USS Bonhomme Richard Melawat Kota Kinabalu di Sabah

Photo of Captain Joey Tynch speaking to media
Anggota media diberi taklimat oleh Kapten Joey Tynch, Pegawai Memerintah USS Bonhomme Richard. (Foto Kedutaan A.S.)

USS Bonhomme Richard (LHD 6), sebuah kapal gempur amfibia, dan Unit Ekspedisi Marin (MEU) ke -31 tiba di Malaysia untuk lawatan pelabuhan berjadual di Kota Kinabalu pada 23 Feb 2015.  Kelasi Bonhomme Richard dan Marin turut melibatkan diri dalam pelbagai projek khidmat masyarakat, menjadi hos untuk pelawat yang melawat kapal, melakukan aktiviti sukan, dan juga menikmati bandar Kota Kinabalu.

Lebih 40 orang Kelasi dan Marin dan bergotong-royong dengan pekerja majlis perbandaran dan sukarelawan tempatan untuk membantu mencantikkan Taman Awam Teluk Likas.  Angkatan Tentera Malaysia dan perwakilan dari Negeri Sabah, diberi peluang untuk menaiki USS Bonhomme Richard melalui pesawat MV-22 Osprey, menjelajah ruang angkasa dan melihat keupayaan kapal, melihat helikopter UH-1Y Huey Venom membuat demonstrasi menembak dan demonstrasi serangan mengejut Marin.

Photo of the USS Bonhoome Richard
USS Bonhomme Richard. (Foto Kedutaan A.S.)

Ini merupakan lawatan pelabuhan pertama bagi sebuah kapal amfibia dek besar ke Malaysia dalam tempoh dua tahun.  Tujuan lawatan ini adalah untuk membangunkan hubungan antara kerajaan Amerika Syarikat dan Malaysia dengan mengadakan latihan ketenteraan bersama.

Untuk melihat lebih banyak gambar, sila lawati halaman Facebook USS Bonhomme Richard.