Selepas Perjanjian: Strategi Iran yang Baharu

Setiausaha Negara
Mike Pompeo
Selepas Perjanjian: Strategi Iran yang Baharu
The Heritage Foundation
Washington, D.C.
21 Mei, 2018


SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Baiklah, selamat pagi, semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Heritage Foundation dan presidennya, Kay Coles James. Terima kasih kerana sudi menjadi hos saya pada hari ini. Pertamanya sebagai rakyat marhaen dan kemudian ahli Kongres, dan hingga ke hari ini, Heritage Foundation telah berjaya membentuk pemikiran saya tentang hal-hal dunia dan isu-isu dasar awam. Saya amat bersyukur dengan usaha murni tersebut.

Dan terima kasih kerana telah mengingatkan saya yang saya tidak boleh bercakap tentang hal lain kecuali apa yang kita akan perkatakan hari ini. (Ketawa.) Tiga tahun bermula. Tetapi saya berasa terharu dapat berada di sini.

Dua minggu yang lalu, Presiden Trump telah menamatkan penyertaan Amerika Syarikat dalam Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), yang lebih dikenali sebagai perjanjian nuklear Iran.

Presiden Trump telah mengundurkan diri daripada perjanjian tersebut kerana sebab yang mudah: perjanjian ini gagal untuk menjamin keselamatan rakyat Amerika daripada risiko yang dicipta oleh pemimpin-pemimpin Republik Islam Iran.

Tidak lagi. Tidak akan ada lagi kekayaan yang dicipta untuk kleptokrat Iran. Tidak aka nada lagi penghantaran misil yang mendarat di Riyadh dan di Golam Heights. Tidak aka nada lagi pengembangan kuasa Iran yang percuma. Tidak akan ada lagi.

Perjanjian JCPOA telah meletakkan dunia dalam risiko kerana kelemahannya yang boleh membawa maut.

Dan adalah lebih baik untuk mereka berfikir panjang hari ini, sekiranya hanya untuk tujuan memastikan bahawa penyusunan seterusnya tidak mengulanginya.

Sebagai contoh, hal sunset yang lemah dalam perjanjian JCPOA hanya akan menangguhkan keupayaan senjata-senjata nuklear yang tidak dapat dielakkan dari rejim Iran.

Selepas kiraan detik tamta bagi peruntukan ‘sunset’ perjanjian tersebut, Iran akan bebas untuk memecut dalam menghasilkan bom, mengakibatkan persaingan hebat berpotensi malapetaka di rantau tersebut. Malah, penangguhan yang sangat singkat dalam program nuklear Iran itu sendiri boleh memberi insentif kepada Timur Tengah untuk percambahan senjata.

Tambahan lagi, seperti yang telah kita saksikan daripada operasi perisikan Israel baru-baru ini, selama ini Iran telah berbohong tentang pemilikan program senjata nuklearnya. Iran telah menyertai perjanjian JCPOA dalam keadaan yang tidak jujur. Ia tidak bernilai langsung sehingga ke hari ini, rejim tersebut masih terus berdusta.

Hanya beberapa bulan yang lalu, Menteri Luar Iran En. Zarif telah memberitahu dalam rancangan Sunday Morning News, “Kami tidak pernah berhasrat untuk menghasilkan bom.”

Dakwaan ini – dakwaan ini akan menjadi bahan ketawa jika bukan kerana ada penipuan yang disengajakan di sebaliknya. Bukan sahaja Program AMAD itu wujud; kerajaan Iran menjaganya dengan baik- sebenarnya, seperti yang kita saksikan sekarang, tidak cukup penjagaan – untuk melindungi, menyembunyikan, serta mempertahankan usaha Mohsen Fakhrizadeh Mahabadi dan rakan pakar saintis nuklearnya.

Perjanjian JCPOA juga mempunyai kepincangannya juga.

Mekanisme bagi pemeriksaan dan pengesahan kepatuhan Iran terhadap perjanjian ini ringkasnya tidak cukup kuat.

Perjanjian ini tidak berbuat apa-apa dalam menangani pembangunan yang berterusan balistik dan peluru berpandu krus Iran, yang boleh melancarkan kepala peledak nuklear.

Perjanjian JCPOA telah membenarkan rejim Iran menggunakan wang daripada JCPOA untuk menggalakkan kekayaan ekonomi rakyat yang dalam kesusahan, tetapi pemimpin rejim enggan melakukannya.

Sebaliknya, kerajaan itu telah membelanjakan harta yang baharu dijumpainya itu dengan mengapi-apikan peperangan proksi di seluruh Timur Tengah dan memenuhkan poket Kor Pengawal Revolusi Islam, Hizbullah, Hamas, dan Houthis.

Ingat: Iran telah mara ke seluruh Timur Tengah semasa perjanjian JCPOA. Qasem Soleimani telah bermain dengan wang negara yang telah menjadikan wang yang berlumuran darah. Kekayaan yang dicipta oleh Barat telah menyemarakkan kempennya.

