KENYATAAN RASMI RINGKAS
Pejabat Jurucakap
15 April 2020
Kenyataan berikut adalah daripada Jurucakap Morgan Ortagus:
Setiausaha Negara Michael R. Pompeo hari ini bercakap dengan Yang Jiechi, Pengarah Pejabat Luar Negeri Parti Komunis China. Setiausaha menekankan perlunya ketelusan dan perkongsian maklumat yang penuh untuk memerangi pandemik COVID-19 dan mencegah wabak lain pada masa depan. Beliau juga menyentuh tentang bantuan yang diberikan oleh rakyat Amerika kepada rakyat China pada bulan Januari – dan terus ditawarkan – serta kepentingan yang diberikan untuk mempermudahkan eksport bekalan perubatan China bagi memenuhi permintaan kritikal di Amerika Syarikat. Kedua-dua pihak mengesahkan komitmen mereka untuk mengatasi wabak COVID-19 dan memulihkan kesihatan dan kemakmuran dunia.