Program Pembaharuan Visa Melalui Mel

Ikhtisar

Ramai rakyat Malaysia yang ingin memperbaharui visa mereka mungkin layak untuk program pengecualian temu duga iaitu program pembaharuan visa tanpa temu duga. Sekiranya layak, pemohon hanya perlu membayar yuran permohonan visa, mengisi borang permohonan visa, mencetak Surat Pengesahan, dan menyerahkan dokumen di Lokasi Penyerahan Dokumen RPX pada bila-bila hari bekerja antara jam 10 pagi dan 3 petang. Pemohon yang layak tidak perlu hadir di Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur untuk temu duga.

Anda perlu tahu bahawa visa anda mungkin masih sah walaupun pasport telah tamat tempoh. Anda boleh melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat dengan pasport lama anda yang mengandungi visa yang sah dan pasport sah anda yang baharu.

Syarat

Untuk layak untuk Program Pengecualian Temu Duga, pemohon mesti dapat menjawab “ya” kepada SEMUA pernyataan berikut. Klik di sini untuk mendapatkan senarai semak pdf boleh dicetak mengenai syarat Program Pengecualian Temu Duga (PDF 193 KB).

Jika anda menyerahkan dokumen anda untuk pembaharuan tetapi anda sebenarnya tidak layak untuk Program Pengecualian Temu Duga, permohonan anda akan ditahan buat sementara dan anda akan diminta membuat temu janji seperti biasa. Sila pastikan anda layak untuk Program Pengecualian Temu Duga berdasarkan kriteria di atas.

Anda tidak layak untuk membuat temu janji pembaharuan visa jika anda memenuhi mana-mana kriteria berikut:

  • Anda tidak pernah mempunyai visa A.S.
  • Visa sah terakhir anda dibatalkan atau dimansuhkan.
  • Anda ingin memohon visa dalam kelas visa yang berbeza daripada visa terdahulu anda.

Contoh: Anda mempunyai visa pelajar F-1, tetapi sekarang anda ingin memohon visa kerja H-1.

  • Pasport lama anda yang mempunyai visa A.S. yang sah atau tamat tempoh telah hilang.
  • Anda tidak memegang pasport Malaysia.
  • Anda memohon lebih daripada satu visa pada masa yang sama.

Contoh: Anda memohon visa F dan B1/B2.

Nota Penting

  1. Semua pemohon mestilah layak untuk diri mereka sendiri. Pasangan, ibu bapa, atau mana-mana ahli keluarga yang tidak memenuhi semua kriteria tidak akan layak untuk program pengecualian temu duga dan mesti membuat temu janji seperti biasa.
  2. Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur berhak untuk menemuduga mana-mana pemohon. Sekiranya pemohon perlu ditemu duga, wakil Kedutaan akan menghubungi pemohon.

Kanak-kanak Bawah 14 Tahun

Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun layak untuk menerima visa mereka melalui Program Pengecualian Temu Duga sekiranya sekurang-kurangnya salah seorang ibu atau bapa mereka memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Seorang atau kedua ibu bapa memperbaharui visa mereka melalui Program Pengecualian Temu Duga:
  • Membayar yuran visa untuk setiap pemohon (termasuk semua kanak-kanak).
  • Menghantar permohonan DS-160 yang lengkap untuk setiap kanak-kanak di bawah umur 14 tahun bersama dengan permohonan ibu bapa.
  • Menghantar sijil kelahiran asal setiap anak, yang akan dikembalikan bersama pasport apabila visa dikeluarkan.

ATAU

  • Salah seorang atau kedua ibu bapa sudah mempunyai visa B1/B2 yang sah:
  • Membayar yuran visa untuk setiap kanak-kanak.
  • Menghantar permohonan DS-160 yang lengkap untuk setiap kanak-kanak di bawah 14 tahun.
  • Menghantar sijil kelahiran asal setiap anak, yang akan dikembalikan bersama pasport apabila visa dikeluarkan.

Menghantar pasport yang sah dengan visa A.S. yang sah untuk salah seorang atau kedua-dua ibu bapa. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya visa A.S. tiada dalam pasport semasa, maka kedua-dua pasport semasa dan pasport dengan visa A.S. yang sah mesti dikemukakan.