memerlukan visa atau ESTA untuk melawat kedua-dua Guam dan Kepulauan Mariana Utara dengan Program Pengecualian Visa Guam-CNMI. Walau bagaimanapun mereka mesti melengkapkan Borang I-736 sebelum melakukan perjalanan. Warganegara China juga tidak memerlukan visa jika mereka melengkapkan Borang I-736 untuk kemasukan sementara ke Kepulauan Mariana Utara. Untuk maklumat lanjut mengenai Program Pengecualian Visa Guam-CNMI, klik di sini.