Secara strateginya, pentadbiran Obama telah membuat satu pertaruhan bahawa perjanjian ini akan memaksa Iran menghentikan tindakan negara penyangaknya dan mematuhi norma-norma antarabangsa.

Pertaruhan itu merupakan satu kegagalan yang menghasilkan kesan besar kepada semua masyarakat yang tinggal di Timur Tengah.

Idea perjanjian JCPOA sebagai satu tonggak kestabilan strategik di Timur Tengah telah dipetik dengan baik sekali oleh John Kerry apabila beliau berkata, dipetik. “Saya tahu Timur Tengah sedang dalam kebakaran… ia lebih mudah dikendalikan dengan perjanjian ini” akhir petikan.

Persoalan sama ada Timur Tengah lebih mudah dikendalikan hari ini daripada sebelum mereka memulakan perjanjian JCPOA.

Lubnan merupakan tempat tinggal yang menjadi lebih selesa untuk kumpulan Hizbullah hari ini daripada sebelum bermulanya perjanjian JCPOA. Kumpulan Hizbullah sekarang peroleh banyak senjata daripada Iran dan mempunyai tumpuan yang sudah ditentukan ke arah Israel.

Terima kasih kepada Iran, kumpulan Hizbullah telah menyediakan angkatan darat bagi kemaraan ketenteraan di Syria. Pihak IRGC, juga, telah terus mengepam beribu-ribu pejuang ke dalam Syria bagi membantu rejim Asad dan membantu menjadikan negara yang berkeluasan 71,000 batu persegi itu sebagai medan pembunuhan.

Iran telah menimbulkan konflik yang mengakibatkan pengusiran lebih daripada 6 juta rakyat Syria dalam – 6 juta rakyat Syria dan menyebabkan lebih 5 juta mencari perlindungan di luar kawasan sempadannya.

Pelarian-pelarian ini termasuk pejuang asing yang telah menyeberang masuk ke Eropah dan mengancam untuk melakukan serangan pengganas di dalam negara-negara tersebut.

Di Iraq, Iran telah menaja kumpulan militan dan pengganas Shia untuk menyusup masuk dan melemahkan Anggatan Keselamatan Iraq dan menjejaskan kedaulatan Iraq- semua ini semasa perjanjian JCPOA berkuat kuasa.

Di Yaman, sokongan Iran terhadap kumpulan militan Houthi telah membangkitkan konflik yang berterusan mendera rakyat yaman hingga kebuluran dan mengawal mereka di bawah ancaman ganas.

Pihak IRGC juga telah membekalkan misil kepada kumpulan Houthi untuk menyerang sasaran orang awam di Arab Saudi dan Amiriah dan mengancam perkapalan antarabangsa di Laut Merah.

Dan di Afghanistan, sokongan Iran terhadap Taliban dalam bentuk senjata dan dana telah membawa kepada keganasan yang berlanjutan dan menghalang keamanan dan kestabilan bagi rakyat Afghanistan.

Hari ini, Angkatan Qods Iran telah menjalankan operasi pembunuhan rahsia di tengah-tengah Eropah.

Kita patut ingat, juga, bahawa semasa perjanjian JCPOA berjalan Iran masih terus menahan rakyat Amerika sebagai tebusan: Baquer Namazi, Siamak Namazi, Xiyue Wang, dan Bob Levinson, yang mana mereka ini telah hilang lebih 11 tahun lamanya.

Saya akan tekankan kepada rakyat Amerika, anda sepatutnya tahu yang kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa balik setiap rakyat Amerika yang dilaporkan hilang ditahan secara salah di Iran.

Senarainya panjang. Iran terus menjadi, semasa perjanjian JCPOA, penaja keganasan terbesar dunia. Iran terus memberi khidmat perlindungan kepada kumpulan al-Qaida, seperti yang telah dilakukannya sejak kejadian 9/11, dan masih enggan menyerahkan orang kanan ahli al-Qaida yang menetap di Tehran.

Hari ini kami menyeru rakyat Iran: Adakah ini yang anda mahu untuk negara anda untuk dikenali, sebagai dalang kepada kumpulan Hizbullah, Hamas, Taliban, dan al-Qaida? Kerajaan Amerika Syarikat yakin yang anda wajar menerima yang lebih baik daripada itu.

Dan saya ada sedikit tambahan untuk renungan rakyat Iran. Di sini di Barat, Presiden Rouhani dan Menteri Luar Zarif sering dianggap selain daripada rejim itu merupakan pengganas yang teruk dan berkelakuan jahat. Mereka dilayan sedikit berlainan.

Masyarakat Barat akan berkata, “Kalaulah mereka boleh mengawal Ayatollah Khamener dan Qasem Soleiman, pastinya semua akan menjadi bagus.” Malangnya, Rouhani dan Zarif merupakan pemimpin yang dipilih anda. Bukankah mereka ini orang yang bertanggungjawab bagi kekacauan ekonomi anda? Adakah mereka berdua ini bertanggungjawab membazirkan nyawa rakyat Iran di seluruh Timur Tengah?

