Usahawan Silicon Valley berjumpa dengan rakyat Malaysia

Ms. Rekha Pai with students and faculty of University Utara Malaysia, Kedah

Rekha Pai Kamath, salah seorang ahli lembaga Fast Forward iaitu pertubuhan yang membantu persatuan teknologi bukan berorientasi keuntungan yang berpangkalan di San Francisco, dan pelabur budiman (angel investor) di Stanford Angels and Entrepreneurs, baru-baru ini bertemu dan berkongsi ilmu dengan usahawan muda Malaysia. Rekha adalah mentor profesional dan penasihat impak dan telah berada di dalam jawatankuasa pemilihan selama lima tahun untuk Techwomen (www.techwomen.org), inisiatif Jabatan Negara A.S. yang bertujuan menghubungkan pemimpin wanita global dalam bidang teknologi dengan Silicon Valley .

Penceramah A.S. Rekha Pai memberi tunjuk ajar kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sejahtera untuk melengkapkan litar!

Beliau melawat Malaysia dari 10 hingga 22 Julai untuk memperkasakan usahawan wanita, dan berkongsi pengetahuannya mengenai cara terbaik untuk berusaha dalam ekosistem keusahawanan yang sedia ada. Beliau juga menggalakkan lebih ramai wanita untuk berkecimpung dalam STEM dan dunia teknologi. Beliau berbicara dengan kira-kira 700 rakyat Malaysia di tujuh bandar yang dikunjungi. Melalui perbincangan dan bengkel yang diadakan di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak, penuntut universiti dan pelajar sekolah menengah dijemput  untuk mengambil bahagian secara aktif dalam program Makers Meets dan Young Innovate. Rekha juga berada di Sudut Amerika untuk menceritakan kisah kejayaan Silicon Valley.