Setiausaha Negara A.S. Rex Tillerson Bertemu Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman

Secretary Tillerson Shakes Hands With Malaysian Foreign Minister Dato' Sri Anifah Aman. (State Department photo)

Setiausaha Negara A.S. Rex Tillerson bertemu dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Jabatan Negara di Washington, DC pada 21 Mac 2017.

Mereka membincangkan kerjasama rapat antara kerajaan Amerika Syarikat dan Malaysia serta komitmen untuk Asia Pasifik.

Tillerson mengucapkan terima kasih kepada Anifah atas kerjasama dan usaha Malaysia untuk mengekang ISIS dan mengukuhkan keselamatan di rantau ini, termasuk di Laut China Selatan dan dalam menangani provokasi Korea Utara.

Setiausaha Negara dan Menteri Luar bersetuju tentang  kepentingan  ASEAN dalam kestabilan dan kemakmuran serantau.