
Pada 15 Jun, 40 kakitangan media telah dijemput untuk melihat secara langsung penurunan dari udara oleh kapal C-17 Globemaster yang terbang di atas Penor, Pahang, sebelum meneruskan perjalanan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, Pulau Pinang. Latihan ini adalah sebahagian daripada Eksesais Cope Taufan dan Teak Mint yang diadakan secara serentak pada 9-20 Jun. Eksesais ini diketuai oleh Lt Jeneral Russell J. Handy, komander Tentera Udara ke-11, Tentera Udara Pasifik (PACAF). Peserta-peserta lain termasuk ketua pengarah eksesais dan operasi udara TUDM, Mejar Jeneral Datuk Seri Affendi Buang. Ini adalah kali pertama pesawat pejuang Tentera Udara A.S., Lockheed Martin F-22 Raptor, mengambil bahagian dalam latihan di Asia Tenggara.

Cope Taufan direka untuk meningkatkan kesediaan dan kerjasama antara tentera udara Amerika Syarikat dan Malaysia. Selain meningkatkan kesediaan dan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera, latihan dua minggu ini juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pertempuran antara kedua-dua negara dengan menyediakan latihan realistik semasa penerbangan, dan menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau.