Tragedi MH370: Pengunjung Cilik Sudut Lincoln Kedah Zahirkan Simpati

Photo of young Malaysians
Kanak-kanak menunjukkan perasaan simpati mereka tentang MH370 melalui kad. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 26 Mac, 20 orang kanak-kanak telah menyatakan simpati mereka kepada keluarga mangsa tragedi Malaysia Airlines MH370.  Ketika kesedihan meliputi Malaysia mengenai tragedi ini, Sudut Lincoln Kedah telah mengambil inisiatif untuk membantu pengunjung-pengunjung muda Sudut Lincoln menangani kesedihan dan kebimbangan mereka berkaitan dengan berita dan apa-apa yang berkaitan dengan penerbangan MH37O.  Pustakawan Sudut Lincoln Kedah mengambil pendekatan kreatif untuk membantu pengunjung-pengunjung muda Sudut Lincoln melalui masa yang sukar ini dan menjemput penyertaan mereka dalam seni kreatif.  Mereka menggunakan bahan-bahan seni Sudut untuk menarik kanak-kanak meluahkan perasaan mereka melalui seni visual.  Kanak-kanak, dengan dibantu oleh ibu bapa dan guru, mencipta kad untuk meluahkan simpati dan melukis tangan menadah doa dan imej-imej lain serta ingatan dan doa khusus kepada keluarga yang mengalami kesan akibat kehilangan orang dalam tragedi MH370 yang pernah berlaku sebelum ini dan menjadi tajuk utama dunia.