USDA bersama Kismis California, Epal Washington, Kentang USA, Majlis Bijirin AS dan Harley Davidson meraikan 20,000 pengunjung

Jabatan Pertanian A.S. (USDA) menerusi pejabat Perkhidmatan Pertanian Asing (FAS) di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur menjadi Penaja Emas di Penang Starwalk ke-41 pada 2 September 2018.

20,000 warga Pulau Pinang dan peserta program diganjarkan dengan produk premium Amerika seperti pek pengguna kismis California, mufin kismis California,Epal Washington, kentang lecek A.S., lempeng ubi kentang dan hashbrowns dalam Penang Starwalk edisi ke-41.

Strategi pemasaran FAS, USDA memberi tumpuan kepada bandar sekunder di Pulau Pinang, Malaysia untuk menyelit produk pertanian A.S. yang berkualiti dalam kalangan keluarga di negara ini. Rakan kongsi acara ini termasuk Majlis Bijirin A.S. serta Harley Davidson dengan sebelas penunggang menyertai program kali ini dan menyumbangkan jumlah tajaan lebih daripada $12,500.

Tahun lepas, A.S. mengeksport produk makanan dan minuman bernilai AS$ 492 juta ke pasaran Malaysia, dan Kentang USA adalah peneraju pasaran untuk kentang beku di Malaysia manakala Kismis California menguasai segmen kismis. Pengeluaran Epal Washington telah berkembang dan dijual di lebih daripada 50 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.