Selamat Datang Sudut Lincoln Perak!

Photo of DCM Kagan talking with people
Timbalan Ketua Misi Edgard Kagan bersama pelajar dari Ipoh, Perak. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 9 September, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Amerika Syarikat (DCM) Edgard Kagan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya, Komunikasi dan Multiimedia Negeri Perak YB Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi merasmikan bersama majlis pelancaran Sudut Lincoln Perak di Perpustakaan Komuniti 1Malaysia, UTC Perak. Lebih 70 orang, termasuk pelajar sekolah dan guru, pegawai kerajaan negeri Perak, wakil Kedutaan Amerika Syarikat, Pembantu Guru Bahasa Inggeris Amerika Syarikat (ETA), dan media tempatan, menghadiri majlis tersebut. Dalam ucapannya, DCM Kagan menyeru rakyat negeri Perak untuk mula menggunakan sumber bacaan berkualiti tinggi yang boleh didapati secara percuma di Sudut Lincoln. Dengan pembukaan sudut baru ini, rakyat Perak kini boleh mengakses banyak bahan multimedia melalui iPad, melayari koleksi majalah berkualiti tinggi Amerika Syarikat seperti National Geographic dan Oprah, meminjam buku terlaris New York Times, melihat DVD dan mendengar buku audio Playaway, dan bermain permainan terkini Wii.

Photo of DCM Kagan and people in costumes
Sudut Lincoln ialah hadiah rakyat Amerika kepada rakyat Malaysia untuk memupuk persefahaman. (Foto Kedutaan A.S.)

Sudut Lincoln Corner yang baru ini merupakan satu daripada sembilan rangkaian Sudut Lincoln yang beroperasi di lapan negeri iaitu Perak, Pulau Pinang (Seberang Jaya dan Georgetown), Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Sarawak. Perpustakaan Komuniti 1Malaysia ialah sebuat perpustakaan cawangan di bawah Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri Perak.

Sudut Lincoln ialah hadiah rakyat Amerika Syarikat kepada rakyat Malaysia untuk memupuk persefahaman. Selain sumber membaca, Sudut Lincoln menjadi platform bagi dialog dan bertukar-tukar idea mengenai topik yang mempunyai kepentingan bersama, seperti alam sekitar, sains dan teknologi, pendidikan, dan budaya. Maklumat lanjut mengenai Sudut Lincoln boleh didapati di http://goo.gl/yqRCbA.