Bagi pihak Amerika Syarikat, saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada umat Islam di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.
Bagi mereka yang menyambut perayaan ini, Aidil Adha adalah peringatan yang kuat tentang kewajipan bersama untuk menjaga satu sama lain. Ketika umat Islam di seluruh dunia berkumpul untuk menghayati hubungan keluarga Ibrahim, Hajar, dan anak lelaki mereka dengan Tuhan melalui ritual keagamaan Aidil Adha dan Haji, kita diingatkan tentang kepelbagaian Islam dan seruannya untuk kesaksamaan dan berbelas kasihan.
Pada masa untuk beraya, berkomuniti dan berbakti ini, umat Islam dari semua lapisan masyarakat mengetepikan keutamaan peribadi untuk membantu mereka yang memerlukan. Kami menyedari bahawa di seluruh dunia, ramai umat Islam tahun ini sedang beraya dalam krisis kemanusiaan dan pergolakan politik yang teruk. Malangnya, ada yang terpaksa beraya secara bersendirian, bersembunyi, atau di bawah penindasan. Amerika Syarikat komited untuk memperjuangkan hak asasi manusia semua orang di mana sahaja mereka berada, termasuk hak kebebasan beragama, mengamalkan kepercayaan dan bersuara.
Kami mengucapkan selamat menunaikan haji kepada umat Islam yang menunaikan ibadah haji di Mekah. Semoga hari cuti yang istimewa ini menjadi perayaan yang meraikan kebersamaan dan kebaktian. Eid Mubarak.