Visa Bukan Imigran

Bahagian Konsular Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan visa kepada mereka yang memasuki Amerika Syarikat untuk sementara waktu dan mereka yang berhasrat mengambil kediaman tidak bertempoh atau tetap di Amerika Syarikat.

Sila layari laman web Perkhidmatan Sokongan Global (GSS) kami untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai permohonan visa A.S. bukan imigran, termasuk direktori kategori visa bukan imigran.



Untuk menghubungi wakil khidmat pelanggan, sila lawati halaman GSS Contact Us untuk maklumat lengkap atau gunakan maklumat hubungan di bawah:

  • Ejen perkhidmatan pelanggan yang boleh berbahasa Melayu dan Inggeris bersedia untuk membantu anda Isnin-Jumaat dari jam 8:00 pagi hingga 8:00 malam. Pusat panggilan ditutup pada masa cuti Malaysia dan A.S.
  • Semua temu duga visa di Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur dibuat berdasarkan temu janji sahaja. Individu yang mencari maklumat umum tentang visa A.S. atau ingin membuat jadual temu janji visa perlu melawat Perkhidmatan Maklumat Visa A.S. untuk Kuala Lumpur.
  • Emel: Untuk menghubungi wakil khidmat pelanggan melalui emel, sila tulis kepada support-malaysia@ustraveldocs.com atau kepada klconsular@state.gov
  • Telefon: Sila hubungi wakil khidmat pelanggan menggunakan salah satu nombor telefon di bawah:
    • Pemanggil di Kuala Lumpur: Telefon +60 1 548 770 777 / +60 3 9212 6000.
    • Pemohon yang menghubungi dari Amerika Syarikat boleh menghubungi wakil khidmat pelanggan di +1 703 520 2236. Waktu operasi di benua A.S. adalah 7 malam – 7 pagi EST / 6 petang – 6 pagi CST / 5 petang – 5 pagi MST / 4 petang – 4 pagi PST

Temuduga visa bukan imigran dilakukan dengan temujanji sahaja.  Temujanji harus dijadualkan di http://www.ustraveldocs.com/my/.

Kedutaan terletak di:
376 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Keselamatan di Bahagian Konsular:
Semua pelawat di Kedutaan akan diperiksa sebelum masuk. Bagasi, peralatan elektronik atau fotografi tidak dibenarkan berada di ruang tunggu atau di premis lain di Kedutaan Besar. Telefon mudah alih akan disimpan di pondok pengawal semasa pelawat berada di dalam Kedutaan. Sila bawa dua jenis pengenalan untuk urusan kemasukan ke dalam kedutaaan.  Satu pengenalan akan disimpan di pondok pengawal.

Memohon Visa Bukan Imigran

Arahan penuh untuk memohon visa bukan imigran boleh ditemui di http://www.ustraveldocs.com/my/. Secara ringkas, prosesnya adalah seperti berikut:

  • Lengkapkan borang permohonan DS-160.  Lihat “Borang Visa Bukan Imigran” di atas.
  • Buat bayaran permohonan di mana-mana cawangan Ambankmelalui pemindahan dana elektronikatau menggunakan platform pembayaran dalam talian JomPAY. Sila lihat halaman “Bayaran.”
  • Pergi ke http://www.ustraveldocs.com/my/ dan buat janji temu secara online.  Janji temu biasanya boleh dibuat dalam beberapa hari.
  • Datang ke Kedutaan pada tarikh dan waktu yang ditentukan untuk temuduga dan pengesanan cap jari.
  • Jika visa diluluskan, paspot anda akan dipulangkan kepada anda dalam tempoh beberapa hari di alamat yang anda pilih sewaktu membuat tenuduga.

Borang Visa Bukan Imigran

Pemohon visa bukan imigran perlu melengkapkan satu atau lebih daripada borang-borang berikut:

Semua pemohon hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Visa Bukan Imigran DS-160.  Borang ini boleh dilengkapkan secara online.  Apabila siap, pemohan hanya perlu mencetak halaman pengesahan dan membawanya ke Kedutaan pada masa temuduga.

Borang DS-160 boleh diakses di https://ceac.state.gov/genniv/.

Walaupun anda telah memuat naik gambar apabila melengkapkan borang tersebut, anda dikehendaki membawa gambar bersama anda untuk mengelakkan kes anda tertangguh jika gambar anda tidak dimuat naik dengan betul.

