
Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Amerika Syarikat Edgard Kagan telah berucap tentang pendekatan diplomatik untuk menyelesaikan pertikaian tuntutan di Laut China Selatan dalam Persidangan Laut China Selatan MIMA ke-3 pada 3 September yang dibuat di Kuala Lumpur. Kagan menggesa pihak-pihak yang membuat tuntutan untuk mengelakkan melakukan tindakan unilateral dan provokatif di Laut China Selatan. Beliau juga menjelaskan bahawa A.S. mahukan kebebasan pelayaran di Asia Pasifik dan seluruh dunia.