Selamat Kembali Sarjana Fulbright!

Chargé d’Affaires Kagan and the Executive Director of MACEE, Dr. James Coffman, celebrate the achievements of Malaysia’s Fulbright scholars. (U.S. Embassy photo)

Kuasa Usaha Edgard Kagan menyampaikan sijil pencapaian kepada 13 sarjana Fulbright Malaysia pada 15 Disember.  Acara yang dihoskan oleh Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) ini merangkumi sesi perkongsian pengalaman di Amerika Syarikat dan disiplin akademik masing-masing, termasuk sejarah, media, muzik, ekonomi, dan pendidikan.

Sarjana Fulbright mengikuti program akademik di pelbagai institusi Amerika, termasuk Harvard, Princeton dan John Hopkins.  Selain program ijazah dan penyelidikan, Fulbright menawarkan Program Pertukaran Mahasiswa Global (UGRAD) untuk pelajar sarjana muda, Program Pemimpin Pendidikan Antarabangsa (ILEP) dan Program Pembantu Pengajaran Bahasa Asing (FLTA) untuk pendidik sekolah menengah, serta program Hubert Humphrey Fellowship untuk profesional.

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, lawati laman web MACEE:  http://www.macee.org.my/