Setiausaha Negara Rex Tillerson Berkunjung ke Manila, Bangkok, dan Kuala Lumpur pada 5 hingga 9 Ogos

Kenyataan oleh Jurucakap Heather Nauert

Setiausaha Negara Rex Tillerson berkunjung ke Manila, Bangkok, dan Kuala Lumpur pada 5 hingga 9 Ogos. Di Manila, beliau akan mengambil bahagian dalam Forum Serantau ASEAN, Sidang Kemuncak Menteri Luar Asia Timur, Sidang Kemuncak A.S.-ASEAN, dan Lower Mekong Initiative. Semasa mesyuarat ini, Setiausaha Tillerson akan bertemu dengan rakan sejawatnya dan membincangkan pelbagai isu termasuk pembasmian nuklear di Semenanjung Korea, keselamatan maritim, dan pencegahan keganasan.

Setiausaha Tillerson juga akan ke Thailand untuk memberi penghormatan kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dan bertemu dengan para pegawai Thailand mengenai perkongsian A.S.-Thailand dan isu regional. Di Kuala Lumpur, beliau akan berjumpa dengan pegawai kerajaan untuk membincangkan usaha memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai isu pada ulang tahun ke-60 hubungan dua hala A.S.-Malaysia.

Perjalanan Setiausaha Tillerson mengesahkan komitmen Pentadbiran Amerika Syarikat untuk memperluas dan meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan A.S. di rantau Asia Pasifik.

Ikuti perjalanan Setiausaha Tillerson melalui @StateDept di Twitter atau lawat Flickr Jabatan Negara A.S. untuk gambar terkini. Teruskan bersama kami di https://blogs.state.gov/engage, dan ikuti semua perjalanan Setiausaha A.S. di https://www.state.gov/secretary/2017travel/index.htm.