Kenyataan Susan Thornton Calon untuk Penolong Setiausaha Negara Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik

Kenyataan Susan Thornton
Calon untuk Penolong Setiausaha Negara Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik
Jawatankuasa Senat bagi Hubungan Luar Negeri

 

Pengerusi Corker, Ahli Pemangkatan Menendez, ahli-ahli jawatankuasa, ini merupakan satu penghormatan buat diri saya untuk hadir di sini pada hari ini sebagai calon daripada Presiden untuk berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik. Saya telah diberi kesempatan untuk berkhidmat dengan negara yang hebat ini, dan telahpun berkhidmat dengan ramai kakitangan awam yang berdedikasi dan berbakat sepanjang karier perkhidmatan luar negeri saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden dan Setiausaha Negara Tillerson kerana telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada saya. Sekiranya kedudukan saya disahkan, saya berjanji kepada Jawatankuasa ini bahawa saya akan menumpukan sepenuh tenaga saya dalam memajukan kepentingan Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik Timur.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya, suami saya Joe dan anak perempuan saya Kate, yang berada di sini pada hari ini, dua orang anak saya Ben dan Anne, yang kedua-duanya pergi ke tiga buah sekolah menengah yang berbeza ketika kami berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, ibu dan ayah saya. Mereka merupakan rangkaian sokongan yang luar biasa dan telah banyak berkorban bagi membolehkan saya berada di tahap ini. Saya ingin merakamkan penghargaan saya yang tak terhingga kepada mereka semua.

Saya telah menyertai Kementerian Perkhidmatan Luar Negeri Amerika Syarikat sejak lebih daripada 25 tahun yang lalu, dan telah berkhidmat dalam lima pentadbiran berbeza dan telah ditugaskan dari Beijing ke Moscow, Ashgabat ke Chengdu, dan sudah tentu sahaja Washington. Saya telah menjalankan usaha dalam isu-isu dari pengawalan senjata hingga ke perjanjian perdagangan ke hak asasi manusia, dan banyak lagi isu penting di antaranya dan saya tidak pernah berhenti merenung betapa bertuahnya saya mempunyai kerjaya yang sehebat ini. Beberapa bekas rakan sekerja saya dalam jawatan ini telah menghubungi saya dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan semuanya mahu memastikan saya tahu bahawa ini merupakan pekerjaan terbaik di dunia. Saya amat berterima kasih dan berasa rendah diri kerana diberi peluang untuk menyertai mereka, jika kedudukan ini disahkan.

Tidak ada mana-mana bahagian di dalam dunia ini yang sangat penting bagi masa depan anak-anak kita selain Asia Pasifik. Dengan bertempatnya satu pertiga penduduk dunia, satu pertiga KDNK global, dan antara beberapa ekonomi terbesar dan paling dinamik di dunia, amatlah jelas bahawa rantau Asia Pasifik ini akan menjadi kunci kepada kesejahteraan dan kemakmuran masa depan Amerika Syarikat. Kami mengeksport lebih daripada USD$ 400 bilion barangan ke negara-negara EAP dalam tahun 2017, yang meningkat 160% dari satu dekad lalu. Wilayah ini juga merupakan kediaman bagi lima sekutu perjanjian A.S. dengan lebih daripada 80,000 tentera A.S. tinggal, berlatih, dan beroperasi bersama pasukan tuan rumah mereka untuk menjalankan pelbagai misi, termasuk mencari dan menyelamat, bantuan bencana, dan pencegahan pengganas. Maka adalah penting demi kepentingan A.S. dalam memastikan kawasan ini stabil dan makmur.

Namun terdapat cabaran keselamatan dan ekonomi yang sangat penting di rantau Asia Pasifik, termasuklah ancaman jahat Korea Utara, kebangkitan China yang autoritarian, dan penyebaran keganasan dan faham pelampau. Walaupun rantau ini telah menikmati keamanan dan meningkatnya kemakmuran selama bertahun-tahun, ancaman daripada Korea Utara terus menular, ketegangan dan faham pelampau semakin meningkat, dan model yang diterajui oleh eksport bertugas menyokong ketakjuban pertumbuhan di Asia Timur tidak lagi berdaya maju. Kita mestilah terus  mendesak akses pasaran ke arah keadilan dan timbal balik, sekiranya kita ingin mengekalkan sistem perdagangan global. Penolakan terhadap demokrasi, tadbir urus dan rasuah, dan hak asasi manusia juga menjejaskan prospek kestabilan dan pertumbuhan di sesetengah negara.

Berdepan dengan cabaran-cabaran ini secara berkesan di bahagian penting dunia ini memerlukan kekuatan dan penyelesaian kepemimpinan diplomatik A.S., dan pendekatan pentadbiran ini terhadap Asia Pasifik telah meletakkan kepimpinan kuat serta aktif kita di barisan hadapan usaha-usaha antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran ini.

Di negara Korea Utara, pentadbiran Trump telah mengerahkan seluruh komuniti antarabangsa, menerusi kempen tekanan maksimum global kami, untuk bersama-sama menentang cubaan Kim Jong Un dalam membangunkan keupayaan misil nuklear dan balistiknya. Majlis Keselamatan PBB telah sebulat suara meluluskan empat resolusi sekatan pada tahun lepas, dan usaha-usaha tambahan di seluruh dunia untuk tujuan terus memencilkan Korea Utara secara diplomatik dan ekonomi bagi menjelaskan bahawa kita tidak akan menerima program nuklear Korea Utara. Keutamaan kami adalah untuk mencapai nyahnuklearisasi Semenanjung Korea melalui penyelesaian diplomatik, tetapi kita akan mencapai matlamat ini dengan cara apa sekalipun.

Berhubung dengan negara China, seperti yang telah dijelaskan oleh pentadbiran ini, Amerika Syarikat mahu hubungan yang produktif dengan China, dan kita mesti berusaha untuk mengurus dan menyelesaikan perbezaan. Walau bagaimanapun, kami juga telah sama-sama jelas bahawa kita tidak akan mematuhi percubaan Cina untuk mengenepikan Amerika Syarikat di Asia, memaksa negara-negara di rantau tersebut dan kami tidak akan dipergunakan. Sekiranya sistem antarabangsa yang membolehkan kemajuan China berterusan, maka peraturan dan piawaian harus dipatuhi dan negara-negara tidak boleh dibuli atau diancam, tetapi diperlakukan sebagai pemain yang sama.

Pentadbiran, di bawah kepimpinan Presiden Trump, sedang berusaha untuk memperluas dan memperdalam perkongsian di seluruh rantau melalui strategi Indo-Pasifik kami, untuk memastikan negara-negara tersebut mempunyai sokongan dalam membuat keputusan sendiri dan tidak merasa tertekan dalam memikul tanggungjawab yang melemahkan tadbir urus yang baik atau pertumbuhan jangka panjang. Kami juga akan terus memberi keutamaan kepada kerja-kerja dalam APEC untuk mempromosikan perdagangan bertaraf tinggi dan adil dan untuk menyokong seni bina serantau yang berpusat di ASEAN, yang menyokong keamanan dan keselamatan Asia Timur. Amerika Syarikat merupakan kuasa Pasifik dan akan tetap komited demi kejayaan rantau ini.

Pendek kata, saya berasa rendah hati untuk dipertimbangkan dalam kedudukan penting ini dan, jika ianya disahkan, saya sangat berharap untuk bekerjasama dengan anda demi meneruskan prospek Amerika Syarikat di bahagian dunia tersebut. Ribuan terima kasih.