USTR Froman Mempromosi Perkongsian Trans Pasifik di Hadapan Kumpulan Pemikir

Photo of two men shaking hands
USTR Froman bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. (Foto Kedutaan A.S.)

Lebih 120 anggota masyarakat sivil, pegawai kerajaan dan media menghadiri perbincangan panel yang menampilkan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Michael Froman semasa lawatan beliau ke Kuala Lumpur baru-baru ini.  USTR Froman dan ahli panel menggunakan peluang untuk menjawab banyak perkara tidak tepat mengenai TPP dan mengetengahkan manfaat TPP yang akan dinikmati Malaysia.  Ahli panel mengambil soalan daripada hadirin mengenai isu-isu termasuk farmaseutikal, perusahaan kecil dan sederhana, dan ketelusan dalam rundingan.  USTR Froman juga melawat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya.