Berapa lama saya perlu menunggu?

  1. Bagaimana Memohon
  2. Temuduga
  3. Berapa lama saya perlu menunggu?

Setiap kes visa imigran adalah berbeza, jadi sukar untuk menganggarkan berapa lama proses ini akan memakan masa bagi setiap individu. Tetapi pada umumnya, ada tiga faktor yang menyumbang terhadap masa yang diperlukan:

Masa yang diperlukan untuk memproses petisyen. Masa yang diperlukan untuk USCIS meluluskan petisyen berbeza berdasarkan jenis petisyen dan pejabat khusus USCIS yang terlibat, tetapi umumnya ia mengambil sekurang-kurangnya 5-6 bulan bagi petisyen saudara terdekat.  Anggaran untuk pejabat-pejabat tertentu terdapat di sini.

Masa untuk memproses melalui NVC dan Kedutaan. Setelah permohonan diluluskan, perkara seterusnya bergantung pada berapa lama masa akan diambil untuk anda mendapatkan janji temu wawancara.  Semakin cepat anda menghantar semua dokumen yang diminta untuk NVC, semakin cepat janji temu boleh dijadualkan. Janji temu biasanya dijadualkan sebulan selepas semua dokumen diserahkan.  Visa biasanya sudah boleh didapati dalam beberapa hari setelah interbiu.

Masa bagi kes menjadi terkini.  Untuk kategori imigran tertentu, undang-undang membenarkan hanya jumlah terhad visa untuk dikeluarkan setiap tahun.  Kes-kes ini diproses secara ketat dalam urutan tarikh permohonan dikemukan (tarikh keutamaan).  Visa tidak boleh dikeluarkan hingga tiba tarikh keutamaan pemohon (menjadi terkini).  Perkara ini boleh memakan masa beberapa tahun. Walaupun mustahil untuk mengatakan dengan tepat berapa lama masa yang diperlukan, Visa Bulletin yang diterbitkan setiap bulan menyenaraikan tarikh keutamaan terkini sedang diproses, yang mungkin boleh dijadikan petunjuk.

NOTA: Jika pempetisyen adalah penduduk tetap sah (LPR) ketika petisyen difailkan, dan kemudian menjadi warga AS, kategori pemohon visa imigran mungkin akan berubah, dan visa mungkin boleh diperolehi lebih cepat. Jika ini berlaku kepada anda, sila hantar salinan Sijil Naturalisasi (bukan yang asal) ke NVC dengan surat yang mengandungi mengandungi nama dan nombor kes petisyen yang anda ingin kemaskini.