Ia merupakan sesuatu yang bernilai bagi rakyat Iran mempertimbangkan, sebab di sebalik membantu rakyatnya sendiri, rejim ini terus mencari koridor merentas daripada sempadan Iran hinggalah ke pantai Mediterranean. Iran mahukan koridor ini untuk mengangkut pejuang-pejuang dan menggerakkan sistem senjata ke pintu masuk Israel. Malah dalam beberapa bulan yang lalu, pihak IRGC telah menerbangkan drone bersenjata ke dalam ruang udara Israel dan melancarkan roket serentak ke Golan Height daripada Syria. Rakan kami yang setia telah menambah hak kedaulatan dalam tindakan pertahankan diri sebagai tindakan balas, pendirian yang kerajaan Amerika Syarikat akan terus menyokong tanpa berbelah bagi.

Jadi pertarungan – pertarungan bahawa perjanjian JCPOA ini akan menambahkan lagi kestabilan di Timur Tengah merupakan sesuatu yang teruk untuk Amerika, untuk Eropah, untuk Timur Tengah, dan sesungguhnya untuk seluruh dunia. Ia jelas bahawa perjanjian JCPOA tidak menamatkan hasrat nuklear Iran, juga tidak menghalang pemburuan hegemoni serantau. Pemimpin-pemimpin Iran melihat perjanjian ini sebagai pistol permulaan untuk mara ke seluruh Timur Tengah.

Jadi, jalan menuju ke hadapan, komitmen Amerika terhadap strategi Iran yang dibentangkan Presiden Trump pada bulan Oktober masih kekal. Ia kini akan dilaksanakan di luar perjanjian JCPOA.

Kami akan terus berusaha dengan sekutu-sekutu bagi menentang aktviti rejim yang menjejaskan kawasan tersebut, menghalang pembiayaan keganasan mereka, dan menangani percambahan senjata misil Iran dan sistem senjata maju lain yang boleh mengancam keamanan dan kestabilan. Kami juga akan memastikan Iran tidak mempunyai laluan untuk memperoleh senjata nuklear – tidak sekarang, atau selamanya.

Berikutan penarikan diri kami daripada perjanjian JCPOA, Presiden Trump telah meminta saya untuk mencapai matlamat-matlamat ini terhadap Iran. Kami akan terus berusaha untuk mengejar matlamat ini bersama beberapa langkah usaha.

Pertama, kami akan melaksanakan tekanan kewangan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini terhadap rejim Iran. Pemimpin-pemimpin di Tehran tidak akan berasa ragu-ragu betapa seriusnya kami.

Terima kasih kepada rakan sekerja kami di Jabatan Perbendaharaan, sekatan telahpun kembali berkuatkuasa sepenuhnya dan yang baharu akan menyusul. Minggu lalu kami telah mengenakan sekarang ke atas ketua bank pusat Iran dan entiti lain yang telah menyalurkan wang kepada Pasukan Qods IRGC. Mereka juga telah menyediakan wang untuk kumpulan Hizbullah dan organisasi keganasan yang lain. Rejim Iran sepatutnya tahu bahawa ini hanyalah satu permulaan.

Sengat sekatan ini akan lebih berbisa sekiranya rejim ini tidak mengubah haluannya daripada laluan yang tidak dapat diterima dan tidak produktif yang dipilih olehnya kepada gabungan semula dengan Liga Negara-negara. Ini pastinya akan menjadi sekatan yang paling kuat dalam sejarah apabila ia selesai.

Rejim ini telah menentang di seluruh Timur Tengah bertahun lamanya. Selepas sekatan kami mula berkuatkuasa, mereka akan terpaksa bertarung untuk menghidupkan ekonominya.

Iran akan dipaksa untuk membuat pilihan: sama ada bertarung untuk menyelamatkan ekonomi daripada talian sokongan hayat di negaranya sendiri atau terus membazirkan kekayaan untuk berperang di luar negara. Mereka tidak akan mempunyai cukup sumber untuk melakukan kedua-duanya.

Kedua, saya akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Pertahanan dan sekutu serantau kita bagi menghalang pencerobohan Iran.

Kami akan pastikan kebebasan navigasi di perairan di kawasan tersebut. Kami akan berusaha untuk menghalang dan bertindak balas terhadap sebarang aktiviti jahat siber Iran. Kami akan mengesan operatif-operatif Iran dan proksi-proksi Hizbullah mereka yang beroperasi di seluruh dunia dan kami akan menghancurkannya. Iran tidak akan lagi memiliki kuasa penuh untuk mendominasi Timur Tengah.

Dan saya ingin mengingatkan kepemimpinan di Iran tentang apa yang telah dikatakan oleh Presiden Trump: Kalau mereka mulakan semula program nuklear mereka, itu akan bererti masalah lebih besar- masalah lebih besar daripada yang pernah mereka alami sebelum ini.

Ketiga, kami akan membela rakyat Iran tanpa mengenal erti penat. Rejim ini mestilah memperbaiki layanan terhadap rakyatnya. Mereka mestilah melindungi hak-hak asasi manusia bagi setiap rakyat Iran. Mereka mesti hentikan pembaziran kekayaan di luar negara.

