Ucapan Takziah dari Amerika Syarikat

Photo of President Obama and a former US envoy
Presiden Barack Obama bersama Tan Sri Jamaluddin Jarjis, bekas wakil negara ke Amerika Syarikat.

Bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat, Duta Besar Joseph Yun mengucapkan takziah kepada ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan helikopter di Semenyih.  Iringan doa dan ingatan kami bersama mereka yang melalui saat yang sukar pada waktu ini. Tan Sri Jamaluddin Jarjis sentiasa berdedikasi dalam mengembangkan perhubungan dua hala bersama Amerika Syarikat. Persahabatan yang erat di antara kedua-dua negara turut disumbangkan hasil kreativiti, tenaga dan visi beliau. Komitmen dan dedikasi beliau terhadap hubungan erat A.S. dan Malaysia akan kekal diingati.