Bagaimana Memohon

Mendapatkan visa imigran adalah proses rumit yang boleh mengambil masa lama diselesaikan.

Secara umum, proses dimulakan dengan pemfailan petisyen oleh ahli keluarga ataupun bakal majikan pemohon. Dalam kebanyakan kes, petisyen hendaklah difailkan di AS dengan Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen (US Citizenship and Immigration Services atau USCIS). Hanya petisyen daripada warga Amerika yang tinggal di Malaysia, bagi pasangan, anak atau ibu bapa, dan petisyen dalam kes-kes kecemasan boleh difailkan di Kedutaan.  Lihat “Di mana dan Bagaimana Memfail Permohonan Visa Imigran” di laman web ini untuk maklumat lanjut.

Setelah diluluskan, petisyen yang difailkan dengan USCIS akan dihantar ke National Visa Center (NVC) di Portsmouth, New Hampshire, yang akan menghubungi pempetisyen dan/atau pemohon dengan borang yang diperlukan dan arahan lanjut. Setelah NVC menerima semua borang dan dokumen yang diperlukan, ia akan menjadualkan temujanji untuk wawancara pemohon di Kedutaan di Kuala Lumpur.  Kedutaan tidak mempunyai maklumat mengenai kes dan tidak akan dapat menjawab soalan mengenai perkara ini sehingga temujanji telah dijadualkan.

Jika petisyen diterima dan diluluskan di Kedutaan, kami akan memberikan pemohon dan pempetisyen borang yang diperlukan dan arahan lengkap tentang memohon untuk visa.

Sama ada petisyen tersebut difailkan dengan USCIS atau di Kedutaan, kebanyakan pemohon memerlukan yang berikut.  (Kami menyediakan senarai ini hanya untuk memberikan idea umum kepada pemohon mengenai apa yang diharapkan dan untuk membantu persiapan mereka.  Sila jangan hantar apa pun ke NVC atau Kedutaan sehingga diminta.)

  • Borang DS-230
  • Dua salinan borang Form G-325A (PDF 71 KB)
  • Satu gambar berwarna untuk setiap pempetisyen dan benefisiari.  Gambar hendaklah berukuran 2 inci x 2 inci di atas latar belakang putih atau putih sejuk. Gambar hendaklah diambil dalam masa 6 bulan terkini dan menunjukkan muka penuh anda.
  • Borang I-864 Afidavit Sokongan (Affidavit of Support) daripada pempetisyen, dengan surat pengembalian cukai persekutuan AS terkini pempetisyen.  Ada beberapa versi I-864; jangan lengkapkan borang ini sehingga diberitahu NVC atau Kedutaan mengenai borang mana sesuai untuk kes anda.  Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini.
  • Dokumen asal dan salinan dokumen awam seperti sjil kelahiran dan perkahwinan.  Lihat di sini untuk butiran dokumen yang perlu disediakan.
  • Pemohon berumur 16 tahun dan ke atas memerlukan sijil polis dari setiap negara yang pemohon tinggal selama 6 bulan atau lebih.  Maklumat tentang cara untuk memperolehi sijil polis Malaysia boleh didapati di sini.  Maklumat tentang mendapatkan sijil polis daripada negara lain boleh ditemui di sini.
  • Semua pemohon perlu menjalani pemeriksaan perubatan oleh doktor yang diperakui oleh Kedutaan.  Maklumat mengenai pemeriksaan perubatan boleh ditemui di sini.  Anda akan menerima arahan tentang cara untuk membuat janji temu bagi ujian dari NVC atau Kedutaan. Jangan cuba membuat janji temu sebelum menerima arahan ini.

Terdapat perkara lain yang mungkin diperlukan dalam kes-kes tertentu.

Berkuatkuasa 15 Ogos 2011, pempetisyen yang menetap di luar negara tidak lagi akan dapat secara kebiasaannya untuk memfailkan Borang I-130, Petisyen untuk Saudara Asing, dengan Kedutaan Amerika Syarikat dan Konsul kecuali di lokasi-lokasi di mana Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen A.S. (USCIS) mempunyai kaunter awam di dalam Kedutaan atau Konsulat.  Pempetisyen yang menetap di luar negara di negara-negara di mana USCIS tidak mempunyai kaunter awam, seperti Malaysia, akan dikehendaki, bermula 15 Ogos 2011, untuk memfailkan Borang I-130 melalui pos dengan peti pos berkunci USCIS Chicago.  Kedutaan dan Konsulat A.S.

Satu-satunya petisyen yang boleh diluluskan di Kedutaan adalah (a) I-130 petisyen untuk saudara terdekat (suami/isteri, anak-anak kecil belum berkahwin dan ibu bapa), jika pemohon dapat membuktikan sekurang-kurangnya enam bulan tinggal di Malaysia; (b) I-360 petisyen kepada janda dan duda yang tinggal di Malaysia; (c) I-600, jika I-600A diluluskan sebelumnya.  Selain itu, kami akan menerima I-600A untuk pemastautin di malaysia, tapi borang tersebut akan diberikan kepada USCIS untuk diluluskan.

Arahan Pemfailan mulai 15 Ogos 2011:
Mulai 15 Ogos 2011, pempetisyen yang menetap di luar negara yang ingin memfailkan Borang I-130, petisyen untuk Saudara Asing, boleh melakukan seperti berikut:
– Jika pempetisyen tinggal di negara di mana USCIS tidak mempunyai kaunter awam, Borang I-130 mesti difailkan dengan peti pos berkunci USCIS Chicago di salah satu alamat di bawah, melainkan jika pempetisyen meminta dan diberikan pengecualian berdasarkan salah satu daripada kriteria yang diterangkan di bawah:

Alamat Peti Pos Berkunci USCIS Chicago untuk penghantaran mel biasa:

USCIS P.O. Box 804625 Chicago, IL 60680-4107

Alamat Peti Pos Berkunci USCIS Chicago untuk penghantaran mel ekspres dan kurier:

USCIS Attn: I-130 131 South Dearborn-3rd Floor Chicago, IL 60603-5517

Untuk maklumat tambahan mengenai bagaimana untuk memfailkan Borang I-130 dengan peti pos berkunci USCIS Chicago, sila lihat laman web USCIS di http://www.uscis.gov/ atau hubungi USCIS melalui telefon di 1-800-375-5283.

Pemfailan Pengecualian di Kedutaan atau Konsulat AS tanpa Pejabat Luar USCIS:
Mulai 15 Ogos 2011, pempetisyen yang tidak menetap di negara yang mempunyai pejabat luar USCIS, tetapi percaya kes mereka patut diberi pengecualian, boleh meminta pengecualian untuk membolehkan Bahagian Konsular di Kedutaan atau Konsulat menerima pemfailan.  Setiap permintaan bagi pengecualian akan dinilai secara individu.

Pempetisyen yang memohon untuk memfailkan Borang I-130 di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia perlu menghubungi Bahagian Konsular untuk meminta pertimbangan permintaan bagi pengecualian dan menjelaskan kes mereka secara terperinci.  Bahagian Konsular akan menyampaikan permintaan bagi pengecualian mereka kepada pejabat luar USCIS yang mempunyai jurisdiksi ke atas Kedutaan atau Konsulat.  Penentuan sama ada mana-mana kes luar biasa berhak mendapat pengecualian untuk proses pemfailan am akan dibuat oleh USCIS.