Kami menyeru kepada rakan kongsi antarabangsa kami agat terus menambah suara mereka terhadap kutukan kami terhadap perlakuan Iran terhadap rakyatnya.

Bantahan-bantahan yang dilakukan beberapa bulan lalu menunjukkan bahawa rakyat Iran sangat kecewa dengan kegagalan kerajaan mereka.

Ekonomi Iran merupakan satu pertarungan akibat daripada keputusan buruk Iran. Pekerja-pekerja tidak dibayar gaji, tunjuk perasaan berlaku hampir setiap hari, dan matawang rial jatuh menjunam. Pengangguran belia berada pada kadar mengejutkan setinggi 25 peratus.

Salah urus kerajaan dalam sumber asli Iran telah membawa kepada kemarau yang teruk dan juga krisis alam sekitar yang lain.

Perhatikan, masalah-masalah ini terhasil akibat rasuah yang besar di dalam kerajaan Iran, dan rakyat Iran boleh mengesannya. Tunjuk perasaan yang berlaku pada musim sejuk yang lalu telah menunjukkan bahawa ramai yang marah terhadap rejim yang menyembunyikan apa yang telah dicuri daripada rakyatnya sendiri.

Dan rakyat Iran juga amat marah terhadap elit rejim yang telah menggunakan wang beratus juta dolar untuk operasi ketenteraan dan kumpulan pengganas di luar negara sedangkan rakyat Iran merana hanya untuk mendapatkan kehidupan biasa dengan pekerjaan dan peluang dan dengan kebebasan.

Tindakbalas rejim Iran terhadap tunjuk perasaan itu hanya mendedahkan ketakutan kepemimpinan negara tersebut. Beribu-ribu rakyat telah dipenjara secara membuta tuli, dan sekurang-kurangnya berpuluh-puluh terbunuh.

Seperti yang disaksikan dalam tunjuk perasaan berhijab, kelihatan golongan lelaki yang kejam daripada rejim berasa cemas akan keberanian golongan wanita Iran dalam menuntuk hak-hak mereka. Sebagai insan dengan keutuhan maruah dan hak asasi, golongan wanita Iran layak menerima kebebasan yang sama dengan apa yang dimiliki golongan lelaki Iran.

Tetapi ini semua didahului dengan keganasan dan penyiksaan yang telah didokumenkan dengan baik di mana ia telah dikenakan oleh rejim ini berdekad lamanya ke atas mereka yang menentang ideologi mereka.

Rejim Iran akhirnya terpaksa betul-betul melihat diri mereka di cermin. Rakyat Iran, terutamanya belia, semakin bersemangat untuk melihat perubahan ekonomi, politik, dan sosial.

Amerika Syarikat akan berdiri bersama dengan mereka yang rindukan peluang ekonomi negaranya, ketelusan kerajaannya, keadilan, dan kebebasan yang luas.

Kami berharap, pastinya kami menjangkakan, bahawa rejim Iran akan tiba di satu titik dan menyokong – bukan menindas – aspirasi rakyat marhennya sendiri.

Kami terbuka kepada langkah-langkah baharu dengan bukan sahaja di kalangan sekutu kami dan rakan kongsi kami, tetapi dengan Iran sendiri. Tetapi hanya sekiranya Iran sanggup melakukan perubahan yang besar.

Seperti yang telah dikatakan oleh Presiden Trump dua minggu lalu, beliau bersedia, sanggup, dan berupaya untuk berunding untuk perjanjian baharu. Tetapi perjanjian tersebut bukanlah matlamat. Matlamat kami ialah untuk melindungi rakyat Amerika.

Sebarang persetujuan baharu akan memastikan Iran tidak akan memperoleh senjata nuklear, dan akan menghalang kelakuan jahat rejim dalam mana perjanjian JCPOA gagal melakukannya. Kami tidak akan mengulangi kesilapan daripada pentadbiran yang lalu, dan kami tidak akan berunding kembali akan perjanjian JCPOA itu sendiri. Gelombang kemusnahan Iran di rantau ini dalam hanya beberapa tahun yang lalu merupakan bukti bahawa aspirasi nuklear Iran tidak boleh dipisahkan daripada keseluruhan gambaran keselamatan.

Jadi bagaimana sepatutnya? Kita mesti mula dengan menentukan apa yang kita mahukan daripada Iran.

Pertama, Iran mestilah mengisytihar laporan penuh dimensi ketenteraan program nuklearnya sebelum ini kepada IAEA, dan secara kekal dan tentu sah meninggalkan usaha tersebut buat selama-lamanya.

Kedua, Iran mesti menghentikan kegiatan memperkaya dan tidak akan meneruskan proses semula plutonium. Ini termasuk penutupan reaktor air beratnya.

Ketiga, Iran mesti juga menyediakan akses tanpa syarat kepada IAEA bagi semua tapak di seluruh negara.

Iran mestilah menamatkan pencambahan senjata bagi misil balistik dan menghentikan pelancaran lanjut atau pembangunan sistem peluru berpandu nuklear.

Iran mesti membebaskan semua rakyat Amerika, begitu juga rakyat rakan dan sekutu kami, yang setiap seorangnya ditahan atas tuduhan palsu.

Iran mestilah menamatkan sokongannya dengan kumpulan pengganas Timur Tengah, termasuklah kumpulan Hizbullah Lubnan, Hamas, dan Jihad Islam Palestin.

Iran mesti menghormati kedaulatan Kerajaan Iraq dan membenarkan lucutan senjata, menamatkan khidmat kerahan, dan integrasi semula kumpulan militan Shia.

Iran juga mesti menamatkan sokongan ketenteraannya dengan kumpulan militan Houthi dan berusaha ke arah mencapai penyelesaian politik secara aman dengan Yaman.

Iran mestilah menarik keluar semua pasukan yang di bawah arahan Iran di seluruh Syria.

Iran, juga, mestilah menamatkan sokongan dengan kumpulan Taliban dan pengganas-pengganas yang lain di Afghanistan dan di rantau, dan hentikan perlindungan pemimpin-pemimpin kanan al-Qaida.

Iran, juga, mestilah menamatkan sokongan Pasukan Qods IRG dengan pengganas-pengganas dan rakan kongsi militannya di seluruh dunia.

Dan juga, Iran mestilah menamatkan kelakuan mengancam jiran-jiran mereka – kebanyakannya merupakan sekutu A.S. Ini tentu sekali termasuk ancamannya untuk memusnahkan Israel, dan melancarkan misilnya ke Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu. Ia juga termasuk ancaman terhadap perkapalan antarabangsa dan membinasakan – dan serangan siber yang membinasakan.

Senarai ini agak panjang, tetapi sekiranya anda perhatikan, terdapat 12 syarat-syarat asas. Panjang senarai ini ringkasnya merupakan skop tentang tingkah laku jahat Iran. Kami tidak mencipta senarai ini, mereka yang membuatnya.

Daripada perbualan saya dengan rakan-rakan Eropah, saya tahu bahawa mereka secara luasnya berkongsi pandangan yang sama tentang apa yang rejim Iran perlu lakukan bagi diterima oleh komuniti antarabangsa. Saya menyeru agar sekutu-sekutu Amerika akan menyertai kami dalam menyeru Kerajaan Iran untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab.

Sebagai pertukaran kepada perubahan besar di Iran, Amerika Syarikat bersedia untuk mengambil tindakan yang akan memberi faedah kepada rakyat Iran. Bidang tindakan ini termasuk beberapa hal.

Pertama, apabila ini sudah tercapai, kami akan bersedia untuk menamatkan komponen prinsip bagi setiap satu sekatan yang dikenakan ke atas rejim. Kami berasa gembira pada saat itu untuk menubuhkan semula sepenuhnya hubungan diplomatik dan komersial dengan Iran. Dan kami bersedia untuk membenarkan* Iran untuk memiliki teknologi maju. Sekiranya Iran melakukan perubahan strategik dasar, kami, juga akan bersedia untuk memodernisasikan dan integrasi semula ekonomi Iran ke arah sistem ekonomi antarabangsa.

Tetapi pelepasan daripada usaha kami akan hanya datang apabila kami melihat perubahan yang kukuh, didemonstrasikan, dan kekal dalam dasar-dasar Tehran. Kami mengiktiraf akan hak-hak Iran untuk mempertahankan rakyatnya. Tetapi bukan tindakannya yang membahayakan rakyat sedunia.

Juga, berlainan dengan pentadbiran yang lalu, kami mahu melibatkan Kongres sebagai rakan kongsi dalam proses ini. Kami mahu usaha kami mendapat sokongan yang meluas daripada rakyat Amerika dan boleh bertahan melepasi Pentadbiran Trump. Satu bentuk persetujuan merupakan cara terbaik yang kami pilih.

Tidak seperti perjanjian JCPOA, secara meluas ditolak oleh kedua-dua belah pihak, satu persetujuan yang dicadangkan oleh Presiden Trump pasti sahaja akan mendapat sokongan yang meluas daripada para pemimpin yang dipilih serta rakyat Amerika.

Dalam strategi yang telah kami bentangkan hari ini, kami mahukan sokongan daripada sekutu-sekutu yang terpenting kami dan rakan-rakan kongsi di rantau ini serta di seluruh dunia. Pastinya, rakan Eropah kami, tetapi lebih daripada itu.

Saya mahukan rakyat Australia, Bahrain, Mesir, India, Jepun, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Korea Selatan, Amiriah Arab Bersatu, dan ramai, ramai lagi di seluruh dunia untuk menyertai usaha sama ini menentang Republik Islam Iran. Saya tahu bahawa negara-negara tersebut berkongsi matlamat yang sama. Mereka faham akan cabaran sama seperti Amerika memahaminya. Sesungguhnya, kami mengalu-alukan sebarang negara yang sudah bosan dengan ancaman nuklear, keganasan, percambahan senjata, serta kekejaman rejim yang berasa ganjil dengan keamanan dunia, negara yang terus mencetuskan kekacauan terhadap manusia yang tidak berdosa.

Sememangnya, bagi sesetengah pihak perubahan dalam tingkah laku Iran yang kita tuntut mungkin dilihat seperti tidak realistik, kita patut imbas kembali bahawa apa yang kita ingin capai merupakan persetujuan global sebelum JCPOA.

Contohnya, dalam tahun 2012, Presiden Obama berkata, dipetik, “Perjanjian yang kita akan terima ini ialah mereka menamatkan program nuklear mereka,” akhir petikan. Itu tidak berlaku. Dalam tahun 2006, P5 telah mengundi di Majlis Keselamatan supaya Iran menghentikan semua aktiviti memperkaya serta merta. Itu tidak berlaku.

Dalam tahun 2013, Menteri Luar Perancis berkata mereka bimbang sekiranya diheret ke dalam, dipetik, “permainan palsu,” akhir petikan, kerana mengizinkan Iran meneruskan usaha memperkaya uranium.

Dalam tahun 2015, John Kerry berkata, dipetik, “Kami tidak akan mengiktiraf hak untuk memperkaya,” akhir petikan. Namun kerajaan Iran masih lagi memperkayakannya walaupun pada saat kita duduk di sini hari ini.

Jadi kami tidak meminta apa-apa selain menuntut agar tingkah laku Iran akan lebih konsisten dengan norma-norma global, norma-norma global yang diiktiraf secara meluas sebelum perjanjian JCPOA. Dan kami mahu musnahkan keupayaan mereka mengancam dunia kita dengan aktiviti nuklear tersebut.

Berkaitan dengan aktiviti nuklear, kenapa kita harus benarkan Iran menjadi lebih berupaya daripada memberi keizinan kepada Emiriah Arab Bersatu dan kepada Kerajaan Arab Saudi? Kami faham bahawa penguatkuasaan semula sekatan dan kempen tekanan yang akan datang terhadap rejim Iran akan mengakibatkan kesukaran kewangan dan ekonomi bagi beberapa pihak sahabat kita. Sememangnya, ia juga mengakibatkan cabaran ekonomi kepada Amerika. Ini juga merupakan pasaran di mana perniagaan kami suka untuk menjualnya. Dan kami mahu mendengar kebimbingan mereka.

Tetapi kami akan pastikan mereka yang membuat perniagaan terlarang di Iran menanggung akibatnya. Beberapa minggu lagi, kami akan menghantar pasukan pakar ke negara-negara di seluruh dunia untuk menerangkan dengan lebih lanjut dasar pentadbiran, berunding tentang implikasi sekatan yang dikenakan, dan mendengar.

Saya tahu. Saya telah menghabiskan banyak masa dengan sekutu-sekutu kita pada tiga minggu pertama saya. Saya tahu bahawa mereka mungkin sudah memutuskan untuk mencuba dan teruskan perjanjian lama dengan Tehran terus berjalan. Itu tentu sahaja keputusan yang mereka mesti buat. Mereka tahu di mana kami berdiri.

Tahun depan menandakan ulang tahun yang ke-44 bagi Republik Islamik – Revolusi di Iran. Pada pencapaian ini, kita bertanya: Apakah yang telah diberikan oleh Revolusi Iran ini kepada rakyat Iran? Rejim ini telah menuai penderitaan dan kematian di Timur Tengah dengan menggadaikan rakyatnya sendiri. Ekonomi Iran sangat lembap tanpa haluan dan bakal menjadi semakin buruk. Belia mereka layu di bawah beban kekecewaan cita-cita. Mereka sudah lama merindui kebebasan dan peluang abad ke-21.

Pemimpin Iran boleh mengubah semua ini sekiranya mereka memilih untuk melakukannya. Ali Khamenei telah menjadi pemimpin tertinggi sejak tahun 1989. Beliau tidak akan hidup lama, juga rakyat marhaen Iran yang tidak akan patuh kepada peraturan keras daripada pemerintah zalim buat selama-lamanya. Untuk dua generasi, rejim Iran telah mengenakan bebanan yang berat terhadap rakyatnya sendiri dan dunia. Berjuta-juta rakyat Iran hanya tahu tentang cengkaman penindasan yang berat.

Sekarang adalah masa bagi pemimpin tertinggi dan rejim Iran menyahut keberanian untuk membuat sesuatu yang memberi faedah kepada rakyatnya sendiri, demi negara purba dan yang dibanggakan.

Bagi Amerika Syarikat pula, pandangan kami sangat jelas akan keadaan rejim ini, tetapi pendengaran kami terbuka luas terhadap sebarang kemungkinan. Tidak seperti pentadbiran yang sebelumnya, kami melihat kepada hasil yang akan memanfaatkan rakyat Iran, bukan sahaja rejim.

Sekiranya sesiapa, terutamanya pemimpin Iran, meragui akan keikhlasan Presiden atau visi beliau, biar mereka lihat kepada diplomasi kami dengan Korea Utara. Kesediaan kami untuk bertemu dengan Kim Jong-un menggariskan komitmen pentadbiran Trump terhadap diplomasi bagi membantu menyelesaikan cabaran yang besar, walaupun dengan musuh yang paling ketat kami. Namun kesediaan ini diiringi oleh kempen tekanan yang amat menyakitkan yang menggambarkan komitmen kami dalam menyelesaikan cabaran ini untuk selama-lamanya.

Kepada ayatollah, kepada Presiden Rouhani, dan kepada para pemimpin Iran yang lain: fahami bahawa kegiatan anda sekarang ini akan mengakibatkan tindakan yang keras.

Mesej terakhir saya untuk hari ini ialah, malah, kepada rakyat Iran. Saya ingin mengulangi kata-kata Presiden Trump pada bulan Oktober yang lalu. Presiden Trump mengatakan bahawa, “Kami berdiri dalam solidariti sepenuhnya dengan mangsa penderitaan yang berpanjangan dari rejim Iran: rakyatnya sendiri. Rakyat Iran telah menerima padah akibat keganasan dan pelampauan para pemimpin mereka. Rakyat Iran amat merindui untuk menuntut sejarah kebanggaan negara mereka, budayanya, ketamadunannya, dan kerjasamanya dengan jiran-jiran.”

Adalah menjadi harapan Amerika bahawa usaha kami dalam mencapai keamanan dan keselamatan akan membuahkan hasil bagi rakyat Iran yang sudah lama menderita. Kami amat ingin melihat mereka makmur dan berkembang seperti dekad-dekad yang lalu dan, sesungguhnya, seperti yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Hari ini, Amerika Syarikat berasa bangga untuk mengambil haluan yang baharu ke arah mencapai matlamat tersebut.

Terima kasih. (Tepukan.)

  1. JAMES: Terima kasih banyak. Berani, padat, jelas. Kami menghargai tuan mengadakan forum ini di sini di Heritage Foundation untuk menyampaikan mesej tersebut. Melihat kepada – dan tuan telah senaraikan semasa ucapan tuan beberapa sekutu kita dan sahabat dan rakan kongsi, ramai yang berasa marah, sesetengahnya kecewa. Bagaimanakah tuan akan membawa mereka menyertai tuan? Bagaimana tuan akan menggunakan kemahiran diplomatik tuan bagi membawa mereka bersama tuan?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Perubahan strategik ini dalam dunia yang bersatu apabila negara-negara membuat keputusan atas satu matlamat yang boleh dikongsi bersama, dan yang selalu bermula dengan perkongsian minat dan nilai yang sama. Saya telah menghabiskan beberapa minggu pertama saya sebagai Setiausaha Negara cuba berusaha mencari kalau tiada jalan untuk memperbaiki perjanjian ini. Saya berbual dengan rakan sekerja saya dari Eropah. Saya pergi ke sana. Dalam masa 13 jam saya menjadi Setiausaha Negara saya telah mendarat di Brussels berbincang dengan rakan sekerja Eropah saya. Kami tidak berjaya melakukannya. Kami tidak mencapai persetujuan di sana.

Amerika Syarikat berhasrat untuk bekerja kuat dari segi diplomatik dengan bekerjasama dengan semua rakan kongsi kami. Kami menumpukan kepada pihak Eropah, tetapi ada beberapa negara di seluruh dunia yang juga berkongsi kebimbangan dan sama diancam oleh rejim Iran. Ia merupakan kepentingan yang dikongsi bersama, nilai yang ditetapkan yang akhirnya akan memacu, saya percaya, tindakan global terhadap ini – kepada penaja negara keganasan yang terbesar di dunia. Saya yakin ia akan berlaku. Pasukan saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk tujuan tersebut. Kami akan lakukan itu dalam konteks untuk cuba menangani kebimbangan daripada semua rakan kongsi kami, dan saya yakin dalam tempoh masa tertentu akan ada pengiktirafan yang meluas bahawa strategi yang dibentangkan oleh Presiden Trump merupakan yang betul yang akan meletakkan taraf Iran pada tempat di mana satu hari ia akan menyertai semula ketamadunan yang diharapkan oleh kita semua.

JAMES: Ia amat jelas dalam ulasan tuan pada pagi ini bahawa tuan benar-benar mahukan sekatan yang sangat keras. Dan saya fikir bahawa terdapat sedikit kebimbangan tentang bagaimana tuan akan berdepan dengan isu-isu nuklear. Bolehkah tuan berbincang tentang itu sedikit? Dan izinkan saya berkata sesuatu kepada para penonton, sebenarnya saya berharap kita mempunyai masa lebih untuk bersama dengan tuan Setiausaha pada pagi ini, dan kita akan terpaksa hentikan sesi ini dengan serta merta sebab kami terpaksa memberi laluan kepada beliau untuk bertolak ke CIA dan – untuk upacara angkat sumpah, dan kami tidak mahu tuan terlambat untuk itu.

