PERHATIAN: PENGARANG
Sempena meraikan Aidiladha, Jabatan Negara A.S. memberi penghormatan kepada sukarelawan Muslim Malaysia, Mohamed Ariq Mokhti, yang merangkumi nilai-nilai sejagat memberi bakti tanpa mementingkan diri, dan ihsan dalam berbakti untuk memperbaiki kehidupan orang lain.
Mohamed Ariq mengambil bahagian dalam acara maya bersama Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Setiausaha Rendah Uzra Zeya bersama 11 pekerja barisan hadapan Muslim yang lain dari seluruh dunia pada 3 Ogos 2021. Semasa acara ini, Setiausaha menekankan bahawa usaha mereka tanpa mementingkan diri untuk memastikan kesenangan orang ramai baik pada masa kesukaran dan penderitaan yang dahsyat ini merupakan manifestasi jelas dan bertenaga semangat Hari Raya Adha baru-baru ini.
Mohamed Ariq, alumni Felo Profesional YSEALI (Inisiatif Pemimpin Asia Tenggara Muda) 2019 dan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kuala Lumpur, sedang berusaha untuk mendatarkan lekuk pandemik dalam komuniti tempatannya. Semasa pandemik itu, beliau telah mengumpulkan dana untuk menjahit pakaian alat pelindung diri (PPE). Pakaian ini telah diedarkan kepada hospital tempatan, berdasarkan tahap keparahan dan jumlah kes COVID-19 mereka.

Wang yang diperoleh oleh Mohamed Ariq juga menyokong projek-projek mini, seperti mendirikan stesen pemeriksaan bergerak di Hospital Tanjong Karang Selangor, yang memberi khidmat kepada 40,000 orang di kawasan itu; membantu Hospital Pekan Pahang mengadakan Unit Pertolongan Cemas Psikologi untuk memberi khidmat dan menyokong pesakit dan anggota keluarga yang menderita gangguan tekanan pasca trauma; dan menyediakan bahan makanan, seperti beras, ayam, minyak masak, telur, dan gula kepada keluarga dalam kumpulan B40.
“Adalah menjadi suatu penghormatan apabila dijemput ke acara Aidil Adha Setiausaha Blinken. Ia suatu penghormatan dan peluang untuk bertemu rakan-rakan barisan hadapan dari seluruh dunia yang bekerja terus-menerus untuk membantu komuniti mereka dalam masa yang belum pernah terjadi sebelumnya. Terdapat pepatah Melayu yang mengatakan “Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai” atau “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” yang boleh dikaitkan dengan konteks pandemik semasa. Setiausaha Blinken telah menunjukkan sokongan luar biasa melalui Jabatan Negara AS untuk bersama dengan Malaysia bagi memerangi Covid-19 dengan memberikan bantuan perubatan kepada Malaysia. Kesihatan seseorang bergantung pada kesihatan dan tindakan setiap orang,” kata beliau.
Mohamed Ariq telah memberikan contoh untuk kita semua ikuti, dan kita berterima kasih kepadanya kerana khidmat baktinya yang tidak kenal penat lelah kepada orang lain.
Baca ringkasan Perjumpaan Setiausaha Blinken dengan Pekerja Barisan Muslim sempena Hari Raya Aidil Adha di sini.
Tonton video Mohamed Ariq yang berkongsi “Idea Besarnya” membantu ibu tunggal mencari pekerjaan dan belajar kemahiran ketika ditemu ramah oleh Misi A.S. ke ASEAN.