UNTUK SIARAN SEGERA
Kedutaan A.S. Umum Sumbangan RM1 Juta
Usaha menyokong NGO Malaysia, USAID memberi manfaat kepada
hampir 4,000 Keluarga Malaysia yang Terkesan dengan Pandemik
Kuala Lumpur – Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada enam organisasi bukan kerajaan Malaysia untuk membantu mereka yang terjejas oleh pandemik COVID-19.
Dengan pembiayaan daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa A.S. (USAID), sumbangan Kerajaan A.S. ini disalurkan melalui kerjasama organisasi masyarakat sivil Malaysia untuk mengedarkan pakej prihatin yang terdiri daripada makanan yang tak mudah rosak dan keperluan rumah kepada isi rumah yang menghadapi kesukaran semasa krisis global ini. Sumbangan ini dapat membantu secara langsung kepada hampir 4,000 isi rumah.
“Melalui inisiatif ini, USAID menyokong organisasi Malaysia yang dermawan dan berdedikasi untuk membantu keluarga-keluarga di seluruh negara,” kata Dean Thompson, Kuasa Usaha di Kedutaan A.S. “Selain menolong rakan-rakan kita yang sedang menghadapi cabaran pandemik COVID-19, kami juga berharap agar tindakan kami ini menyerlahkan nilai-nilai Ramadan – iaitu masa untuk menilai diri, memberi sumbangan amal, dan menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. ”
Bantuan tersebut akan diselaraskan oleh Program Inisiatif Reformasi Malaysia (MARI) dan peruntukan yang diperoleh daripada vendor tempatan. Organisasi rakan kongsi dipilih berdasarkan kapasiti dan kemampuan untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak.
Organisasi rakan kongsi termasuk:
• Dignity for Children
• ABIM
• IKRAM
• Bersih 2.0
• Liga Rakyat Demokratik
• Persatuan Kebajikan Suriana