Sudut Lincoln Kedah Pamer Kaedah Pengajaran Bahasa Inggeris Kreatif ETA

Photo of a group of English teachers
Gambar kumpulan para peserta bersama ETA. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada satu bengkel yang bertajuk “Bagaimana Mengajar Bahasa Inggeris Secara Kreatif,” Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright Kathryn Kasten dan Amy Mon berkongsi kepakaran mereka dengan 14 orang guru Bahasa Inggeris tempatan dari sekolah menengah Alor Setar, di Kedah.  Dengan membentangkan teori dan menggabungkan klip video, komik, teknik peta minda, dan memainkan peranan interaktif, ETA menunjukkan cara mengajar bahasa Inggeris secara kreatif yang melibatkan pelajar dan menarik perhatian mereka di dalam kelas.  Peserta mendapati pembentangan mengenai ‘sumber Kertas Kreatif untuk Pembelajaran Interaktif’ dan ‘Projek Pembelajaran Kreatif’ memberi inspirasi dan berguna.  Pustakawan Sudut Lincoln menyokong bengkel dengan sumber perpustakaan yang berkaitan, manakala Pustakawan Rujukan Nurha Matrang mengedarkan DVD Pengajaran Bahasa Inggeris, Trace Effects, kepada setiap peserta.