Sila baca “Soalan Lazim Mengenai Visa Bukan Imigran” bagi maklumat tentang item-item lain yang anda perlu bawa bagi temuduga.

Temuduga visa bukan imigran dilakukan dengan temujanji sahaja.  Temujanji harus dijadualkan di http://www.ustraveldocs.com/my/.

Kedutaan terletak di:
376 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Keselamatan di Bahagian Konsular:
Semua pelawat di Kedutaan akan diperiksa sebelum masuk. Bagasi, peralatan elektronik atau fotografi tidak dibenarkan berada di ruang tunggu atau di premis lain di Kedutaan Besar. Telefon mudah alih akan disimpan di pondok pengawal semasa pelawat berada di dalam Kedutaan. Sila bawa dua jenis pengenalan untuk urusan kemasukan ke dalam kedutaaan.  Satu pengenalan akan disimpan di pondok pengawal.

Sistem Pembayaran Baharu untuk Permohonan Visa A.S.

Bermula 3 Mei 2016, pemohon visa boleh membayar di kaunter mana-mana cawangan AmBank. Berkuatkuasa 31 Mei 2016, Maybank tidak lagi akan menerima bayaran di kaunter untuk permohonan visa AS. Pemohon visa juga boleh terus membayar yuran visa mereka melalui pemindahan dana elektronik atau menggunakan platform pembayaran dalam talian JomPAY. Maklumat terperinci mengenai pilihan pembayaran dan lokasi cawangan AmBank boleh didapati di www.ustraveldocs.com/my. Sila ajukan pertanyaan kepada pusat panggilan visa Kedutaan A.S. di +603 2788-5000.

Bayaran permohonan adalah seperti berikut:

Jenis Visa Yuran Visa
B1/B2, F, M, J & jenis visa-visa yang lain US $160
H, L, O, P, Q, R US $190
E US $205
K US $265

 

Pengecualian dan butirannya boleh ditemui di sini.  Yuran pendaftaran perlu dibayar di mana-mana cawangan AmBank, melalui pembayaran dalam talian JomPAY atau melalui pemindahan dana elekronik(EFT).

Pelajar dan pelawat program pertukaran mesti membayar yuran Student and Exchange Visitor Information System (SEVIS) sebanyak $200 untuk pelajar dan $180 untuk pelawat program pertukaran.  Pelawat program pertukaran yang ditaja oleh kerajaan A.S. (dengan kod program bermula G-1, G-2, G-3 atau G-7) adalah dikecualikan.  Bayaran boleh dibuat secara online, melalui Western Union atau dengan mengirimkan cek atau kiriman wang.  Bayaran tidak boleh dibuat di Kedutaan.

Benefisiari bagi petisyen visa blanket L-1 (intra-syarikat pelencongan) mesti membayar sebanyak $500 yuran pencegahan dan pengesanan penipuan.  Yuran ini boleh dibayar di Kedutaan – dalam dolar A.S., ringgit Malaysia atau dengan kad kredit – ketika memohon untuk visa.  (Nota: Pemohon membayar yuran ini untuk setiap petisyen L, H-1B dan H-2B – iaitu di mana nama pemohon didapati di petisyen – ketika petisyen tersebut difailkan di A.S.)

Sesetengah warganegara mungkin perlu membuat bayaran apabila visa dikeluarkan.  Bayaran adalah berbeza menurut kewarganegaraan dan klasifikasi visa.  Sila buat semakan di sini untuk melihat adakah bayaran diperlukan dan berapa banyak jumlahnya. Bayaran pengeluaran boleh dibayar di Kedutaan ketika memohon visa.

Waktu untuk menghantar permohonan di Pejabat Konsular untuk visa Rasmi dan Diplomatik A.S. adalah dari 10:30 pagi – 11.30 pagi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat (kecuali hari cuti Malaysia dan Amerika Syarikat) (nota diplomatik diperlukan untuk masuk ke bahagian konsular untuk menghantar dokumen). Bagi permohonan yang dikemukakan pada hari Jumaat dan Isnin, pasport boleh diambil pada Rabu berikutnya; bagi mereka yang menghantar pada hari Rabu, pasport boleh diambil pada hari Jumaat.

