Pendidik SEAYLP kendali kem bahasa Inggeris di Terengganu

A group photo of HOP ALPHA participants with a representative from PAS Kuala Lumpur.
Seorang mentor membantu pelajarnya untuk menghasilkan idea semasa sesi percambahan minda.

Alumni SEAYLP Lutfi Amri dari Universiti Sains Malaysia mengendalikan kem bahasa Inggeris untuk lebihvdaripada 60 pelajar dari SMK Permaisuri Nur Zahirah, SMK Tengku Mahmud dan SMK Tengku Mahmud 2 di Demong Beach Resort di Besut, Terengganu. Kem yang dikenali sebagai House of Pumpkin Alpha ini ditaja oleh Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dan berlangsung selama 3 hari. Kem ini dibimbing oleh empat pensyarah dan beberapa pelajar dari universiti awam. Matlamat inisiatif ini adalah untuk meningkatkan keyakinan peserta menggunakan bahasa Inggeris, dengan menyediakan alternatif pembelajaran yang menarik dan membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.

Kem tersebut dibahagikan kepada tiga fasa iaitu memperkenalkan diri, “Point Collection Round” dan “Performance and Arena”. Sepanjang kem ini, pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan berinteraktif seperti pidato umum, bacaan berita, deklamasi puisi, permainan pembinaan pasukan, sebutan korus, dan koreografi.

Sekumpulan pelajar mempersembahkan skit selama 3 minit semasa sesi Persembahan.

Semasa sesi berkenalan, pelajar diminta untuk memperkenalkan diri dan berinteraksi dengan mentor mereka. Kemudian peserta dikelompokkan ke dalam 10 kumpulan bersama mentor. Kesemua 10 kumpulan bertanding dalam pelbagai permainan sehingga Pusingan Akhir, pasukan yang disingkirkan bersaing dalam aktiviti berasingan. Secara keseluruhan, format yang digunakan dalam kem ini meningkatkan tahap keyakinan pelajar dan semangat pasukan mereka. Seorang wakil dari Kedutaan menghadiri kem ini sebagai salah seorang panel juri dan persembahan peserta dinilai berdasarkan kreativiti, kerja berpasukan, pengadunan muzik, ekspresi wajah, isyarat badan dan tahap keyakinan diri. Selain daripada mendapat rakan baharu, pelajar memberitahu bahawa kem bahasa Inggeris ini membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran persembahan dan menyerlahkan bakat tersembunyi mereka dalam berlakon dan menyanyi.