Setiausaha Pompeo bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad

Setiausaha Pompeo bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Mahathir untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan baharu dan semua rakyat Malaysia atas pilihan raya yang kompetitif dan peralihan kuasa yang aman antara kerajaan. Mereka membincangkan kerjasama untuk
mengukuhkan Perkongsian Komprehensif A.S.-Malaysia berdasarkan nilai-nilai demokratik bersama, termasuk memajukan kepentingan bersama dan kepentingan ekonomi di seluruh Indo-Pasifik.