Temuduga

Temuduga visa imigran dilaksanakan dengan temujanji sahaja.  Pemohon akan dimaklumkan tentang tarikh janji temu mereka oleh National Visa Center (NVC) ataupun Kedutaan.  Lihat di sini untuk maklumat lanjut tentang prosedur visa imigran.  Individu yang ingin mengetahui tentang kes visa imigran mereka atau warga Amerika Syarikat yang berhasrat untuk memfailkan petisyen visa imigran boleh membuat temujanji melalui email kepada KLIV@state.gov.

Kedutaan terletak di:
376 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Keselamatan di Bahagian Konsular:
Semua pelawat di Kedutaan akan diperiksa sebelum masuk. Bagasi, peralatan elektronik atau fotografi tidak dibenarkan berada di ruang tunggu atau di premis lain di Kedutaan Besar. Telefon mudah alih akan disimpan di pondok pengawal semasa pelawat berada di dalam Kedutaan. Sila bawa dua jenis pengenalan untuk urusan kemasukan ke dalam kedutaaan.  Satu pengenalan akan disimpan di pondok pengawal.