Sudut Lincoln Anjur “Fun English Conversational Hours” untuk Pelajar di Seberang

Photo of students in a room
Drake berinteraksi dengan para pelajar dalam perbualan Bahasa Inggeris. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 19 Ogos, Sudut Lincoln Pulau Pinang telah menganjurkan program “Fun English Conversational Hours” kepada 65 pelajar dan guru dari sekolah-sekolah di Seberang Jaya, Pulau Pinang.  Pegawai Akhbar Kedutaan A.S. Drake Weisert memperkenalkan pelajar kepada kepelbagaian budaya Amerika Syarikat yang kaya melalui persembahan multimedia, latihan bertutur dan mendengar, simpulan bahasa dan muzik terpilih.  Pelajar turut menyampaikan persembahan skit bertenaga yang membuatkan penonton ketawa.  Pelajar-pelajar mengambil bahagian secara aktif sepanjang kem dan teruja untuk meningkatkan keupayaan bahasa Inggeris mereka dengan penutur asli Bahasa Inggeris. Kem ini telah berjaya meningkatkan keyakinan dan suasana yang menyeronokkan untuk pelajar.