Visa rasmi dan diplomatik adalah percuma, dan tidak memerlukan temu duga peribadi. Pemohon TIDAK perlu membayar yuran permohonan MRV melainkan jika diminta oleh pegawai konsular.

Tanggungan (kanak-kanak) pemohon utama yang berusia 18 tahun ke atas mungkin perlu menjalani temu duga peribadi. Tarikh temu janji akan diberikan selepas pegawai menyemak semula kes itu.

Dokumen yang berikut adalah perlu untuk permohonan:

  • Pasport sah,
  • Gambar visa (50 mm x 50 mm, latar belakang putih, diambil dalam masa enam bulan, dan bermula 1 November 2016, cermin mata tidak akan lagi dibenarkan dalam gambar visa.) Untuk keterangan lebih lanjut tentang keperluan gambar sila lawati: https://travel.state.gov/content/visas/en/general/photos.html)
  • Halaman pengesahan permohonan DS-160 dalam talian, dan
  • Nota diplomatic.

Pemohon visa imigran (IV) dan visa bukan imigran (NIV) kini boleh menyemak status kes visa mereka dalam talian dengan melawat halaman CEAC (https://ceac.state.gov/CEAC/) dan menggunakan CEAC Status Check yang baharu.

Untuk menggunakan CEAC Status Check, anda hanya perlu memasukkan Kod Bar CEAC dan lokasi temu duga untuk kes NIV dan nombor kes bagi kes IV. Pemeriksaan akan memberikan salah satu daripada status berikut.

STATUS UNTUK PEMOHON VISA BUKAN IMIGRAN

Tiada Status (No Status) :
Jika anda telah mengemukakan permohonan visa bukan imigran (DS-160) dalam talian anda, ia belum diproses ke dalam sistem visa. Di sesetengah lokasi, permohonan anda akan kekal dalam status ini sehingga anda datang untuk temu duga atau sehingga permohonan anda sedia untuk disemak. Sila lihat laman web kedutaan atau konsulat untuk mendapatkan maklumat mengenai langkah seterusnya yang diperlukan untuk pemprosesan visa.

Sedia (Ready):
Kes anda terbuka dan bersedia untuk temu duga, cap jari, dan dokumen anda yang diperlukan. Sekiranya anda sudah ditemu duga, sila semak status anda selepas dua hari bekerja. Sekiranya anda tidak perlu ditemu duga, sila semak kembali dalam dua hari bekerja untuk status permohonan anda.

 Pemprosesan Pentadbiran (Administrative Processing):
Kes visa anda sedang melalui pemprosesan pentadbiran yang diperlukan. Pemprosesan ini boleh mengambil masa beberapa minggu. Sila ikuti arahan yang diberikan oleh Pegawai Konsular semasa temu duga anda. Sekiranya maklumat lanjut diperlukan, anda akan dihubungi. Sekiranya permohonan visa anda diluluskan, ia akan diproses dan dihantar/boleh didapati dalam tempoh dua hari bekerja.

Dikeluarkan (Issued):
Visa anda dalam pemprosesan akhir. Sekiranya anda tidak menerimanya dalam lebih daripada 10 hari bekerja, sila lihat halaman web untuk maklumat perhubungan kedutaan atau konsulat di mana anda menyerahkan permohonan anda.

Ditolak (Refused):
Kes ini telah ditolak kerana alasan selain daripada yang disenaraikan dalam Pemprosesan Pentadbiran.

 

STATUS UNTUK PEMOHON VISA IMIGRAN

Sedia (Ready):
Kes anda sudah sedia untuk temu duga apabila dijadualkan di bahagian Konsular A.S. Sekiranya anda telah membuat temu janji untuk temu duga, sila sediakan dokumen anda seperti yang diarahkan dalam surat temu janji anda dan datang ke konsulat pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Jika tidak, sila tunggu sehingga anda telah diberitahu tentang temu janji temu duga anda. Maklumat tambahan tentang cara temu janji temu duga Visa Imigran yang dijadualkan boleh didapati di https://travel.state.gov/content/visas/en/immigrate/immigrant-process/interview/prepare/appointment.html

Pemprosesan Pentadbiran (Administrative Processing):
Kes visa anda sedang melalui pemprosesan pentadbiran yang diperlukan. Pemprosesan ini boleh mengambil masa beberapa minggu. Sila ikuti arahan yang diberikan oleh Pegawai Konsular semasa temu duga anda. Sekiranya maklumat lanjut diperlukan, anda akan dihubungi. Sekiranya permohonan visa anda diluluskan, ia akan diproses dan dihantar/boleh didapati dalam tempoh dua hari bekerja. Di bawah Akta Imigresen dan Kewarganegaraan A.S., Visa Imigran untuk “Visa Kepelbagaian” tidak boleh dikeluarkan selepas 30 September pada tahun anda telah dipilih untuk memohon Visa Kepelbagaian. Sebagai contoh, peserta dalam Program Visa Kepelbagaian Musim Luruh 2011 telah dipilih untuk Program Visa Kepelbagaian 2012, dan mereka yang terpilih MESTI memohon dan menerima visa mereka sebelum 30 September 2012. Sekiranya tidak, mereka kehilangan kelayakan untuk menerima Visa Imigran Kepelbagaian, tanpa mengira tambahan pentadbiran pemprosesan.

Di samping itu, sila ambil perhatian bahawa sesetengah visa imigran mungkin tidak dapat dikeluarkan jika had bilangan tahunan untuk kategori tersebut telah dicapai.

 Dikeluarkan (Issued):
Visa anda telah dicetak. Bergantung kepada prosedur tempatan di lokasi tempat anda ditemu duga, visa anda akan dihantar melalui pos atau sedia untuk diambil. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, atau jika kami memerlukan maklumat hubungan terkini, anda akan dihubungi.

Tamat tempoh:
Anda telah diberitahu bahawa pendaftaran anda untuk visa imigran dibatalkan, dan sebarang petisyen yang diluluskan bagi pihak anda juga dibatalkan. Kami memaklumkan kepada anda bahawa permohonan anda mungkin dihidupkan semula jika, dalam masa satu tahun, anda dapat membuktkan kegagalan anda untuk meneruskan permohonan visa imigran anda adalah disebabkan oleh keadaan di luar kawalan anda.

Oleh kerana anda gagal melakukannya, rekod pendaftaran anda dan mana-mana petisyen yang diluluskan bagi pihak anda dan semua dokumen sokongan telah dimusnahkan; mana-mana pensijilan Jabatan Tenaga Kerja telah dikembalikan kepada majikan potensi anda.

Sekiranya anda masih berminat untuk mendapatkan visa imigran, pempetisyen perlu menghubungi Pejabat Kewarganegaraan dan Imigresen A.S. (U.S. Citizenship and Immigration Services), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Department of Homeland Security) mengenai pemfailan petisyen visa imigran baru.

Tamat Tempoh Tidak Lama Lagi (Expiring Soon):
Seksyen 203 (g) Akta Imigresen dan Kewarganegaraan mewajibkan pendaftaran anda dibatalkan dan sebarang petisyen yang diluluskan bagi pihak anda dibatalkan, jika anda tidak memohon visa imigran anda dalam masa satu tahun setelah dinasihatkan untuk berbuat demikian.

Anda dinasihatkan tentang keperluan ini lebih dari 1 tahun yang lalu, tetapi kami tidak menerima jawapan daripada anda sejak itu. Hasilnya, permohonan anda untuk visa telah dibatalkan dan sebarang petisyen yang diluluskan bagi pihak anda juga telah dibatalkan.

Permohonan anda boleh dihidupkan semula dan sebarang petisyen disahkan semula jika, dalam masa satu tahun, anda boleh membuktikan bahawa kegagalan anda untuk meneruskan permohonan visa imigran anda adalah disebabkan oleh keadaan di luar kawalan anda. Sila berikan kenyataan bertulis kepada Kedutaan atau Konsulat dengan menyatakan keadaan di luar kawalan anda dan menyatakan bahawa anda masih ingin meneruskan petisyen visa ini.

Kembali ke NVC (Return to NVC):
Kes anda telah dikembalikan ke Pusat Visa Kebangsaan (National Visa Center). Sila hubungi NVC untuk maklumat lanjut.

Pemindahan sedang Berlangsung (Transfer in Progress):
Kes Visa Imigran anda telah dipindahkan ke pejabat Konsular A.S. yang lain. Anda perlu menyemak kembali status kes anda pada tarikh yang akan datang.

Ditolak (Refused): Ditolak: Kes telah Ditutup – Ditolak.

Sila lihat surat yang anda terima semasa temu duga anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.