Penghijrahan Keluarga

Setiap tahun, beratus ribu orang berhijrah secara sah ke Amerika Syarikat.  Imigran datang dari setiap negara, etnik, agama dan kaum.  Amerika Syarikat dibina oleh imigran-imigran dan warga Amerika bangga dengan warisan ini.

Keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat adalah sesuatu yang rumit dan bukan sahaja tentang kelayakan visa.  Tidak seperti keadaan yang dihadapi oleh generasi imigran sebelumnya, pengangkutan dan komunikasi moden membolehkan imigran hari ini mengekalkan pertalian kuat dengan negara asal mereka.  Tetapi penghijrahan ini memerlukan komitmen kepada kehidupan baru di Amerika Syarikat dan perubahan gaya hidup.  Penyelidikan dan perancangan rapi amat perlu.  Penerbitan Perkhidmatan Kewarganegaraan AS dan Imigresen bertajuk “Selamat Datang ke Amerika Syarikat: Panduan untuk Imigran Baru” boleh didapati dalam pelbagai bahasa dan memberikan nasihat berguna kepada bakal imigran.

Amaran Penipuan:  Beberapa syarikat menyamar sebagai Kerajaan A.S. dan meminta wang untuk melengkapkan borang kemasukan loteri atau membantu dalam proses kemasukan.  Sila ambil perhatian bahaw tiada caj dikenakan untuk memuat turun dan melengkapkan Borang Masuk Visa Kepelbagaian Elektronik.  Terdapat juga kes di mana individu telah ditipu, biasanya melalui emel, bahawa mereka telah “menang” loteri, dan pembayaran diminta untuk memulakan proses pemohonan.  Jabatan Luar Negara memberitahu pemohon Visa Kepelbagaian yang berjaya melalui surat, BUKAN melalui emel, dan pemohon akan diminta untuk membayar kos hanya di Kedutaan pada hari wawancara mereka.  Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Amaran Jabatan Luar Negara dan Amaran Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan.  Sila hubungi kami di kliv@state.gov jika anda menjadi mangsa penipuan yang melibatkan program loteri visa.