Sudut Lincoln Kedah Anjur Perbincangan Tentang Pemerdagangan Orang Bersama Pegawai Politik Kedutaan Jennifer Spande

Jennifer Spande (duduk, tiga dari kira) bersama peserta seminar. (Foto Kedutaan A.S.)
Jennifer Spande (duduk, tiga dari kira) bersama peserta seminar. (Foto Kedutaan A.S.) 

Pada 14 April, lebih kurang 40 peserta, termasuk 20 anggota polis, kastam, dan pegawai imigresen dan seorang ahli Dewan Undangan Negeri Kedah menghadiri ceramah mengenai Pemerdagangan Orang oleh Pegawai Politik Kedutaan A.S. Jennifer Spande.  Perbincangan hangat tercetus selepas peserta bertanya kepada Jennifer mengenai kedudukan Malaysia kebelakangan ini, khususnya mengenai pengecualian untuk status Tahap Dua Senarai Pemerhatian dan tindakan A.S. untuk menempatkan semula pelarian yang kini berada di Malaysia.  Dalam perbincangan cabaran untuk mengubah sikap majikan yang menyimpan passport pekerja, beberapa pegawai kerajaan secara peribadi mempertahankan amalan meluas majikan yang memegang pasport pekerja.  Program ini juga memberi pemahaman yang lebih baik kepada Jennifer tentang keadaan di Malaysia apabila pekerja asing selalunya melarikan diri tanpa memenuhi kontrak pekerjaan mereka.