Timbalan Ketua Perwakilan Kagan Bersama Wira Masyarakat dalam Kem Klik! di Kelantan

The top three winning teams of Click! 5.0 Camp in Kelantan pose with Deputy Chief of Mission Edgard Kagan after receiving their awards and seed funding. (U.S. Embassy photo)

Pada 24 April iaitu hari terakhir Kem Klik! 5.0 di Kota Bharu, Kelantan, Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan menghadiri Kem Klik! 5.0 sebagai salah seorang panel hakim semasa sesi akhir mempromosikan idea. Dianjurkan oleh Institut Pemerkasaan dan Pembangunan Kepimpinan (LEAD), Kem Klik! adalah kem intensif interaktif selama 3 hari tentang pendidikan berkesan yang mengumpulkan pelajar luar bandar dan separa bandar (berumur antara 14-16 tahun) dari sekolah menengah termasuk beberapa madrasah di Malaysia.

Kem ini mengumpulkan 55 pelajar, 11 pembantu guru bahasa Inggeris (ETA), dan 11 guru penasihat dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dengan tema “Membina Wira Masyarakat”, Kem Klik menjurus ke arah membantu pelajar untuk berfikir dan terlibat dalam proses membangunkan idea kepada model perniagaan yang mampan dan kemudian mencernakannya dalam masyarakat.

Sepanjang kem 3 hari itu, pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang untuk bekerja bersama ETA dan penasihat guru dalam membangunkan idea projek, membuat prototaip perniagaan dan meningkatkan kemahiran persembahan mereka. Sesi dan aktiviti pembelajaran dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional dan fasilitator. Pada akhir kem ini, pelajar dikehendaki membangunkan projek yang bermanfaat untuk menyelesaikan beberapa isu kritikal dalam komuniti masing-masing.

Timbalan Ketua Perwakilan Kagan menyampaikan Sijil Penyertaan dan pembiayaan awal kepada setiap kumpulan untuk melaksanakan projek mereka selama dua bulan akan datang dalam fasa pelaksanaan 8 minggu. Dalam ucapannya, Timbalan Ketua Perwakilan Kagan menekankan kepentingan untuk menyumbang semula kepada masyarakat dan menggalakkan pelajar untuk berbakti kepada masyarakat mereka.