Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Pasifik A.S. hari ini mengumumkan penyertaan mereka dalam Eksesais Keris Strike 2021, yang akan diadakan di Gurun, Kedah, Malaysia dan kawasan sekitarnya dari 1-12 November.
Keris Strike ialah eksesais tahunan dua hala yang ditaja oleh Tentera Pasifik A.S. dan dihoskan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Tahun ini menandakan kali ke-25 latihan itu yang menyumbang kepada peningkatan kesediaan pertahanan A.S. dan Malaysia serta kebolehkendalian taktikal sambil mengukuhkan hubungan dua hala.
Kira-kira 27 anggota tentera A.S. akan mengambil bahagian dalam eksesais tahun ini yang terdiri daripada operasi hutan dan taktik peringkat skuad.
Untuk maklumat lanjut mengenai Eksesais Keris Strike, sila layari laman Facebook rasmi di www.facebook.com/KerisStrike. Media yang berminat untuk membuat liputan mengenai eksesais ini boleh menghubungi pegawai hal ehwal awam eksesais Mejar James Sheehan, 2IBCT, 25th ID, di sheehanPAO@gmail.com.
Pautan
- Foto
U.S. Embassy Kuala Lumpur Flickr - Media Sosial
Facebook
Instagram
Twitter