Kata-kata Setiausaha Negara, Rex Tillerson tentang “Meeting the Foreign Policy Challeges of 2017 and Beyond”

Rex W. Tillerson
Secretary of State
The 2017 Atlantic Council-Korea Foundation Forum
Washington, DC
12 Disember 2017

SECRETARY TILLERSON:  Terima kasih, Stephen, untuk sambutan mesra ini. Dan kami telah mengenali satu sama lain sekian lama, dan dalam hidup saya yang terdahulu kami sering berkongsi sudut pandangan tentang apa yang saya lihat di sekeliling dunia dan cuba untuk mendapatkan nasihat jika saya sedang memihak sudut yang betul atau salah. Nasihat itu sentiasa baik dan sangat dihargai. Terima kasih.

Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada Duta Besar Cho untuk pembukaan dan pengaluan beliau. Saya juga menghargai peluang untuk berucap di Forum Yayasan Korea-Majlis Atlantik 2017, dan saya benar-benar akan menggunakan peluang ini untuk mengenang kembali 11 bulan yang lalu. Saya akan mengulas sedikit tentang keseluruhan tahun ini. Saya akan menyentuh tentang beberapa isu, geografi dan saya berharap dengan melakukan demikian dan dengan membentangkan keutamaan Tuan Presiden berkenaan dasar luar negeri bahawa sesetengah – banyak persimpangan dasar-dasar ini akan menjadi jelas kepada anda. Saya rasa, seperti yang dikatakan oleh Steve Hadley, dunia ini saling berhubungan sehingga tiada bahagian di dunia ini boleh terasing sendiri sebenarnya atau memetakkan isu dasar luar masing-masing, kerana ia semuanya cenderung menyentuh satu sama lain pada suatu ketika.

Jadi ini mungkin mengejutkan sesetengah pihak, walaupun ia tidak patut begitu, bahawa asas semua dasar kami, strategi kami, bahawa ia – dan taktik kami adalah pengiktirafan yang jelas bahawa salah satu kelebihan yang didukung oleh A.S dalam semua arena dasar luar negeri kami ialah kami mempunyai banyak rakan sekutu, yang diwujudkan daripada nilai-nilai yang sama dan tiada rakan sekuu yang boleh dibandingkan dengan Republik Korea. Melalui pengorbanan bersama kita di semenanjung dan nilai-nilai yang dikongsi telah menghasilkan kemakmuran Korea Selatan yang dilihat hari ini. Seperti yang diserlahkan oleh Presiden Trump dalam ulasannya di hadapan perhimpunan agung di Seoul semasa lawatan beliau baru-baru ini ke arena Asia, wujudnya perbezaan yang ketara apabila seseorang melawat DMZ dan meninjau seberang DMZ sejauh beberapa batu untuk melihat perbezaan nilai-nilai yang telah diamalkan oleh Republik Korea dan apa yang telah terhasil dari segi kualiti hidup rakyat Korea, dan juga penyumbangan kepada kualiti hidup global berbanding pilihan yang telah diambil oleh Korea Utara.

Bilangan rakan sekutu yang tinggi ini, yang merupakan kekuatan hebat dasar A.S di seluruh dunia, tidak dapat ditandingi oleh mana-mana musuh kami. Tiada mana-mana pihak musuh kami memiliki kelebihan sebegini. Jadi apa yang saya akan lakukan ialah, saya tidak akan berjalan kerana ia akan – jika saya berjalan, ia akan memakan masa, tetapi saya akan “berjoging” sedikit mengelilingi dunia. Dan saya akan menyentuh tentang, jelasnya, situasi dengan DPRK dan hubungan kami dengan negara China, tetapi saya akan menyentuh tentang usaha untuk menewaskan ISIS dan, secara khususnya, usaha kami di Iraq dan Syria; semakin luas dasar antipengganasan yang kami sedang laksanakan merentas Timur Tengah, kebanyakkannya berbangkit daripada kemuncuk Riyadh bersejarah Presiden. Tetapi bagaimana antipengganasan sedang berkembang di bahagian dunia yang lain – di Sahel, Afrika dan Libya, tetapi kami juga melihatnya di Asia di rantau Filipina dan Mindanao.

Saya akan menyentuh tentang Asia Selatan dan dasar Presiden berkenaan Afghanistan, Pakistan dan India; perhubungan EU-NATO; Rusia dan usaha kami untuk mewujudkan semula hubungan dengan Rusia; dan kemudian saya akan menyebut secara ringkas tentang beberapa isu yang kami hadapi di Hemisfera Barat. Tetapi saya rasa bahawa kita belum kehilangan semuanya – dan saya rasa tujuannya adalah jelas, dan saya bukan – tidak akan menjadi orang terakhir untuk menghargai ironi Majlis Atlantik yang menganjurkan acara tentang perhubungan A.S dengan Korea Selatan, dan saya rasa tujuan itu adalah jelas. Tetapi pada pendapat saya, ia masuk akal kerana seperti yang anda lihat, ia memerlukan perpaduan dan kerjasama kukuh yang terbentang meluas Atlantik dan Pasifik, untuk melawan prospek North Korea yang bersenjata nuklear.

Sejak hari pertamanya sebagai Presiden, ini adalah dasar pertama yang diperintahkan oleh Presiden Trump kepada Jabatan Negara untuk dikembangkan dan dilaksanakan, dan jelas sekali beliau akan mengendalikan ancaman ini dengan serius, dan beliau tidak akan membiarkannya dan tidak akan menerima status quo. Ia mewakili, dan telah mewakili, ancaman nyata terhadap negara kami, dan kami akan menamatkan era kesabaran strategik dan memulakan era kebertanggungjawaban strategik. Ancaman ini terlalu besar untuk terus diabaikan.

Dasar kami berkenaan DPRK adalah jelas, iaitu penghapusan senjata nuklear Semenanjung Korea sepenuhnya. Ia adalah dasar yang dikongsi oleh ramai pihak lain di rantau ini; malah ia juga merupakan dasar negara China. Dan Rusia telah menyatakan bahawa ia juga merupakan dasar mereka. Jadi ia adalah – sementara ia didukung secara umum, taktik kami untuk melaksanakan dasar mungkin berbeza sedikit antara pihak-pihak di rantau kami. Pendekatan kami, seperti yang anda lihat, ialah untuk mengenakan hukuman yang lebih kuat dan tekanan yang paling kuat terhadap rejim di Korea Utara bagi meyakinkan mereka untuk memberhentikan program pembangunan senjata nuklear mereka serta sistem yang membenarkan mereka menggunakan senjata ini, dan untuk mengubah haluan dan memilih haluan yang lain.

Kami kini telah menyediakan sepanjang beberapa bulan dahulu,  pada pendapat saya, suatu set sekatan ekonomi yang paling komprehensif melalui dua resolusi Majlis Keselamatan UN yang amat komprehensif dengan sokongan, terutamanya, negara China dan Rusia, iaitu petunjuk jelas tentang sejauh mana mereka memandang keseriusan ancaman ini juga.

Sekatan-sekatan ini kini telah melarang semua pengeksportan batu arang dari Utara – dari Korea Utara. Mereka telah mengakhiri eksport tekstil. Mereka telah menetapkan had dan akan menamatkan eksport buruh paksa. Mereka juga telah mengehadkan pengimportan bahan api dan mengurangkan segala pengimportan, setiap satu – dengan setiap tindakan yang semakin memberi tekanan terhadap Korea Utara.

Kami tahu bahawa ini sedang menjejaskan Korea Utara. Ini adalah bukti dari segi apa yang kita sedang lihat berkenaan harga bahan api untuk rakyat Korea Utara, yang pada mulanya melonjak 90 peratus. Sekarang ia telah kembali ke 50 peratus. Kami juga tahu bahawa terdapat kekurangan yang mula muncul, dan terdapat juga, walaupun muncul di rak-rak rakyat Korea Utara, produk yang sebelum ini dieksport. Jadi sekarang ia perlu dihabiskan dari dalam negara.

