Selamat Tinggal Dr. George Iber!

Photo of Dr. George Iber speaking
Dr. Iber sebagai ahli panel pada perbincangan mengenai pembelajaran Bahasa Inggeris di festival. (Foto Kedutaan A.S.)

Walau pun hampir menamatkan tugas beliau selama 10 bulan bersama Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) di Kementerian Pendidikan, Felo Kanan Bahasa Inggeris Dr. George Iber terus menyampaikan ceramah dan mengendalikan bengkel dengan peserta-peserta Malaysia.

Dr. Iber ialah ahli panel di Festival Cooler Lumpur tahunan kedua, yang dibiayai oleh geran Jabatan Hal Ehwal Awam di Kedutaan Amerika Syarikat dan yang mengumpulkan penulis, artis, ahli muzik, dan ahli fikir dari seluruh dunia untuk mewujudkan jalinan baru, berkongsi idea-idea baru, dan menjadi pemangkin pada perbincangan budaya di Malaysia dan rantau ini.  Pada festival itu, Dr. Iber juga mengadakan bengkel untuk ibu bapa dan pendidik tentang Pendekatan Pengajaran Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak.

Dr. Iber seterusnya mengakhiri projek beliau dengan bengkel 5 hari untuk pelatih master tentang modul baru untuk membantu guru membimbing pelajar yang lambat belajar.  Dr. Iber turut menyampaikan ceramah mengenai Mencapai Kecekapan Bahasa Inggeris di Malaysia untuk lebih 90 pelajar, guru pelatih dan ahli fakulti Universiti Antarabangsa UNITAR dan Institut Latihan Guru Antarabangsa.  Dr. Iber berkongsi pandangan beliau mengenai matlamat yang boleh dicapai dalam pendidikan bahasa Inggeris dalam konteks tempatan.  Tempoh Dr. Iber di Malaysia ini berakhir dengan sambutan perpisahan yang hangat, yang dianjurkan oleh ELTC, yang juga disambut dengan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan.