Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan Berucap di Pameran Pendidikan Univerisiti A.S. Tahunan

Photo of DCM Kagan speaking
Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan menyampaikan ucapan beliau. (Foto Kedutaan A.S.)

Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan berucap di hadapan lebih 1,100 pelajar dan ibu bapa di Pameran EducationUSA di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.  Kagan menekankan kebolehmampuan dan fleksibiliti sistem universiti Amerika Syarikat.  Selepas berucap, beliau melawat dewan pameran yang menempatkan hampir 40 wakil dari universiti A.S., menjawab soalan dan memberikan maklumat kepada bakal pelajar.  Seorang pelajar berkata, “Ia menjadi impian sepanjang hayat untuk belajar di Amerika Syarikat.”