Ini digabungkan dengan sekatan diplomatik dengan kami telah menyeru bangsa-bangsa sedunia untuk bukan hanya melaksanakan sepenuhnya sekatan ekonomi Majlis Keselamatan PBB, tetapi sekiranya mereka mempunyai perasaan dan kemahuan untuk melakukannya, untuk mengasingkan rejim Korea Utara selanjutnya melalui penarikan balik diplomat mereka, menutup pejabat mereka, dan memaklumkan Korea Utara bahawa dengan setiap ujian yang provokatif yang dijalankan, mereka akan diasingkan selanjutnya.

Lebih daripada 22 negara telah menghantar pulang diplomat Korea Utara. Dan untuk sesetengah pihak, ia kelihatan kurang bermakna, tetapi untuk negara-negara kecil yang mungkin tidak memiliki pengaruh ekonomi yang kuat, ia adalah isyarat yang penting. Jadi negara-negara seperti Peru, Sepanyol, Itali, Portugal juga telah memutuskan hubungan diplomasi.

Ini semua merupakan langkah-langkah penting, sekali lagi, untuk menekankan kepada rejim itu bahawa setiap langkah yang diambil, akan mengasingkannya selanjutnya dan anda tidak meningkatkan keselamatan anda, tetapi anda mengurangkan keselematan anda. Penting kepada kejayaan ini semua ialah perhubungan tiga pihak yang wujud antara Amerika Syarikat, Republik Korea dan Jepun. Ini adalah dasar struktur keselamatan rantau ini dan merupakan usaha keselamatan yang diteruskan dan kami terus melaksanakan bersama-sama supaya kami bersedia untuk apa-apa tindakan balas tentera yang mungkin diperlukan.

Penguatkuasaan sekatan ini juga telah pergi melampaui entiti langsung, tetapi kami juga telah menyekat entiti dan individu lain, termasuk bank – sesetengah bank di China dan di negara lain – yang memudahkan pelanggaran sekatan oleh Korea Utara. Jadi di mana-mana kami melihat percubaan Korea Utara untuk mengeksploitasikan jalan keluar atau cuba mengeksploitasikan cara lain untuk melangkau sekatan ini, kami akan cuba untuk menghalangnya juga.

Masa semakin suntuk dan dengan setiap ujian tambahan, Korea Utara membuktikan kemajuan program mereka. Saya rasa, ujian peluru berpandu balistik antara benua yang terkini, membuktikan bahawa mereka memang berkebolehan untuk terus memajukan program mereka, dan kami patut menjangkakan mereka untuk melakukan perkara yang sama berkenaan elemen lain sistem senjata nuklear berintegrasi. Oleh itu, kita perlukan DPRK untuk hadir – hadirkan diri untuk perbincangan. Kami bersedia untuk berbincang pada bila-bila masa mereka inginkan, tetapi mereka perlu hadir dan mereka perlu hadir dengan pendangan bahawa mereka ingin mengamalkan pilihan yang berbeza.

Sementara itu, ketersediaan angkatan tentera kami adalah kuat. Kerana situasi ini, Tuan Presiden telah mengarahkan perancang angkatan tentera kami untuk menyediakan kontingensi lengkap, dan mereka siap sedia. Seperti yang saya katakan berulang kali, saya akan teruskan usaha diplomatik kami sehingga jatuhnya bom pertama. Saya akan yakin bahawa kami akan berjaya, tetapi saya juga yakin Setiausaha Mattis akan berjaya jika ia menjadi gilirannya.

Berkenaan negara China, Korea Utara benar-benar mewakili penglibatan pertama kami dengan pentadbiran baharu ini dengan negara China. Ia adalah – lawatan pertama yang saya ambil ke luar negara ialah ke Jepun, Korea Selatan dan China untuk memulakan perbincangan dasar ini terhadap program nuklear Korea Utara. Dalam pelbagai cara, ini, saya rasa, adalah suatu kebetulan kerana ia membolehkan pentadbiran ini dalam penglibatan pertamanya bersama China untuk menentukan sesuatu yang boleh diusahakan bersama. Dan apabila kita memahami bahawa dasar-dasar kita adalah sama dan matlamat kita adalah sama, maka ia memberikan kita sebuah platform untuk melibatkan diri secara positif dari mula lagi.

Sejarahnya, seperti yang anda semua ketahui, tentang hubungan A.S-China telah diwujudkan sejak permulaan hubungan bersejarah melalui lawatan Nixon. Dan hubungan ini bermanfaat untuk A.S dan China juga dan untuk seluruh dunia sekali. Tetapi masa telah berubah. China telah bangkit sebagai suatu kuasa ekonomi. Dan dalam pelbagai cara, kejayaan Olimpik Beijing merupakan kemunculan China ke seluruh dunia dengan sifat keyakinan yang baru dan cara yang baru untuk mara ke hadapan.

Saya rasa kedua-dua pihak, A.S dan China, kini sedang mencari apa yang akan menentukan hubungan A.S-China untuk 50 tahun yang akan datang, kerana hubungan itu telah ditentukan oleh dasar “one China” dan tiga kenyataan bersatu itu telah berkesan untuk semua pihak. China telah bangkit sebagai kuasa ekonomi di dunia ini. Dan walaupun mereka ingin terus menggambarkan diri sebagai negara yang sedang membangun kerana mempunyai beratus-ratus juta rakyat yang masih perlu mengeluarkan diri daripada kemiskinan, mereka bukannya merupakan bangsa yang sedang berkembang dari segi tradisional. Mereka mempunyai ekonomi yang sangat besar dan ia sememangnya telah mempengaruhi pasaran global. Tetapi sementara China bangkit, sebilangan ketakseimbangan telah wujud antara hubungan perdagangan A.S dan China serta hubungan perdagangan China dengan negara-negara lain juga yang perlu ditangani.

Jadi, melalui penglibatan dengan China dalam sidang kemuncak pertama dengan kehadiran Presiden Xi yang akan melawati Mar-a-Lago, kami bekerjasama dengan pihak China untuk mencari suatu cara untuk memulakan pertukaran kesefahaman pendapat pada peringkat yang lebih tinggi berbanding yang telah dilaksanakan sebelum ini. Seperti yang diketahui ramai, terdapat banyak, banyak mekanisme dialog dengan China sejak beberapa tahun yang lalu. Saya rasa apabila kita – apabila saya mencapai Jabatan Negara, kami mengadakan 26 dialog berbeza pada pelbagai peringkat. Pandangan kita adalah bahawa kita perlu meningkatkan dialog-dialog ini ke peringkat yang lebih tinggi antara kerajaan kita masing-masing, yang lebih mendekati pihak pembuat keputusan muktamad.

Oleh itu, kami telah mengadakan empat dialog penting di peringkat tinggi dengan perwakilan dari pihak kami dan pihak China yang sangat akrab dengan Presiden Trump dan sangat akrab dengan Presiden Xi. Empat dialog ini dipimpin oleh setiausaha peringkat kabinet dari pihak kami, dan pegawai setara dari pihak China. Dialog diplomatik dan strategik ini dipengerusikan oleh Setiausaha Mattis dan saya sendiri, dan dialog ini benar-benar bertujuan untuk meninjau bidang yang boleh kami jalinkan kerjasama dan meninjau bidang perbezaan yang kami ada, dan dalam proses tinjauan ini beransur-ansur mendatangkan hasil yang diharapkan dapat membolehkan kami mentakrifkan bentuk hubungan baharu ini. Dialog-dialog lain adalah berkaitan ekonomi dan perdagangan, penguatkuasaan undang-undang dan siber, serta dialog sosial rakyat-ke-rakyat. Kesemua empat dialog diselesaikan sepanjang tahun lalu, dan ia dicipta supaya berpandukan hasil, dan hasil perkara-perkara yang dilaporkan pada persidangan Presiden Trump di Beijing, lawatan tambahan negaranya.

Jadi, saya fikir berdasarkan hubungan kami dengan China, kami kini memiliki mekanisme yang sangat aktif, di mana kami boleh membincangkan isu-isu kompleks. Dan kami juga mempunyai perbezaan, seperti Laut Cina Selatan dan juga pembinaan struktur oleh China, penenteraan untuk struktur-struktur ini, dan bagaimana perkara tersebut mempengaruhi sekutu kami di rantau ini dan juga, dari segi perdagangan bebas dan terbuka. Sepertimana yang telah kami nyatakan kepada rakyat China, kami berharap kami dapat menemukan kaedah untuk membekukan aktiviti khusus ini. Sama ada kami boleh memansuhkannya atau tidak, ia masih lagi menjadi tanda tanya. Namun ia tidak boleh diterima –kami tidak dapat menerima bahawa kepulauan-kepulauan ini terus dibangunkan, dan sudah pastinya tidak bagi tujuan ketenteraan.

Di Asia Tenggara, kami telah – kami telah mengadakan sebuah dasar tidak lama dahulu berkenaan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, dan ini telah dibangunkan berdasarkan beberapa pandangan kami tentang dasar Satu Jalur, Satu Jalan China, kami faham, ia sebuah dasar yang mereka miliki untuk meneruskan pembangunan ekonomi mereka, dan dasar kami tidak berhasrat untuk membantutkan pembangunan ekonomi China. Tetapi, pembangunan ekonomi China, pada pandangan kami, hendaklah berlaku selaras dengan sistem dan norma antarabangsa, dan Satu Jalur, Satu Jalan kelihatan seperti ingin mewujudkan peraturan dan normanya yang tersendiri. Saya ingin memetik ulasan Setiausaha Matties berkenaan Satu Jalur, Satu Jalan. Bagi China, kata beliau: Baiklah, A.S. dan negara-negara lain di dunia mempunyai pelbagai jalur dan pelbagai jalan, dan tidak ada mana-mana negara yang berpeluang memutuskan apakah jalur dan jalan ini. Jadi, Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka bermaksud semua negara mempunyai akses untuk meneruskan pembangunan ekonomi mereka dan akses bebas terhadap perdagangan menerusi rantau tersebut.

Sebagai sebahagian daripada Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, kami telah meningkatkan hubungan kami dengan India. Kami telah sekian lama memiliki hubungan tiga hala di rantau Indo-Pasifik di antara Jepun, Australia, dan A.S., dan kini kami sedang mengusahakan sama ada hubungan ini akan menjadi hubungan empat hala, dengan melibatkan India kerana kepentingan ekonomi India yang pesat juga, dan saya fikir kebimbangan keselamatan negara yang kami kongsi bersama dengan India.

Dalam peralihan kepada kempen menewaskan ISIS dengan segera, di Iraq dan Syria, sejurus selepas Presiden mengambil tampuk pemerintahan, beliau telah melakukan rombakan dasar yang ketara dalam peperangan menewaskan ISIS di Iraq dan mengarahkan strategi baharu yang agresif dan memberi kuasa kepada komander ketenteraan kami di medan pertempuran untuk melaksanakan keputusan di medan pertempuran supaya peperangan di medan pertempuran itu boleh dimenangi. Setelah mengaktifkan sepenuhnya pendekatan pembelian DOD, dengan, dan menerusi pihak lain, malah dengan autoriti beliau, pasukan ketenteraan telah, mula memperoleh hasil yang ketara. Dan seperti yang diketahui hari ini, Perdana Menteri Abadi baru-baru ini telah mengisytiharkan ISIS tewas di Iraq. Kami masih berusaha untuk menewaskan ISIS di Syria, dan perkembangan ketara telah dicapai.

Hasil daripada kejayaan ketenteraan, kami di Jabatan Negara perlu bergerak pantas untuk seiring dengna perkembangan kejayaan ketenteraan dengan rancangan diplomatik bagi perkara selanjutnya setelah kekalahan ISIS, dan kami telah melaksanakan banyak daripada usaha ini menerusi Gabungan Menewaskan ISIS, sebuah gabungan yang disertai 74 anggota, 68 negara dan termasuk organisasi seperti NATO, INTERPOL, EU, dan lain-lain.

Tujuh setengah juta orang kini telah dibebaskan daripada cengkaman ISIS di Iraq dan Syria; 95 peratus wilayah yang dahulunya dikawal oleh khalifah mereka kini telah dibebaskan. Kini, kami sedang berusaha untuk menstabilkan kawasan-kawasan ini setelah pembebasan bagi mengelakkan kemunculan semula ISIS dan juga bagi mengelakkan kemunculan semula konflik tempatan di antara pelbagai kumpulan.

Jadi tugas kami dengan DOD ialah untuk menghapuskan konflik di medan pertempuran dan menstabilkan kawasan, dan kami telah berjaya menerusi kerjasama kami dengan Jordan dan dengan Rusia di Syria untuk mencipta zon peredaan yang mencegah kemunculan semula perang saudara  – kesemuanya menjurus ke arah menggerakkan perbincangan di Syria ke Geneva untuk melaksanakan sepenuhnya Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2554, yang menyeru supaya perlembagaan baharu Syria diwujudkan dan pilihan raya dipantau oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di mana kesemua diaspora Syria akan mengundi. Jadi, ini merangkumi pengundian oleh warga Syria yang telah tersingkir kerana peperangan, sama ada berpunca daripada perang saudara ataupun kemunculan ISIS kemudiannya.

Satu kenyataan bersama yang penting telah diterbitkan oleh Presiden Trump dan Presiden Putin pada perjumpaan sisi APEC di Danang, Vietnam, di mana kedua-dua pemimpin mengesahkan komitmen mereka terhadap proses ini sebagai langkah seterusnya bagi memastikan Syria yang bersatu, menyeluruh, demokratik, dan bebas. Perbincangan telah bermula semula di Geneva dengan perwakilan pembangkang reformasi. Dan kami juga telah meminta Rusia untuk memastikan rejim itu terlibat dalam perbincangan-perbincangan ini, dan rejim itu telah menghadiri perbincangan-perbincangan ini. Dan kini, kami perlu mengekalkan penyertaan semua pihak di meja perundingan. Kami akan terus bekerjasama dengan Rusia dalam hal-hal yang sesuai dan Syria untuk terus mempromosikan peredaan kekejaman, penstabilan kawasan, dan penyelesaian bagi Syria yang akan menjadi hasil proses Geneva.

Di Iraq, pembebasan semua kawasan kini telah selesai, dan dalam kedua-dua kempen, kami telah menawan semula ibu kota khalifah Mosul, di Iraq dan Raqqa di Syria. Saya fikir penglibatan awal di Iraq dengan jiran-jiran Arab merupakan langkah penting terhadap masa hadapan Iraq dalam mempertahankan kerajaan demokratiknya dan mempertahan Iraq sebagai sebuah negara yang bersatu. Mendapatkan kerjasama awal jiran-jiran Arab seiring dengan perkembangan peperangan menewaskan ISIS, secara mustahaknya dengan lawatan bersejarah kerana telah lebih tiga dekad semenjak dunia Arab mempunyai hubungan dengan Baghdad, dan pihak Saudi merupakan yang pertama untuk mengadakan kerjasama dan kini telah mengadakan perbincangan ekonomi dan jawatankuasa perundingan. Mereka telah membuka dua lintasan sempadan, mereka kini menyambung semula penerbangan di antara Baghdad dan di antara Riyadh, menghantar mesej penting kepada semua rakyat Iraq bahawa – dan mengingatkan mereka bahawa warga Iraq adalah golongan Arab, dan anda harus mengadakan kerjasama dan bersatu semula dengan dunia Arab.

Majlis perundingan telah diwujudkan bersama dengan pihak Saudi dan Iraq, dan persidangan pembinaan semula kedua yang dianjurkan oleh pihak Kuwait pada bulan Januari –semuanya bertujuan untuk memastikan kerajaan di Baghdad dan Iraq memahami bahawa mereka mempunyai rakan di selatan yang ingin menyokong pembinaan semula dan penubuhan semua negara anda.

Lebih penting lagi, dasar kami juga sentiasa menyasarkan Iraq yang bersatu. Dan sepertimana yang anda maklum, referendum kebebasan yang telah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Kurd beberapa bulan lalu mengganggu kesatuan tersebut. Kami sedang berusaha menerusi proses tersebut di antara Baghdad dan Erbil untuk memastikan kedua-dua pihak kekal bersatu, dan kami menyokong penghapusan konflik kedua-dua pihak dan kami menyokong penglibatan semula berkenaan perlembagaan Iraq yang tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya. Dan kami akan bersama-sama dan kami telah mengatakan bahawa kami akan bersama-sama dengan pihak Kurd untuk menyokong mereka dalam perlaksanaan penuh perlembagaan Iraq  –yang, apabila ia dilaksanakan sepenuhnya akan menangani beberapa kekecewaan yang telah dirasai oleh golongan Kurdish sejak sekian lama dan kami berharap perkara ini akan menjurus kea rah Iraq yang bersatu.

Dalam pembasmian keganasan secara meluas, sekali lagi, saya akan mengingatkan anda kembali kepada persidangan bersejarah Presiden di Riyadh, Arab Saudi, di mana beliau telah mengadakan persidangan bersama 68 pemimpin negara Islam di seluruh dunia, menegaskan bahawa suara ekstremisme melampau merupakan masalah yang hanya boleh diselesaikan oleh mereka. Amerika Syarikat tidak boleh menyelesaikan hal ini. Kami boleh membantu anda untuk menyelesaikannya, tetapi ini merupakan sesuatu yang perlu diselesaikan oleh pemimpin negara Islam di seluruh dunia.

Jadi, hasil daripada dua persidangan tersebut merupakan dua komitmen yang sangat penting: untuk mencipta sebuah pusat untuk membasmi ekstremisme melampau di Arab Saudi dan untuk mencipta sebuah pusat untuk menggendalakan rangkaian pembiayaan pembasmian keganasan*. Kedua-dua pusat ini kini telah ditubuhkan, dan usaha sedang dijalankan di pusat-pusat ini bukan sahaja untuk menewaskan pembasmian keganasan di medan pertempuran, sepertimana yang kami katakan, atau menumpaskan keganasan di medan perang, tetapi juga untuk membasminya di ruang siber. Pusat untuk ekstremisme melampau mempunyai sekumpulan besar individu yang memantau media sosial untuk pemesejan untuk menghalang pemesejan keganasan, selain membangunkan pemesejan balas untuk membasmi mesej-mesej yang berbaur ekstremisme melampau.

Ini juga penting – dan kami telah mengadakan perbualan seperti ini dengan kerajaan Saudi – bahawa mereka mesti menghebahkan mesej ini di masjid, mereka mesti menghebahkan mesej ini di madrasah, dan mereka mesti menghebahkan mesej ini dalam bahan-bahan pendidikan yang diajarkan di sekolah. Kerajaan Saudi sedang menerbitkan bahan-bahan baharu sekarang. Mereka sedang menarik balik bahan. Tetapi kami ada banyak tugasan yang perlu dilakukan dalam menangani mesej ekstremisme melampau ini.

Pusat untuk membasmi pembiayaan keganasan juga merupakan penubuhan penting dalam membantu Jabatan Perbendaharaan, dan ia sedang menghubungkan sumber-sumber maklumat lain di seluruh dunia bagi membolehkan penjejakan cara dana dipindahkan untuk menyokong aktiviti keganasan di dunia seluruhnya. Sekali lagi, jika kita boleh menang di medan pertempuran, tetapi kita tewas di ruang siber, dan kita tidak menggendalakan keupayaan rangkaian tersebut untuk menubuhkan semula diri mereka, kita maklum bahawa mereka akan muncul di tempat-tempat lain, sepertimana yang kita saksikan di Libya, kita saksikan mereka muncul di Mindanao, kita saksikan mereka muncul di Sahel.

Usaha global untuk menumpaskan ISIS dan usaha global untuk menewaskan keganasan adalah salah satu keutamaan teratas Presiden dan perkara ini membawa kita kepada dasar Asia Selatan dan Afghanistan, Pakistan, dan India. Dan pendekatan terhadap dasar ini sebenarnya merupakan pendekatan serantau. Presiden telah membuat keputusan dan mengumumkan dasar bahawa kami akan kekal di Afghanistan, kami akan kekal terlibat dalam peperangan untuk mengalahkan Taliban, dan bahawa masa dan usaha akan didasari oleh keadaan. Beliau tidak–beliau mengatakan bahawa ia bukan tindakan yang bebas. Ia tidak berkekalan, jadi Kerajaan Afghanistan perlu memahami bahawa mereka harus meneruskan perjalanan pembaharuan mereka dan mereka hendaklah terus mencipta keadaan yang bersifat inklusif terhadap semua kumpulan etnik di dalam Afghanistan, termasuk sebuah tempat di mana pihak Taliban boleh terlibat dengan kerajaan yang sah apabila pihak Taliban bersedia untuk meninggalkan keganasan, meninggalkan peperangan, dan datang berunding.

Jadi pendekatan berdasarkan pendekatan adalah untuk memastikan pihak Taliban mengetahui, anda tidak akan memenangi kemenangan di medan pertempuran, dan langkah ke hadapan adalah menerusi penglibatan dalam proses perdamaian dan akhirnya, menyertai kerajaan di Afghanistan.

Bahagian penting dalam pendekatan serantau ini ialah hubungan kami dengan Pakistan. A.S. dan Pakistan mempunyai sejarah hubungan yang baik yang panjang, namun hubungan itu sebenarnya telah merosot sepanjang dekad yang lalu, jadi kami kini mengadakan kerjasama dengan Pakistan menerusi sebuah perbincangan bagi memastikan jangkaan kami terhadap mereka adalah jelas, bahawa kekhuatiran kami benar-benar mengenai kestabilan Pakistan. Pakistan telah membenarkan terlalu banyak pertubuhan keganasan untuk mencari perlindungan yang selamat dalam wilayahnya, dan pertubuhan-pertubuhan ini sedang berkembang dari segi saiz dan pengaruh, sehinggakan pada suatu masa saya telah menyatakan kepada kepimpinan Pakistan, bahawa anda mungkin menjadi sasaran, dan mereka mengalihkan perhatian mereka dari Kabul dan memutuskan bahawa mereka lebih Islamabad lebih sesuai dijadikan sasaran.

Kami juga ingin bekerjasama dengan Pakistan untuk membasmi keganasan dalam sempadan mereka, namun Pakistan telah memulakan proses mengubah hubungannya dengan Rangkaian Haqqani dan dengan pihak lain. Saya faham bahawa hubungan ini mungkin telah timbul akibat, pada pandangan mereka, sebab-sebab yang baik sedekad yang lalu, namun hubungan tersebut perlu diubah suai kerana mereka – jika mereka tidak berhati-hati, Pakistan akan hilang kawalan terhadap negara mereka sendiri. Kami ingin bekerjasama melalui cara yang positif dengan mereka. Kami sanggup berkongsi maklumat dengan mereka dan kami mahu mereka berjaya. Tetapi kami tidak dapat meneruskan dengan status quo, di mana pertubuhan pengganas dibenarkan untuk berlindung secara selamat di dalam Pakistan.

Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan hubungan NATO dan Eropah secara tuntas, dan ini juga merupakan lawatan awal Presiden. Dan saya fikir perkara penting ialah perikatan Atlantik kini lebih kukuh, tidak kira apa yang diperkatakan atau dilaporkan oleh orang ramai. Dan saya baru sahaja kembali dari satu minggu penuh di Eropah, dua hari di Brussels dan NATO, dan pertemuan dengan negara anggota EU. Saya berada di Vienna untuk mesyuarat OSCE, dan kemudiannya menghabiskan sehari suntuk di Paris. Kesemua tempat yang saya kunjungi sepanjang minggu laly, dan pada setiap pertemuan, masih terdapat ikatan yang sangat kuat di antara A.S. dan semua rakan kongsi serta sekutu kami di dalam Eropah. Dan terdapat perpaduan yang hebat berkenaan isu yang penting kepada kedua-dua pihak kami, iaitu isu keselamatan, isu ekonomi dan perdagangan.

Kami ada banyak perkara yang perlu diselesaikan, dan mesej Presiden kepada sekutu Eropah kami dari dulu lagi, kami telah membantu anda. Dan kami sentiasa bersedia membantu anda. Tetapi NATO secara khususnya – dan kami akan memenuhi komitmen Artikel 5 – namun kepada rakan kongsi NATO kami dan negara anggota, anda tidak boleh meminta rakyat Amerika untuk lebih mengambil berat tentang keselamatan rakyat anda berbanding dengan diri anda sendiri.

Oleh itu, Presiden sangat menuntut perkongsian beban, beban yang tidak seharusnya dipikul secara tidak seimbang oleh rakyat Amerika untuk tahun-tahun mendatang, dan semua pihak perlu mempunyai kesanggupan untuk berkongsi beban ini. Ini ialah persetujuan dalam NATO supaya semua negara mencapai 2 peratus perbelanjaan pertahanan daripada KDNK, dan Presiden sedang menekan negara-negara untuk memenuhinya.

Beberapa buah negara telah meningkat naik. Resit dan perbelanjaan NATO bertambah sebanyak 8 peratus tahun ini, dan pihak lain telah mengadakan komitmen dan rancangan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka. Ini akan memberikan NATO postur pertahanan yang lebih kukuh untuk berhadapan dengan ancaman dari selatan, yang merupakan kawasan yang telah kami minta pihak NATO tumpukan perhatian mereka, pembasmian keganasan, kerana negara-negara Eropah  – merasakan kesan terbesar transmigrasi yang telah berlaku adalah hasil ISIS, dan juga ancaman dari timur, dari Rusia, yang membawa saya ke Rusia.

Saya fikir Presiden telah bersikap jelas bahawa beliau berpandangan bahawa ia sangatlah penting supaya Amerika Syarikat dan Rusia mempunyai hubungan yang berfungsi. Buat masa ini, kami tidak memilikinya. Dan saya telah menyentuh perihal bidang-bidang yang kami bekerjasama, di Syria. Walaubagaimanapun, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine merupakan sesuatu yang tidak dapat kami terima. Sepertimana yang telah saya nyatakan kepada mereka di Eropah minggu lalu, ia menjadi suatu hal yang penting bagi negara untuk berpihak dalam konflik. Rusia ingin menyokong Bashar al-Assad, dan kami tidak. Tetapi, apabila anda menceroboh sebuah negara, dan merampas kawasan mereka, kami tidak – ini tidak boleh dibiarkan. Dan inilah asas bagi setiap sekatan rejim ketat yang telah dikenakan A.S. dan Eropah ke atas Rusia lanjutan pencerobohan ini, dan rejim ini tidak akan berubah sehinggalah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine diselesaikan dan integriti wilayah Ukraine dikembalikan.

Kami terlibat dalam usaha bagi menyelesaikan situasi sukar untuk Ukraine timur melaksanakan persetujuan Minsk. Perbincangan ini telah dihentikan apabila Presiden mengambil alih pentadbiran. Dalam mesyuarat pertama kami – dalam mesyuarat pertama saya dengan Presiden Putin, beliau bertanya jika kami boleh melantik seseorang untuk bekerja secara langsung – dengan beliau, dengan Kremlin untuk melihat jika kami dapat memulakan semula perbincangan ini atau memulakan beberapa pergerakan. Saya melantik bekas Duta NATO, Kurt Volker untuk mengambil tugas tersebut. Tugas yang kami lakukan serta-merta – dan kami fokus kepada Ukraine timur kerana kekejaman di Ukraine timur masih berterusan. Tetapi insiden kecederaan dan kematian orang awam pada tahun 2017 adalah lebih tinggi berbanding tahun 2016, insiden pelanggaran gencatan senjata adalah sehingga 60 peratus dan kami mesti mengurangkan keganasan di Ukraine timur. Dan keutamaan kami adalah untuk menamatkan keganasan, menghentikan pembunuhan yang berlaku di Ukraine timur dan kami bekerjasama dengan Rusia untuk melihat jika kami boleh mencapai persetujuan berkenaan mandat untuk pasukan penjaga keamanan UN yang akan menamatkan keganasan ini. Kemudian kita boleh beralih kepada elemen-elemen lain yang perlu dilaksanakan.

Kerajaan di Kyiv mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan bagi meneruskan pembaharuan mereka sendiri dan untuk memenuhi obligasi mereka di bawah Minsk. Rusia perlu menggunakan pengaruhnya ke atas tentera pemberontak yang disokongnya di Ukrainetimur bagi menamatkan keganasan dan kembali semula kepada kemajuan di bawah persetujuan Minsk. Kita akan kembali kepada isu Crimea. Saya tahu Presiden Putin telah menjelaskan bahawa itu tidak berada dalam perbincangan. Ia akan menjadi satu perbincangan pada satu tahap nanti. Tetapi pada hari ini, kami mahu menghentikan keganasan di Ukraine timur dan mari lihat jika kami dapat menyelesaikannya.

Di kawasan lain dengan Rusia, kami mencari kerjasama di mana kami mempunyai kepentingan bersama dalam menentang keganasan. Kami tahu yang kami akan perlu terus berhadapan dengan pertarungan hibrid Rusia.Kami merasakannya dalam pilihan raya dan kini kami mempunyai laporan dari banyak negara Eropah yang melihat kesan sama. Ia satu perkara yang saya tidak faham mengapa Rusia fikir itu berada dalam kepentingannya untuk mengganggu pilihan raya negara lain yang bebas dan adil. Apa yang ia ingin capai? Saya tidak faham dan tiada siapa yang dapat menjawab soalan itu untuk saya. Tetapi kami menjadikannya jelas yang kami melihatnya, ia perlu berakhir, ia perlu dihentikan, dan ia juga menjadi penghalang dalam cara menormalkan semula hubungan kami.

Kami mengekalkan dialog yang sangat aktif dengan rakan Rusia kami, dialog ketenteraan yang sangat kukuh, dialog diplomatik yang sangat kukuh. Dan kami akan terus melaksanakan dialog itu, tetapi seperti yang kami katakan kepada rakan Rusia kami, kami perlukan beberapa berita gembira. Kamiperlukan sesuatu yang baik berlaku dalam perhubungan ini, dan pada hari ini kami tidak melihat apa-apa. Kami terus menunggu. Kami terus menunggu.

Jadi akhir sekali, di Hemisfera Barat, perkara yang begitu kami bimbangkan adalah perpindahan dari Amerika Tengah, dari Mexico, organisasi jenayah rentas, perdagangan dadah khususnya, yang mana juga menyokong pemerdagangan manusia. Tetapi kami juga melihat banyak peluang lain dengan Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Kami telah membangunkan dialog organisasi transcriminal yang kukuh bersama Mexico. Kami akan menganjurkan satu lagi pusingan minggu ini pada peringkat kementerian. Kami menganjurkan bersama satu acara di Miami pada tahun ini – berkenaan keselamatan dan kemakmuran Amerika Tengah. Dan kami bekerjasama mengenai situasi di Venezuela, kedua-duanya menerusi OAS dan Lima Group.

Saya boleh menyentuh tentang Cuba dan beberapa kawasan lain, tetapi saya tidak akan menghabiskan banyak masa mengenainya. Saya gembira untuk membincangkannya dalam soalan. Dan di Afrika, tumpuan kami bertumpu pada dua arena utama: menangani kemunculan organisasi keganasan di Afrika, tetapi juga menangani krisis kemanusiaan yang kami hadapi di Sudan dan kawasan lain Afrika.

Jadi ia merupakan tahun yang sangat sibuk. Ia menarik minat saya apabila sesetengah orang kelihatan seperti mahu memerhatikan sesuatu yang tidak berlaku dalam Jabatan Negara kerana saya berjalan melalui bangunan kosong ini dan mendengar gema tapak kasut saya semasa turun ke dewan. (Ketawa.) Saya mempunyai mesyuarat yang hebat pagi ini bersama Jabatan Negara, semua rakan sekerja Jabatan Negara kami. Kami berbincang mengenai tahun ini secara ringkasan. Kami berbincang mengenai pembentukan semula Jabatan Negara. Dan ya, saya mempunyai banyak jawatan kosong. Saya telah ada calon-calon untuknya. Saya mahu mereka menerimanya. Ia akan memberi perbezaan yang besar.

Tetapi saya mahu memberitahu anda kualiti individu dan orang berkhidmat di Jabatan Negara, kerjaya pegawai Perkhidmatan Luar Negeri, orang yang telah berkhidmat dalam peranan kedutaan – mereka berdedikasi kepada misi dan memainkan peranan mereka. Mereka mungkin berperanan pemangku. Mereka berhak. Mereka menggali isu-isu ini. Mereka menyokong dasar-dasar Presiden, tunjang yang perlu dibuat. Dan saya tahu ini bukannya mudah untuk kebanyakan mereka kerana mereka telah melaksanakan dasar di bawah pentadbiran sebelum ini. Kini kami bergerak ke arah yang berbeza. Tetapi saya ingin beritahu anda, kebolehan dan kecerdasan mereka untuk mengikuti dengan pantas dan memahami objektif dan keutamaan Presiden adalah – dan kami akan bekerja keras untuk mencapai misi tersebut – itu adalah sesuatu yang semua orang dalam Jabatan Negara faham, dan kami banyak berbincang mengenainya pada pagi ini. Saya berasa sangat bangga dengan pencapaian mereka. Semua isu yang saya sentuh tadi – yang saya telah beritahu dan sentuh bersama anda – wujud beberapa biro di sana yang bekerja mengenainya sepanjang tahun untuk menyusun semula dasar-dasar Presiden dan melaksanakannya. Saya berasa sangat, sangat yakin dengan pasukan kami sekarang, dan ia akan menjadi lebih kuat apabila menambah beberapa orang lain.

Tetapi saya akan berhenti di situ dan duduk bersama Stephen Hadley, kawan lama saya, dan kami akan berbual mengenai apa yang ingin beliau suarakan, yang mana kemungkinan besarmengenai apa yang anda mahu bincangkan. Tetapi saya rasa perkara paling penting yang akan saya katakan – dan semasa saya meringkaskannya – saya boleh ambil hampir mana-mana dua atau tiga perkara tersebut dan meletakkan pada papan putih, dan setiap satu daripadanya saling bersentuhan. Dan ramai orang – ia menarik apabila saya berbual dengan orang mengenai, apa yang anda lakukan dalam arena tertentu adalah untuk meletakkannya dalam bahagian tertentu. Dan ini bukan lagi dunia yang meletakkan dirinya sendiri dalam bahagian tertentu. Terlalu banyak sambungan, terlalu banyak persimpangan dan mengetahuinya adalah penting jika anda akan menyelesaikan beberapa daripadanya dan menyelesaikannya sekaligus.

Jadi ia mengambil masa yang sedikit lama. Ia satu kerja keras. Tetapi itulah sifat diplomasi pada hari ini dalam dunia yang sangat rumit ini, di mana terlalu banyak konflik yang berlaku. Misi kami di dalam hidup adalah untuk bertenang dan menamatkan semua konflik ini. Seperti yang saya beritahu kepada mereka di Jabatan Negara, saya juga telah beritahu orang lain, soalan pertama yang saya tanya setiap pagi kepada diri sendiri selepas bangun: Bagaimana saya boleh menyelamatkan nyawa pada hari ini? Kerana terlalu banyak nyawa yang hilang dalam konflik yang terlalu banyak. Terima kasih. (Tepukan.)

EN HADLEY:Itu sangat hebat.

SETIAUSAHA TILLERSON:Ia satu kenangan.  (Ketawa.)

EN HADLEY:Ia begitu hebat dan menarik untuk melihat kamu menjelaskan dasar-dasar pentadbiran ini. Saya banyak mengembara di negara dan di seluruh dunia, dan ini adalah soalan ramai: Apakah pentadbiran Trump pada – dasar X, Y, dan Z? Dan kamu telah membentangkannya dalam cara yang meyakinkan, dan saya mesti katakan, tanpa teks yang disediakan, yang benar-benar menunjukkan kepakaran kamu dalam isu tersebut. Jadi tahniah, dan ia menarik melihat kamu berkomunikasi. Negara dan dunia ingin mendengarnya dan tiada siapa yang dapat melakukannya dengan lebih baik selain kamu.

Saya juga mahu menyatakan bahawa saya rasa kamu telah meletakkan kepentingan dalam tanggapan ini, iaitu – pentadbiran tidak percaya dalam pakatan. Ia telah lama berada dalam pentadbiran dan saya rasa kamu telah menjelaskanyang kamu mengiktiraf bahawa pakatan adalah sumber unik untuk negara ini dan sesuatu yang ingin digunakan dengan aktif dalam diplomasi kamu.

SETIAUSAHA TILLERSON:  Tepat.

EN HADLEY:Laporan berkenaan ISIS adalah sesuatu yang sangat menakjubkan. Kita mempunyai masa 15 minit sebelum Setiausaha perlu pergi, bukannya satu masa yang lama, dan terdapat beberapa soalan yang dihantar. Jadi saya akan cuba kumpulkan beberapa soalan ini bersama —

SETIAUSAHA TILLERSON:Sudah tentu.

EN HADLEY:  — mungkin ada tiga atau empat soalan dan kemudian kamu boleh pergi.

Oleh sebab persidangan ini bertumpu kepada Korea Selatan dan Asia, kita mungkin perlu mulakan dengan Korea Utara. Saya mungkin mempunyai 10 soalan berkenaan perkara tersebut. Iafokus kepada dua perkara yang ingin saya bincangkan dengan kamu: Pertama, berapa yakin kamu untuk mencapai denuklearisasi menerusi diplomasi? Dan jika kamu yakin, bila diplomasi itu dimulakan? Terdapat beberapa pandangan, pentadbiran seharusnya membiarkan tekanan meningkat di Korea Utara – meningkatkan sekatan, memberi tekanan kepada China untuk memberi lebih tekanan pada Korea Utara, melibatkan Rusia supaya mereka tidak menggantikan apa yang mungkin telah diputuskan oleh China. Dan itu mungkin pendekatan yang betul, tetapi dalam pandangan kamu, bila kita dapat berunding? Dan ada syarat-syarat awal? Dan satu perkara yang orang ramai bimbang: Korea Utara memaklumkan yang mereka tidak akan berbincang mengenai denuklearisasi; bagi kita itu adalah satu-satunya perkara yang penting untuk dibincangkan.

Bagaimana kamu mengatasinya? Jadi bolehkah kamu bercakap tentang bagaimana proses diplomatik mungkin berlaku?

SETIAUSAHA TILLERSON: Baiklah, pertama sekali saya akan katakan diplomasi sedang dijalankan. Ia sedang dijalankan. Malah, regim sekatan keseluruhan, kempen tekanan, itu adalah satu bahagian diplomasi,  – ia adalah cara untuk mewujudkan persefahaman pada bahagian Korea Utara bahawa dunia tidak menerima perkara ini, jadi mereka faham jika mereka meneruskannya, pengasingan akan terus dilakukan.  Jadi itu sendiri adalah satu diplomasi – dan  ia adalah satu keputusan disengajakan yang diambil pada permulaan dasar itu sendiri,  dengan hanya menghubungi Kim Jong-un pada bulan Februari lalu – dan pada bulan Mac apabila kami mula membangunkan ini dan berkata, “Hei, kami tidak suka dengan ujian nuklear yang kamu lakukan. Boleh kita bertemu dan berbincang,”berkemungkinan tidak akan membawa sesiapa dalam perbincangan.

Jadi saya fikir, kami mengambil pandangan dan melihat pada usaha dan perbincangan lalu, dan Presiden telah menyentuh perkara ini banyak kali, – yang lain, kami telah lihat apa yang telah dicuba oleh negara lain dan gagal, dan Korea Utara telah menjadi pakar dalam mempersendakan perbincangan tersebut. Dan mereka tidak pernah terbukti sebagai rakan niaga yang boleh dipercayai. Jadi kami membuat keputusan yang kami akan mengambil kempen sekatan yang sangat intensif pada kali ini, tetapi ia hanya akan berjaya jika kami membangunkan penyertaan antarabangsa yang meluas. Jadi ini bukanlah mengenai Amerika Syarikat sahaja dan beberapa negara lain, tetapi ia begitu meluas dalam penglibatannya, dan ia perlu memiliki penglibatan aktif China dan Rusia dalam cara yang amat serius. Dan ini adalah permulaan perbincangan bersama China, dan kebanyakan keputusan untuk mara ke hadapan bergantung kepada China memberitahu kami yang ia akan turut serta. Dan saya akan beritahu awak, dalam pertimbangan kami, mereka telah turut serta; mereka melaksanakan sekatan sepenuhnya. Itulah sebab mengapa ia berkesan.

Presiden ingin melihat China menyekat bekalan minyak. Kali terakhir Korea Utara datang untuk berunding adalah disebabkan China menyekat minyak. Tiga hari kemudian, Korea Utara datang untuk berbincang di meja perbincangan. Presiden merasakan kita berada di tahap tersebut. Oleh itu, beliau memberi banyak tekanan kepada China untuk terus menyekat minyak.

Bilakah perbincangan akan bermula? Kami telah menyatakan dari sudut diplomatik bahawa kami bersedia untuk berbincang pada bila-bila masa sekiranya Korea Utara mahu berbincang, dan kami bersedia untuk mengadakan mesyuarat pertama tanpa prasyarat. Mari berjumpa dan mari – kita boleh bercakap mengenai cuaca jika itu yang anda mahu. Kita boleh bercakap mengenai cuaca, sambil duduk di meja empat segi atau meja bulat jika itu yang anda mahu. Tetapi bolehkah kita sekurang-kurangnya duduk dan bersemuka? Kemudian kita boleh mula menyusun atur peta jalan yang kita mahu usahakan. Saya tidak rasa –  bahawa ia tidak realistik untuk mengatakan bahawa kami hanya mahu berbincang sekiranya anda datang dan bersedia untuk menghentikan program anda. Mereka telah banyak menyumbang dalam program tersebut. Presiden juga sangat realistik mengenainya.

Maka, ia sebenarnya mengenai cara anda memulakan proses keterlibatan, kerana kita berurusan dengan pemimpin baru di Korea Utara yang tidak pernah melibatkan diri dengan sesiapa pun. Beliau amat jelas tidak seperti ayahnya atau datuknya, dan kami tidak begitu tahu bagaimana berurusan dengannya. Sebab itulah saya fikir, jangkaan saya mengenai cara untuk bermula adalah sangat terancang, pertama, saya perlu tahu siapa rakan sejawatan saya. Saya perlu mengetahui sesuatu mengenai mereka. Saya perlu memahami bagaimana mereka memproses dan berfikir. Hal ini disebabkan kerana mendapatkan satu persetujuan, seperti yang kita semua tahu, dalam perundingan bererti kesediaan untuk berbincang mengenai banyak perkara. Mari bincangkan mengenai banyak perkara. Apa yang anda mahu bincangkan? Kami akan beritahu anda apa yang kami ingin bincangkan. Perkara yang penting ialah bermula.

Satu-satunya – jika ada sebarang keadaan yang sama dengannya, ialah, perbincangan itu akan menjadi sukar sekiranya di tengah-tengah perbincangan, anda membuat keputusan untuk menguji peranti lain. Ia akan menjadi perbincangan yang sukar sekiranya di tengah-tengah perbincangan, anda membuat keputusan untuk melepaskan amarah kepada ahli lain. Jadi saya rasa, mereka benar-benar memahami sekiranya kami akan berbincang, kami memerlukan tempoh senyap. Kami memerlukan tempoh senyap atau ia akan menjadi sangat sukar untuk menjalankan perbincangan yang produktif.

Oleh itu, kami berterusan menunjukkan kepada mereka bahawa kami memerlukan tempoh senyap. Anda perlu memberitahu kami jika anda mahu berbincang. Pintu sentiasa terbuka. Tetapi kami akan datang apabila anda memberitahu kami bahawa anda sudah bersedia untuk berbincang.

EN HADLEY:Betul. Izinkan saya bertanyakan soalan kedua kepada anda. Ramai orang bercakap mengenai penggunaan kekerasan. Sesetengah orang mengatakan kebarangkalian penggunaan kekerasan adalah 40 peratus. Saya ada kalanya mengusik mereka dengan mengatakan ia satu petunjuk – orang ramai yang bercakap begitu adalah petunjuk kejayaan dasar Presiden, kerana beliau benar-benar meyakinkan orang ramai bahawa menyelesaikan masalah ini adalah sangat penting dan ia merupakan salah satu cara untuk mendapat perhatian daripada Korea Utara dan China. Sebaliknya, ramai orang telah menulis mengenai risiko dan kebimbangan, dan kebimbangan, misalnya, dengan seseorang seperti Kim Jong-un, yang kita tidak kenal dan seorang yang agak terpencil, bahawa beliau mungkin pernah terfikir bahawa Amerika Syarikat mencarinya dengan ketenteraan dan kemudian menghalangnya.

Jadi bagaimanakah anda melihat isu kemungkinan kuasa ketenteraan ini apabila kita mendengar daripada mereka dari bahagian pentadbiran – jurucakap bahawa terdapat pilihan ketenteraan? Apa yang mereka perkatakan?

SETIAUSAHA TILLERSON:Baiklah, pada pendapat saya sebarang usaha diplomatik yang berjaya dengan cara ini perlu disokong dengan alternatif ketenteraan lain, dan ia bukan hanya sekadar ancaman. Ia perlu menjadi satu alternatif yang boleh dipercayai. Presiden juga telah meminta perkara tersebut dari awal lagi, iaitu ancaman Korea Utara bersenjata nuklear – sekarang, saya tahu ramai orang bertanya, mengapa anda tidak menggunakan strategi pertahanan? Ia diguna pakai di Rusia, China, dan negara-negara lain. Perbezaannya ialah tingkah laku Korea Utara yang terdahulu, jelas menunjukkan kepada kita bahawa mereka menggunakan milikan senjata nuklear sebagai pertahanan. Ini akan menjadi aktiviti perdagangan buat mereka. Hal ini demikian kerana kita telah melihat unsur-unsur ini dalam pasaran perdagangan. Dalam dunia yang kita tinggal hari ini, di mana ancaman terbesar kita adalah aktor bukan negara, kami tidak dapat menerimanya. Kami tidak boleh menerima negara yang tidak mempunyai rekod mapan dalam mematuhi sebarang jenis norma antarabangsa. Itu sudah pasti bukan perkara yang terjadi kepada Kesatuan Soviet. Ia juga bukan perkara yang terjadi kepada China. Ia juga bukan perkara yang terjadi kepada negara-negara nuklear lain yang memiliki senjata nuklear. Negara-negara ini mempunyai sejarah mematuhi norma antarabangsa tertentu. Korea Utara tidak mempunyai rekod sebegini. Malah, rekod mereka agak bercanggah dengan norma tersebut. Itulah sebabnya saya dan Presiden bersetuju dengan penilaiannya bahawa kami tidak dapat menerima Korea Utara yang bersenjata nuklear, dan saya rasa itulah juga sebabnya ia menjadi dasar bagi negara-negara jiran yang lain.

Jadi, adalah penting supaya usaha diplomatik disokong oleh alternatif ketenteraan yang boleh dipercayai. Ya, terdapat – pelbagai pilihan ketenteraan yang telah dimajukan untuk menghadapi kegagalan di pihak saya. Sebab itulah saya katakan bahawa kami akan bekerja keras supaya tidak gagal. Presiden juga mahukannya, dan beliau telah menggalakkan usaha diplomatik kami. Tetapi pada pendapat saya, beliau juga telah menjalankan tanggungjawabnya dengan serius untuk melindungi A.S. dan sekutu-sekutu kami daripada ancaman jenis ini, dan beliau berniat untuk memastikan bahawa mereka tidak mempunyai senjata nuklear yang boleh dihantar ke perairan Amerika Syarikat.

  1. HADLEY:Kita sudah kesuntukan masa dan banyak perkara untuk kita kupas. Saya akan meneruskan dengan topik ini untuk cuba mencakupinya secara intensif dan memberikan anda dua perkara untuk dijawab, dan kemudian kita akan bersurai. Perkara pertama ialah berkaitan China. Sebilangan orang mengatakan bahawa China bimbang sekiranya terlalu banyak tekanan yang diletakkan pada Korea Utara, rejim tersebut akan jatuh. Itu bermakna, pelarian akan menyeberang sempadan, serta angkatan Amerika Syarikat dan Korea Selatan mungkin berpindah ke wilayah Korea Utara. Sudah ramai orang memperkatakan mengenai keperluan untuk mengadakan perbualan strategik pada tahap tinggi dengan China untuk mendapatkan kesefahaman mengenai apa yang akan dan tidak akan berlaku di China dan Amerika Syarikat sekiranya kontingensi tersebut terjadi.

Anda telah dikenali dengan beberapa percanggahan yang saya rasa telah dipastikan semula. Apakah prospeknya? Adakah hubungan A.S.-China – saya tidak meminta anda untuk mengulas secara terperinci – tetapi adakah hubungan A.S.-China berada di tahap di mana perbincangan sebegitu adalah berkemungkinan? Perkara kedua, kita masih belum bercakap mengenai Rusia kerana semakin banyak tekanan yang diletakkan oleh China ke atas Korea Utara dan sekatan sumber, Rusia berpotensi untuk datang dan mengisinya. Adakah Rusia berada di pihak yang sama dalam usaha ini? Serta, bolehkah anda bercakap serba sedikit mengenai diplomasi dengan Rusia berkaitan Korea Utara?

SETIAUSAHA TILLERSON:  Begini, biar saya jawab mengenai soalan China terlebih dahulu. Salah satu daripada nilai sebenar bagi dialog tahap tinggi ini serta dialog diplomatik dan strategik yang telah dipengerusikan oleh saya dan Setiausaha Mattis dengan rakan sejawatan kami, dan kami sebenarnya telah menyertakan Ketua Bersama Pengerusi Kakitangan Dunford, Jeneral Dunford, serta rakan sejawatannya dari China. Ini adalah subjek bagi dialog-dialog ini, dan untuk mencuba – bagi kami mendapatkan persefahaman mengenainya, pertama, seberapa munasabahnya pada pendapat kami mengenai kebimbangan masyarakat China tentang kebanjiran pendatang asing menyeberangi sempadan sekiranya berlaku kejatuhan rejim. China mengambil langkah untuk bersedia sekiranya ia berlaku. Saya rasa mereka boleh menguruskan situasi ini. Saya tidak rasa ancaman tersebut penting seperti yang mungkin dilihat oleh pihak lain. Saya tidak mahu bersikap acuh tak acuh mengenainya, tetapi ia bukan situasi yang tidak dapat dikendalikan. Mereka telah mengambil tindakan persediaan sekiranya ia berlaku.

Kita juga perlu – telah mengadakan perbualan sekiranya sesuatu berlaku – ia boleh berlaku secara dalaman kepada Korea Utara; ia mungkin sesuatu yang bukan dimulakan oleh pihak luar – jika ia menyebabkan ketidakstabilan, apa yang paling penting bagi kami adalah memperoleh senjata-senjata nuklear yang telah mereka bangunkan dan memastikan bahawa ia – tiada yang terlepas ke tangan pihak yang salah. Kami telah mengadakan perbincangan dengan China mengenai bagaimana ia boleh dilakukan.

Empat ketidaksetujuan yang saya sebutkan dalam lawatan pertama saya ke Asia adalah disengajakan: kami tidak mencari perubahan rejim; kami tidak mencari keruntuhan rejim; kami tidak mencari penyatuan Semenanjung Korea yang dipercepat; kami tidak mencari alasan untuk menghantar angkatan kami; angkatan tentera di bahagian utara kawasan bebas tentera. Kami telah mengadakan perbincangan bahawa sekiranya sesuatu berlaku dan kami perlu campur tangan; kami telah memberikan jaminan kepada China bahawa kami akan berpatah balik dan berundur ke selatan selarian ke-38 apabila apa jua keadaan yang menyebabkan hal itu berlaku. Ini komitmen kami untuk mereka.

Satu-satunya objektif kami ialah untuk nyahnuklear Semenanjung Korea, itu sahaja. Daripada itu dan daripada perbincangan-perbincangan ini, mungkin kami boleh mencipta masa depan yang berbeza untuk rakyat Korea Utara kerana masa depan mereka sekarang agak suram.

Mengenai penyertaan Rusia, Rusia benar-benar memberikan sokongan terhadap tekad Majlis Keselamatan PBB. Mereka boleh menghalangnya. Mereka boleh menyekatnya, tetapi mereka tidak melakukannya. Saya rasa, mengenai pelaksanaan sekatan, kami tidak begitu jelas bagaimana ia dilaksanakan. Kami tahu terdapat beberapa pelanggaran. Ia tidak sukar untuk dilihat. Kami melihatnya, dan kami, khususnya telah – saya telah mengadakan banyak perbincangan dengan Menteri Luar, Lavrov mengenai isu-isu tertentu yang kami lihat dan kami minta ia diselesaikan. Buruh paksaan adalah salah satu daripada isu tersebut. Terdapat sebilangan besar – kira-kira  35,000 orang – rakyat Korea Utara yang bekerja di Rusia sehingga kini. Rusia mengalami kekurangan buruh. Mereka sedang melakukan pembangunan ekonomi di bahagian timur, khususnya. Jadi saya faham mengapa mereka mempunyai kepentingan ekonomi dalam hal ini. Tetapi ia juga melemahkan keberkesanan sekatan. Oleh itu, kami bercakap dengan rakan sejawatan kami di Rusia mengenai apa yang perlu mereka lakukan.

Pada dasarnya di Majlis Keselamatan tersebut, sekali lagi, mereka sangat menyokong sekatan. Mereka mengutarakan pandangan mereka mengenai keberkesanannya. Tetapi kami memerlukan sokongan Rusia. Apabila kami mengatakan bahawa kami sebenarnya mula menyelesaikan masalah ini, kami memerlukan sokongan dari semua negara jiran. Jelas sekali, ia akan menjadi perkara yang penting, pertama sekali, kepada sekutu-sekutu kami di Republik Korea, tetapi ia juga penting kepada Jepun, Rusia, China, semua orang bersatu untuk membantu memastikan kejayaan dalam perbincangan diplomatik  – dalam perbincangan-perbincangan diplomatik.

EN HADLEY:Kita telah sampai ke penghujung program. Saya ingin berterima kasih kepada peserta dan rakan kongsi Korea kami, semestinya Pertubuhan Korea dan Majlis Atlantik. Serta ucapan terima kasih  – terutamanya kepada Dr. Miyeon Oh di atas usaha luar biasanya dalam menyediakan semua ini hari ini. Saya ingin berterima kasih kepada anda semua kerana hadir, dan ayuh bersama saya untuk mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Tillerson kerana bersama kita pada petang ini. (Tepukan.)

# # #

Terjemahan ini disediakan sebagai ihsan dan hanya sumber bahasa Inggeris asal yang harus dianggap sahih.
Sumber asal.