
Ambassador McFeeters attends the Silicon Penang 50 Celebration Dinner hosted by the Malaysia Semiconductor Industry Association with Guest of Honor, Chief Minister of Penang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, other senior government officials and business leaders.

Ambassador McFeeters attends the Silicon Penang 50 Celebration Dinner hosted by the Malaysia Semiconductor Industry Association with Guest of Honor, Chief Minister of Penang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, other senior government officials and business leaders.
PERHATIAN: EDITOR
10 Ogos, 2022
Georgetown, Pulau Pinang – Dari 8 hingga 9 Ogos, Duta Besar McFeeters melawat Pulau Pinang dan bertemu wakil-wakil perniagaan, pemimpin korporat, dan pegawai kanan kerajaan. Lawatan Duta Besar tertumpu kepada kerjasama A.S.-Pulau Pinang dalam pelaburan ekonomi, pekerjaan berkemahiran tinggi, dan standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Semasa lawatannya, Duta Besar McFeeters melawat beberapa syarikat A.S. Beliau bertemu dengan pemimpin kanan dari Hewlett Packard, Abbot, National Instruments, dan Motorola Solutions serta membincangkan peluang pelaburan dan inisiatif syarikat untuk mempromosikan standard ESG dalam operasi mereka. Beliau juga diberi taklimat tentang rancangan pertumbuhan masa depan syarikat dan sokongan mereka untuk pekerjaan berkemahiran tinggi di Pulau Pinang.
Di samping itu, Duta Besar McFeeters bertemu dengan Invest Penang untuk memahami lebih mendalam iklim perniagaan semasa Pulau Pinang, pendekatan Invest Penang terhadap cabaran dan peluang pelaburan, serta penggunaan standard ESG. Beliau juga membincangkan kepentingan pembangunan bakat, dan daya tahan rantaian bekalan semasa pemulihan ekonomi Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Loo Lee Lian dan Penasihat Pelaburan Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Seri Lee Kah Choon.
Duta Besar McFeeters menghadiri Majlis Makan Malam Silicon Penang 50 anjuran Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia pada 8 Ogos. Beliau meraikan sumbangan beberapa syarikat A.S. dalam mengubah Pulau Pinang menjadi Lembah Silikon Timur sejak penubuhan mereka di Pulau Pinang 50 tahun lalu. Majlis ini menyorot kejayaan syarikat-syarikat A.S. dalam menjana peluang untuk pertumbuhan ekonomi, pekerjaan berkemahiran tinggi dan kemajuan teknologi di Pulau Pinang.
Akhir sekali, Duta Besar McFeeters berjumpa dengan komuniti perniagaan A.S. yang teguh di Pulau Pinang melalui perbincangan meja bulat anjuran Dewan Perniagaan Amerika Malaysia pada 9 Ogos. Selain mengetengahkan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, beliau membincangkan galakan standard ESG dan sokongan Kedutaan untuk meneruskan eksport A.S. ke Malaysia dan pelaburannya di negara ini.
Sambil melahirkan rasa berterima kasih kepada pemimpin perniagaan dan rakan kongsi yang ditemuinya, Duta Besar McFeeters berkata, “Saya teruja Pulau Pinang terus menjadi rakan kongsi yang kukuh dengan syarikat-syarikat A.S. dalam menggalakkan pelaburan berteknologi tinggi, peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, standard ESG global dan daya tahan rantaian bekalan. Kedutaan A.S. komited untuk membina hubungan perniagaan yang lebih kukuh dengan Pulau Pinang dan mengukuhkan perkongsian komersial yang berkekalan antara Amerika Syarikat dan Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang.”
Sila layari album Flickr Kedutaan Besar untuk mendapatkan gambar: https://www.flickr.com/photos/usembassykl/albums
Please call: 03-2168-5000
Outside of Office Hours, contact: 03-2168-5000
Outside of Malaysia: 011-60-3-2168-5000
Emergency Contact – All Locations Dapatkan Amaran Perjalanan Penculikan Anak Ibu Bapa Antarabangsa Penahanan Warganegara A.S. Kematian Warganegara A.S. Mangsa Jenayah Bantuan Kewangan Kecemasan