Promosi Makanan Laut Amerika

American seafood feast of lobster, Jonah crab and salmon. (U.S. Embassy photo)

Pada 29 September 2016, Perkhidmatan Pertanian Luar Negara (FAS) di Jabatan Pertanian A.S. menganjurkan Promosi Makanan Laut Amerika di Restoran Victoria Station di Kuala Lumpur dengan dihadiri 52 orang tetamu.  Program ini menyasarkan pengimport makanan laut, pasar raya, hotel, restoran, penyedia makanan dan wakil persatuan Amerika Syarikat yang menyokong pembangunan pasaran eksport.

Chef Jean-luc Lundy memberi demonstrasi penyediaan tajine udang kara Boston, kari epal dan pear; medallion udang kara dengan puri mangga dan selasih; dan filet salmon dengan salsa verde.  Turut dipamerkan adalah ketam emas Amerika dari Florida.  Atase Pertanian Kedutaan A.S. Joani Dong mengalu-alukan Duta Besar Joseph Y. Yun, yang merasmikan makan malam promosi makanan laut A.S.

Tetamu menikmati makan malam dengan jaduah seperti ekor udang kara dengan sos mentega lemon, ketam Jonah dengan selasih mangga dan filet salmon Cajun yang semuanya didatangkan dari Lautan Atlantik di luar pantai timur Amerika.  Hidangan sampingan termasuk tiram segar dari Washington, kekapis dari Maine, salmon salai dengan krim keju California, salad dengan daging lembu halal Amerika dari Iowa, salad dengan kentang Idaho serta keju California dan kekacang.  Sebagai pencuci mulut pula, tetamu disajikan dengan epal repui yang dibuat dari epal Granny Smith Washington, yang dihidangkan bersama aiskrim Ben and Jerry.  Semua orang menikmati makan malam ini.