Ucapan Duta Besar Yun Mengenai Perkongsian Trans-Pasifik

Ambassador Joseph Yun (second from left) shakes hands with Dato' Sri Mustapa Mohamed, Malaysia's Minister of International Trade and Industry. (U.S. Embassy photo)
Duta Besar Yun menyampaikan ucapannya mengenai manfaat TPP semasa persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan PricewaterhouseCoopers. (Foto Kedutaan A.S.)
Duta Besar Yun menyampaikan ucapannya mengenai manfaat TPP semasa persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan PricewaterhouseCoopers. (Foto Kedutaan A.S.) 

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Yun baru-baru ini menyampaikan ucapan mengenai manfaat Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) semasa persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan PricewaterhouseCoopers. Persidangan yang mengumpulkan pegawai dan wakil dari syarikat besar dan kecil di Malaysia menjadi platform untuk bertukar-tukar idea mengenai cara terbaik untuk bersedia merebut peluang yang tersedia dalam perjanjian perdagangan bebas. Ucapan Duta Besar Yun menggariskan ramalan bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan menegaskan bahawa tarif perdagangan yang lebih rendah akan memberi manfaat kepada pengguna di samping standard buruh yang akan memberi manfaat kepada pekerja. Beliau berkata bahawa Amerika Syarikat kekal komited untuk meluluskan TPP dan akan bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam pelaksanaannya yang akan membolehkan negara untuk menunaikan obligasinya di bawah perjanjian itu.