Jadi beritahu kami tentang –

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Saya mesti ulang sekali lagi.

JAMES: Sekali lagi. (Ketawa.)

SETIAUSAHA POMPEO: Perhatikan, fail nuklear sangat penting. Ia menunjukkan ancaman yang besar, paling teruk pastinya. Perjanjian JCPOA tidak berkesan. Terdapat kelewatan. Tujuan kami ialah untuk memperbaiki hal tersebut untuk selamanya. Saya telah sebutkan dengan cepat, betul, kami meminta rakan kongsi kami yang lain di Timur Tengah untuk melakukan sesuatu yang tegas. Kami meletakkan 123 syarat di hadapan mereka dan berkata, “Ini ialah apa yang tuan-tuan mesti lakukan.” Dan mereka berkata, “Hei rakyat Iran mengayakan.” Itu wajar. Itu nampak seperti hal yang munasabah.

Baiklah, tuntutan kami ke atas Iran tidak munasabah. Serahkan program anda. Tamatkan. Kalau mereka pilih untuk balik semula, kalau mereka mula memperkaya, kami juga telah bersedia sepenuhnya untuk bertindak. Saya tentu sahaja tidak akan berkongsi dengan anda semua secara tepat pada hari ini tentang apakah tindakan kami. Tetapi kami perhatikan mereka bercakap. Kami telah mendengar mereka berkata – saya harap mereka akan membuat keputusan yang lain, yang mereka akan memilih haluan yang berbeza. Kami mengalu-alukan mereka memilih haluan yang negara-negara lain di kawasan itu juga mula mengambilnya.

JAMES: Baiklah, boleh tuan terangkan kepada kami struktur sekatan dan bagaimana hasrat tuan untuk menyasarkan rejim Iran tanpa melukakan hati sahabat Eropah kita?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Baiklah, setiap kali sesuatu sekatan dikuatkuasakan, negara-negara terpaksa menghentikan kegiatan ekonominya. Jadi rakyat Amerika telah menghentikan aktiviti ekonomi sekarang untuk masa yang sangat lama, dan saya mengakui ada syarikat-syarikat Amerika yang suka berurus niaga dengan Republik Islam Iran. Ada pasaran yang besar di sana. Rakyatnya ramai, bertenaga dan indah. Tetapi setiap orang mesti menyertainya. Setiap negara mesti memahami bahawa kita tidak boleh terus mencipta kekayaan buat Qasem Soleimani.

Betul, itulah yang sebenarnya. Pada akhirnya, wang ini akan mengalir kepada dia. Ekonomi telah membolehkan mereka dahsyat berlari merentasi Timur Tengah. Usaha kami ialah untuk mencerut keupayaan ekonominya yang menjejaskan Timur Tengah dan dunia. Program nuklear bukanlah murah. Sehinggakan kami membuatnya lebih sukar ke atas rejim Iran secara berkesan, kami akan juga mengurangkan keupayaan mereka untuk terus membina sistem senjata nuklear mereka.

JAMES: Tuan telah bentangkan semuanya dengan sangat berani pada pagi ini. Tuan sudah ada rangka kerja untuk memastikan semuanya siap?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Jadi sekatan telah berkuatkuasa semula dan akan kembali normal dalam 100 dan apa, 55 hari seterusnya? Terdapat – banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. Ia merupakan usaha merentasi kerajaan. Kami sedang bekerja tentu sahaja secara diplomatik dalam memimpin, tetapi Jabatan Perdagangan, Jabatan Pertahanan, setiap daripada kami mempunyai misi yang sama daripada Presiden Trump. Saya tidak boleh meletakkan garis waktu. Pada akhirnya, rakyat Iran akan dapat membuat pilihan tentang kepemimpinan mereka. Sekiranya mereka membuat keputusan dengan cepat, itu sangat bagus. Sekiranya mereka pilih tidak berbuat demikian, kami akan bertegas dalam hal ini sehingga kami mencapai hasil yang saya telah bentangkan hari ini.

JAMES: Baiklah, Tuan Setiausaha, sekali lagi, bagi pihak Heritage Foundation dan para sarjana di sini yang telah bekerja keras dalam isu ini untuk masa yang sangat panjang, kami ingin mengucapkan terima kasih. Sekali lagi, ia satu visi yang berani – terang, padat, jelas- dan kami ingin ucapkan tahniah kepada tuan dan Presiden, dan kami ucapkan semoga berjaya.

Saya ingin memohon semuanya supaya tetap duduk sementara tuan Setiausaha beredar. Saya ada lebih kurang lapan atau lebih soalan di sini, tetapi –

SETIAUSAHA POMPEO: Pada lain masa.

JAMES: Pada lain masa.

SETIAUSAHA POMPEO: Terima kasih kerana berada di sini.

JAMES: Terima kasih banyak. (Tepukan.)

# # #

Terjemahan ini disediakan sebagai ihsan dan hanya sumber asal dalam bahasa Inggeris yang dianggap sebagai berwibawa.