UNTUK PERHATIAN PENGARANG
8 November 2021

WASHINGTON – Setiausaha Perdagangan A.S. Gina Raimondo akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Asia dari 15-18 Nov, dan beliau akan bertemu dengan pegawai kerajaan dan pemimpin perniagaan di Jepun, Singapura dan Malaysia.
Setiausaha Raimondo akan melawat rantau Indo-Pasifik untuk mengesahkan komitmen kami dan mengukuhkan hubungan ekonomi dengan rakan sekutu dan rakan kongsi utama. Perjalanan beliau adalah susulan pengumuman Presiden Biden mengenai pembangunan rangka kerja ekonomi yang akan menentukan objektif bersama kami dengan rakan kongsi di rantau ini. Setiausaha Raimondo akan bertemu dengan pemimpin kerajaan dan rakan kongsi swasta untuk membincangkan bidang utama seperti daya tahan rantaian bekalan, ekonomi dan teknologi digital, standard bersama serta sokongan terhadap projek infrastruktur serantau.
“Membina semula pakatan dengan rakan kongsi kami yang sehaluan adalah bahagian penting dalam kerja kami untuk mengukuhkan daya saing global Amerika,” kata Raimondo. “Presiden Biden telah menunjukkan wawasan dan kepimpinan yang luar biasa dalam usahanya untuk memulakan rangka kerja ekonomi serantau, dan saya mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan rakan sekutu. Dalam pelbagai isu—daripada ketahanan rantaian bekalan dan semikonduktor kepada kerjasama dalam ekonomi digital dan pembangunan infrastruktur—ekonomi Amerika adalah paling kukuh apabila kita memimpin melalui teladan dan bekerjasama dengan rakan sekutu kita.”
Jadual perjalanan Raimondo adalah seperti berikut:
15 November: Tokyo, Jepun
16-17 November: Singapura
18 November: Kuala Lumpur, Malaysia
Dalam setiap penglibatannya, Setiausaha Raimondo akan mengetengahkan bidang yang mewakili peluang perniagaan baharu yang penting untuk syarikat dan pekerja A.S. di salah satu rantau dengan ekonomi paling dinamik di dunia.
Butiran lanjut mengenai perjalanan beliau akan diumumkan apabila dimuktamadkan nanti.
Untuk menerima maklumat terkini lawatan Setiausaha Raimondo, sila daftar untuk langganan e-mel Jabatan Perdagangan dan ikuti @SecRaimondo di Twitter.
MAKLUKMAT PERHUBUNGAN MEDIA
Pejabat Hal Ehwal Awam, Jabatan Perdagangan: publicaffairs@doc.gov
Pertanyaan khusus mengenai lawatan ke Malaysia: klusembassypress@state.gov