Flag

An official website of the United States government

Sijil Polis
3 MINIT DIBACA

Rekod Polis Malaysia – Sijil Kelakuan Baik

Kedua-dua rakyat Malaysia dan bukan Malaysia yang tinggal di Malaysia untuk tempoh lebih dari satu tahun boleh memohon Sijil Kelakuan Baik Malaysia.

Pemohon yang tinggal di Malaysia hendaklah menghantar permohonan mereka ke Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negara di alamat berikut:

Bahagian Konsular
Kementerian Luar Negara Malaysia
Wisma Putra
No. 1 Jalan Wisma Putra
Precint 2
62602 Putrajaya
Selangor
Tel: 6-03-8887-4000

Pemohon yang tinggal di luar Malaysia hendaklah menghubungi Kedutaan atau Konsulat Malaysia terdekat di negara kediaman mereka sekarang. Borang pemohonan bagi Sijil Kelakuan Baik Malaysia, juga alamat dan numbor telefon misi Malaysia di luar negara boleh didapati di laman web Kementerian Luar Negara Malaysia di www.kln.gov.my.

Permohonan bagi Sijil Kelakuan Baik hendaklah disertakan bersama dengan dokumen berikut:

  • 2 gambar bersaiz pasport Malaysia (40cm X 55cm)
  • 2 salinan Kad Pengenalan Malaysia pemohon
  • 2 salinan pasport pemohon (bagi bukan warga Malaysia, salinan semua halaman pasport)
  • Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri
  • Surat pengenalan daripada majikan (bagi bukan warga Malaysia)
  • Bayaran memproses Ringgit Malaysia 20.00 tunai atau wang pos dibuat di bawah nama Akauntan Negara Malaysia.

Pemohon harus memberi tahu pegawai Malaysia tentang permintaan mereka untuk imigresen A.S.  Malaysia menawarkan Sijil Kelakuan Baik berdasarkan akuan sumpah sahaja.  Ini tidak cukup untuk keperluan imigresen A.S.  Kami memerlukan pemeriksaan yang benar di rekod polis, dan Sijil Kelakuan Baik yang gagal menunjukkan pemeriksaan rekod telah selesai tidak akan diterima.

Pemprosesan sijil mengambil masa satu ke dua bulan daripada tarikh penyerahan.  Sijil Kelakuan Baik akan dihantar kepada pemohon menggunakan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.  Pemohon boleh juga mengambil sijil di kaunter Bahagian Konsular.