
Dari kiri ke kanan: Elecsie Joseph, Evlin Sulaiman, Lindsay Michael Godtol, Hafipah Mohaidil, Awang Shahzmee, Farish Aziz, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, Alice Mic Michael, Melvin Tan, Abdul Rahim Abu, Ayrton Alvin Sikawah, Mohd Fitri Amry, Mohd Nazrin Noin.

Dari kiri ke kanan: Elecsie Joseph, Evlin Sulaiman, Lindsay Michael Godtol, Hafipah Mohaidil, Awang Shahzmee, Farish Aziz, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, Alice Mic Michael, Melvin Tan, Abdul Rahim Abu, Ayrton Alvin Sikawah, Mohd Fitri Amry, Mohd Nazrin Noin.
PERHATIAN: EDITOR
22 Disember, 2022
Kerajaan Negeri Sabah dan Kedutaan A.S. Kuala Lumpur mengucapkan tahniah kepada 14 jurulatih dan pegawai pentadbir sukan Sabah yang telah dipilih untuk menyertai Program Pelawat Sukan 2023 di Amerika Syarikat.
Program ini akan berlangsung dari 6 hingga 23 Januari, dan akan memperkenalkan para peserta kepada gaya kepimpinan Amerika, amalan terbaik dan kontak utama dalam sukan, khususnya bola sepak, daripada pegawai pentadbir sukan rekreasi remaja berasaskan komuniti kepada jurulatih liga profesional. Para peserta akan mempelajari teori dan teknik kejurulatihan terkini serta bertemu dengan organisasi sukan bertaraf dunia di Philadelphia dan Miami. Mereka juga akan menghadiri Konvensyen United Soccer Coaches 2023, acara pembangunan profesional terkemuka untuk jurulatih dan pegawai pentadbir bola sepak. Selepas tamat program ini, para peserta akan berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi dengan komuniti tempatan mereka melalui pelbagai program melatih pelatih dan klinik bola sepak di Sabah.
Majlis Belia Sabah, Kelab Bola Sepak Sabah, dan Kedutaan A.S. Kuala Lumpur bekerjasama dalam mengenal pasti dan memilih peserta: Farish Aziz dan Hafipah Mohaidil dari Likas, Abdul Rahim bin Abu dari Bongawan, Alice Mic Michael dari Kiulu, Evlin Sulaiman dari Tenom, Melvin Tan dari Kota Belud, Rizal Hamid dari Putatan, Awang Shahzmee dari Tuaran, Annabelle Andrews dan Lindsay Michael dari Ranau, Nazrin Noin dari Papar, Fitri Amri dari Banggi, Ayrton Sikawah dan Elecsie Joseph dari Penampang.
Peserta Lindsay Michael Godtol berkata, “Masih sukar dipercayai apabila saya diberi peluang untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk Konvensyen United Soccer dan program pertukaran yang dianjurkan oleh Kedutaan A.S. Saya sangat bersyukur, gembira, dan sudah bersedia sepenuhnya untuk pengalaman sekali dalam seumur hidup ini.”
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor menemui 14 peserta tersebut yang melawat beliau di pejabatnya di sini hari ini mengucapkan tahniah kerana terpilih. Beliau berkata sukan adalah cara terbaik untuk memperkasakan belia dan membina daya tahan dan kemahiran kepimpinan mereka.
“Gunakan peluang ini untuk belajar dan mendapatkan yang terbaik daripada pengalaman anda, menjadi duta yang baik dan membanggakan Sabah,” tambahnya.
Duta Besar A.S. ke Malaysia Brian McFeeters berkata, “Amerika Syarikat mengiktiraf keupayaan sukan untuk membawa rakyat dan negara bersama dengan mengamalkan nilai sejagat yang menggalakkan keamanan dan keharmonian sosial. Saya berharap semua jurulatih dan pegawai pentadbir sukan mendapat pengalaman pertukaran yang bermanfaat di A.S. dan mengharapkan impak berterusan yang akan mereka lakukan dengan belia dalam komuniti setempat mereka.”
Program Pelawat Sukan, yang diuruskan oleh Biro Pendidikan dan Hal Ehwal Kebudayaan (ECA) Jabatan Negara A.S., memanfaatkan sukan untuk memperkasakan jurulatih dan pegawai pentadbir muda dengan kemahiran kepimpinan dan penyelesaian konflik, dan seterusnya menggalakkan keselamatan dan kestabilan serantau. Ia juga bertujuan untuk memperkasakan wanita dan kanak-kanak perempuan, mempromosikan hak orang kelainan upaya, dan memupuk kejayaan akademik dan kepimpinan.
Untuk maklumat lanjut tentang program Pelawat Sukan dan kohortnya dari Sabah, layari @svsabahrepresent di Instagram, Facebook, Youtube, dan Tik Tok. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi ketua program Farish Aziz di FarishAziz@kk12fm.com.
Please call: 03-2168-5000
Outside of Office Hours, contact: 03-2168-5000
Outside of Malaysia: 011-60-3-2168-5000
Emergency Contact – All Locations Dapatkan Amaran Perjalanan Penculikan Anak Ibu Bapa Antarabangsa Penahanan Warganegara A.S. Kematian Warganegara A.S. Mangsa Jenayah Bantuan Kewangan Kecemasan