Flag

An official website of the United States government

U.S. Service Academy Class of 2022
3 MINIT DIBACA
Jun 13, 2018

Service Academy 2022

Putra Nadeem Damanhuri Bin Ahmad Damanhuri
Putra Nadeem Damanhuri Bin Ahmad Damanhuri

Putra Nadeem Damanhuri bin Ahmad Damanhuri berasal dari Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Beliau telah mengembara ke seluruh Eropah, Asia dan Afrika Utara dan aktif dalam pelbagai aktiviti luar, termasuk perdebatan, pelayaran, saintis muda dan sukarelawan dalam program “guru muda matematik”. Nadeem merupakan pelajar cemerlang dan mendapat markah tinggi dalam peperiksaan nasional walaupun sibuk dalam peranan kepimpinannya sebagai sebahagian daripada program Maktab Tentera Diraja dan dalam pelbagai aktiviti luar. Seorang yang tenang dan yakin, beliau berhasrat mengikuti jejak ayahnya dalam berkhidmat untuk Malaysia dalam Tentera Udara Diraja Malaysia. Calon yang pintar dan petah bercakap ini ingin mempelajari kejuruteraan mekanikal di USAFA dan menjadi juruterbang pejuang dengan TUDM apabila tamat pengajian.

Cadet Janushaa Bala Krishnan Muthiah
Cadet Janushaa Bala Krishnan Muthiah

Kadet Janushaa Bala Krishnan Muthiah berasal dari Kuala Lipis, sebuah bandar kecil di Pahang. Beliau seorang inovator yang cemerlang dan pemimpin yang bersedia untuk menjadi juruterbang tempur seperti wira beliau, Mejar Patricia Yapp, juruterbang pejuang MiG-29 yang pertama di Asia. Bagi mengejar impian itu, beliau mahu mempelajari kejuruteraan aeroangkasa di USNA. Janushaa mendapat dorongan untuk berkhidmat selepas mendengar cerita daripada datuknya tentang zaman datuknya menerbangkan helikopter Nuri di utara Malaysia pada tahun 1980-an semasa memerangi insurgensi komunis. Dengan dorongan dan persediaannya, beliau diterima masuk ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan telah memberi komitmen untuk bekhidmat selama 10 tahun di Angkatan Tentera Malaysia. Sejak berumur 12 tahun, beliau telah menghadiri sekolah asrama dan belajar cara untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, pasukan dan cabaran baharu. Sebagai pemimpin yang berpelajaran, beliau berkhidmat sebagai peneraju pasukan untuk pasukan projek seramai empat orang yang melaksanakan cara inovatif untuk menukar sisa pokok sawit menjadi simen. Ia usaha untuk menjadikan industri utama Malaysia lebih mampan dan mesra alam.