Flag

An official website of the United States government

Kenyataan daripada Presiden Joe Biden sempena bulan Ramadan
3 MINIT DIBACA
Mac 23, 2023

Hari ini, saya dan Jill ingin mengucapkan salam Ramadan kepada komuniti-komuniti Muslim di seluruh negara dan di seluruh dunia dalam mereka mula menyambut bulan Ramadan yang mulia. Ia masa untuk berpuasa, pembaharuan, beramal, beribadah dan pertumbuhan kerohanian.

Semasa bermuhasabah pada bulan yang suci ini, Amerika Syarikat juga menegaskan semula sokongan kami kepada masyarakat Islam yang mengalami kesusahan dan kemusnahan. Kami akan terus berdiri bersama rakyat Turkiye dan Syria—yang telah kehilangan ramai orang tersayang semasa gempa bumi yang dahsyat baru-baru ini—dan bersama rakyat Pakistan, yang sedang membina semula kehidupan mereka selepas banjir pada musim panas lalu. Pada hari ini khususnya, kita memperingati hak asasi manusia sejagat untuk mengamalkan kepercayaan, beribadah, dan menyampaikan mesej kepercayaan secara aman dan terbuka. Dan bersama rakan kongsi kami, Amerika Syarikat berdiri dalam solidariti dengan komuniti-komuniti Muslim yang terus menghadapi penindasan—termasuk Uyghur di Republik Rakyat China, Rohingya di Burma, dan komuniti Muslim lain yang mengalami penganiayaan di seluruh dunia.

Pada bulan yang mulia ini, kami juga ingin memberi penghormatan kepada komuniti Muslim di seluruh negara kami yang telah menjadi sebahagian daripada kisah Amerika sejak penubuhan kami. Daripada sains dan teknologi, seni dan akademik, undang-undang dan perubatan, kepada perniagaan dan kerajaan, dan seterusnya—rakyat Muslim Amerika terus mengukuhkan kepelbagaian fabrik negara ini selama bergenerasi lamanya. Jadi hari ini, marilah kita bersama-sama merentasi budaya dan
kepercayaan dan memperbaharui komitmen kita untuk mewujudkan negara yang lebih saksama, lebih adil, lebih bertolak ansur dan lebih berbelas kasihan.

Kepada rakan senegara Amerika saya yang menyambut Ramadan, dan kepada Muslim di seluruh dunia: Ramadan Kareem—kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh barakah dan damai.

###